Thursday, November 11, 2010

Dimana silapnya kita..Part 1

''Salah FAM'', ''Salah Datuk ini'', ''Salah Datuk itu''..alah semuanya politik..masing2 nak penuhkan poket sendiri..lantaklah bolasepak Malaysia..ada aku kisah?? bermacam-macam andaian yang telah dibuat dan macam-macam telahan yang muncul tentang boalsepak kita..perbincangan kat media massa telah banyak kali diadakan..di Scoreboard TV3, Astro Arena dan lain-lain.tetapi kita masih ditakuk lama..Kita pernah berbangga dengan layak ke temasya sukan Antarabangsa terbesar iaitu Olimpik Munich 74' dan Soviet Union 78' (menarik diri atas sebab-sebab politik-boikot)..Kita juga pernah mendapat tempat ke-3 pada acara Sukan Asia pada tahun 62'(Indonesia) & 74'(Iran)..Kita juga pernah menduduki ranking 70 terbaik dunia..Juga melahirkan pemain-pemain terbilang seperti Arwah Mokhtar Dahari, Dato' Soh Chin Aun, Santokh Singh, Hassan Sani dan ramai lagi sehingga tak tersebut semuanya..Adakah kita akan terus hidup bersandarkan sejarah semata-mata..Sejarah yang kian lama kian terhapus dalam ingatan..persoalan yang berlegar-legar sekarang ini..BILAKAH KITA AKAN BANGKIT SEMULA SEBAGAI GERGASI BOLA SEPAK DI ASIA????


                                                                                 
K.Rajagopal - What next after GOLD at Sea Games




                                                                          Simply Legend - Dato' Soh Chin Aun




                                                                            
Can we have another 'Super Mokh'..




Pingat Emas yang digapai di Sukan Sea yang lalu oleh anak-anak muda kita sebenarnya memberi sedikit ruang untuk bernafas walaupun ianya kejohanan yang bukan diiktiraf sebagai International Match/Tournament
Sejujurnya kita masih dibelakang Thailand, Singapura, Vietnam, Myanmar dan Indonesia..dengan kemudahan kita yang bertaraf antarabangsa kita sepatutnya mendahului semua negara-negara tersebut..tapi kenapa? adakah kita sememangnya kekurangan bakat.Akmal Rizal (pernah mendapat pujian daripada Lagenda Liverpool Ian Rush klik) dan Juzaili Samion pernah berguru di France, Khalid Jamlus dan Indra Putra pernah mencuba nasib di German..Lim Chan Yew pernah ke Liga Bahagian 2 Liga Inggeris (tapi gagal mendapatkan pasukan) juga Asfaruddin (full back Selangor yang pernah bermain bersma skuad remaja PSV Eindhoven)..namun semuanya gagal kekal lama disana gara-gara gagal mendapat perhatian jurulatih2 disana...Aku bukan lah pandai sangat tapi bukanlah terlalu bodoh untuk berkata-kata..Antara senario yang menyumbang kepada perkara-perkara yang disebutkan diatas adalah..

1. Liga Malaysia tidak kompetitif - Bagi aku larangan kepada pemain import untuk bermain di Liga Malaysia adalah satu tindakan yang kurang tepat dan tidak cukup bijak..Malaysia pernah melahirkan pemain-pemain import yang bermutu seperti Juan Manuel Arostegui (kini beraksi di Liga Bahagian B Argentina), Marlon Alex James(pemain import Kedah - diiktiraf oleh AFC sebagai antara pemain import terbaik di Asia), Scott Allerenshaw, John Hunter, Ervin Boban, Abbas Saad (kerap muncul di Astro ESPN) dan ramai lagi..Bayangkan liga EPL tanpa pemain import?? tak terbayang bro...juga menyumbang kepada kemerosotan penonton ke stadium.

2. Adakah kita sudah ditahap professional? - tentu sekali tidak..Mostly pasukan yang bertanding di Liga Malaysia masih mengarapkan dana daripada FAM.Masalah pembayaran gaji dan EPF masih membelenggu setiap kali musim berakhir..ini sekaligus membantutkan kemajuan pemain-pemain muda berbakat yang baru beraksi di Liga Malaysia..bila gaji tak bayar, pemain pun jadi malas!!!bila malas training, jadi lah lembab!!dan bila pasukan bergaji lawan pasukan tak bergaji..hmm paham2 sudah..bukan lah hebat sangat sebenarnya..huuuu

3. Connection between 'lines' not strong enough - Sebenarnya pemain dibawah usia 12 tahun kita adalah setanding dengan kebanyakkan pemain daripada negara gergasi bola sepak..contohnya pada Piala Danone pada tahun 2007 di France, kita berjaya mendapat tempat ke 17 daripada 40 negara..kita seri dengan Argentina..sekali lagi sebut...Argentina!!!!..cuma kalah dengan England 0-1 kalo tak silap..dan juga menang dengan ireland dan cameroon!!..then balik Malaysia..apa buat?sambung belaja sebab nak peksa..pastu sambung kat U..then abis camtulah..yang kureng2 resultnya sambung main bola..tu pun kalo mak bapak diorang bagi..letih2..akademi yang ada pun hidup segan mati tak mau..tak cayo klik sini Utusan

4. Budaya mungkin? - rakyat malaysia ni hidup selesa, senang ada mak bapak kat umah bagi makan kalo tak keje..pastu main bola ikut musim..kalo ada world cup..banyaklah kejohanan yang dian jurkan..tujuan utama? untung sudaa..aku tak salahkan orang nak meniaga..baguslah..tapi gitulah hakikatnya..manusia kat amerika latin dan afrika. terutamanya menjadikan lorong2 dan padang berdebu untuk memperagakan bakat dengan harapan mereka akan dipancing oleh pencari bakat yang mungkin akan mengubah hidup mereka dimasa depan..kalau berjaya jutawan beb!!!..ronaldo, e'too, dan ramai lagi..bermula dengan bermain bola dilorong2 beb..Nistelrooy sanggup naik bus setiap minggu semata-mata nak tengok bergkamp berlatih!!!korang sanggup!!!baik tengok ajak awek!!!hmmmm...(termasuk aku)

Lotih2...akan disambung dalam edisi ke-2 nanti..korang TUNGGU!!!!...lebam jari jemari citer pasal bola sepak Malaysia ni..Ayuh Malaysia!!!!

1 comment:

ummie said...

waahhh...marah nampak..
tak tahu siapa yang perlu disalahkan..
terpulang pada individu yang terlibat..
pemain, persatuan, masyarakat sendiri..
lu pikir la sendiri..hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...