Lupakan pasal Ben Williams (pengadil tak dak class)!! Dia tak penting dan taksa kene mengena dalam misi kita untuk melangkah lebih jauh dalam acara bolasepak Sukan Asia ke-16 di Ghuangzhou China. Ayuh tumpukan pada perlawanan pusingan kedua dimana kita akan menentang pasukan Iran U23 yang mana kali terakhir kita tewas 0-2 pada perlawanan jemputan piala Ho Chin Minh september yang lalu. Mengikut perkiraan di atas kertas nyata Skuad kendalian Ghosam Hossein Peyrovani mempunyai kekuatan dan kelebihan kerana membariskan skuad utama yang rata-ratanya bermain untuk pasukan utama Liga Iran seperti Sepahan FC dan Perspolis.Mereka merupakan juara Kumpulan B dengan 9 mata penuh (menang dengan Bahrain 1-0, menang dengan Turkmenistan 4-1 dan menang dengan Vietnam dengan jaringan 1-0). Nyata sekali ianya bukan tugas mudah bagi anak buah K.Rajagopal namun dengan semangat dan kesungguhan MUNGKIN kita mampu untuk mengejutkan gergasi Asia ini esok walaupun tanpa pemain tonggak seperti Zamani Misbah(cedera), Shafiq Rahim(digantung) , S.Kunalan(digantung), Fakhri Sharaani(cedera) dan Mahalli Jasuli(digantung).K.Rajagopal mungkin akan menggunakan formasi biasa 4-5-1 dengan Idlan Talaha akan bermain sebagai penyerang tunggal sambil dibantu 2 pemain sayap lincah S.Chanturu dan juga Khyrill Muhymeen. Bahagian tengah pula pastinya diharapkan kepada K.Gurusamy dengan ketiadaan Shafiq untuk menggerakkan pasukan sementara Muslim Akmad dan Khairul Fahmy Che Mat diharapkan dapat mempamerkan permainan cemerlang untuk menghalang pasukan daripada dibolosi. Perlawanan dijadualkan pada esok 15 November 10 pukul 4 petang(untuk jadual penuh KLIK sini)..Ayuh kita sama-sama memberikan sokongan kepada wira-wira kita ini.
Kesebelasan Utama (Kemungkinan):
Khairul Fahmi Che Mat (PG),Mohd Faizal Muhammad(Pertahanan), Mohd Muslim Ahmad(Pertahanan),K Gurusamy(Tengah), Amar Rohidan(Tengah), S Chanturu(Tengah), Mohd Khyrill Muhymeen Zambri(Tengah),Fadhli Shas(Pertahanan) ,Asraruddin Putra(pertahanan), Norshahrul Idlan Talaha(Penyerang), Faizal Abu Bakar(Tengah),
Simpanan: Mohd Zamir Selamat,Fandi Othman,Izzaq Faris Ramlan,Gary Steven Robbat
Barisan Kemungkinan Skuad Negara menentang Iran
P/S: Malaysia Boleh!!..Ayuh,Banggakan kami!!
No comments:
Post a Comment