Sunday, November 28, 2010

Preview Tottenham Hotspur Vs Liverpool (Match Day 15)

White Hart Lane akan menjadi medan pertemuan di antara pencabar bagi kedudukan empat terbaik di dalam EPL.Berbekal kemenangan di Emirates minggu lalu dan membenam cabaran Werder Bremen 3 hari kemudian untuk layak kepusingan kalah mati Liga Juara-Juara merupakan tonik terbaik untuk berdepan Liverpool kendalian Roy Hodgson malam ini. Liverpool masih lagi mencari rentak konsisten mereka walaupun mudah menewaskan West Ham di laman sendiri minggu lalu.Ketiadaan perlawanan Liga Europa sepatutnya memberikan mereka sedikit kelebihan  dari segi kecergasan namun dengan ketiadaan Marvelous Captain Steven Gerrrard ianya tidak banyak membantu mereka. Player to watch for me is Gareth Bale. His performance this season is absolutely brilliant and some of his goal totally breath-taking.

Kemenangan sememangnya dicari-cari oleh Liverpool dalam misi Roy Hodgson untuk mendapatkan kepercayaan daripada pemilik baru John Henry NESV memandangkan jendela perpindahan semakin hampir untuk dibuka semula.Liverpool dijangka menggunakan formasi 4-5-1 (formasi kegemaran RH ketika bermain diluar anfield) dengan Fernando Torres akan bermain sebagai penyerang tunggal sementara Lucas Leiva pastinya ditagih menjana bahagian tengah. Harry Redknapp pula berdepan dilema sama ada mahu menurunkan pemain terbaik mereka ketika ini iaitu Rafael Van Der vart yang masih mengalami kecederaan buku lali dan juga Defoe yang kembali daripada rehat yang panjang.


                                             Barisan kesebelasan jangkaaan pasukan Liverpool



                                                            Barisan kesebelasan jangkaaan pasukan Tottenham Hotspur

Tengku's Prediction: Spurs 2 - 1 Liverpool (even though aku fan Liverpool tapi aku realistik dengan jangkaan ni..huhu)

P/s: Common the reds, buktikan aku silap!!!

Saksikan gelagat pengulas dalam rancangan FAN ZONE dua season lepas dikala liverpool tumpas 1-2 kepada Spurs di White Hart Lane.





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...