Setelah puas aku mencari artikel terbaru mengenai pemain bola sepak Malaysia yang bernama Titus James Palani ni, akhirnya jumpa juga aku di blog http://rizalhashim.blogspot.com (antara blog tentang dunia sukan yang aku rajin follow - sebenarnya baru dua minggu aku mula ber 'blog'.huuu)..Syabas saudara Rizal!!!..setelah hampir 11 tahun menunggu akhirnya pemain ini telah 'bersuara' mengenai masa depannya bersama skuad bola sepak negara.Di fahamkan dia kini beraksi bersama Nanteuil FC di liga bawahan bola sepak negara Perancis. Karier Titus bermula dengan begitu cemerlang dipilih oleh Union Sportis Quevilliase selection (USQ) semasa menjalani proses pemilihan di sana. Ia merupakan satu organisasi yang berkolaborasi dengan kelab Bola Sepak Le Harve yang kini beraksi dalam Liga Bahagian 2 Perancis (Ligue 2).Kelab Le Harve pernah melahirkan pemain-pemain seperti Ibrahim Ba (bekas pemain antarabangsa Perancis), Pascal Chimbonda (bekas pemain Spurs dan Blackburn), Vikash Dhorasoo, Didier Digard (bekas pemain Middlesbrough), Florent Sinama Ponggole (bekas pemain Liverpool dan Atletico Madrid) dan Anthony Le Tallec (bekas pemain Liverpool)-lebih lanjut klik SINI.Sebelum itu Titus juga pernah beraksi untuk FC Villenoy dan CS Meaux juga kelab divisyen bawahan liga Perancis. Dia juga pernah dipanggil untuk menguatkan cabaran pasukan Malaysia khususnya semasa B.Sathianathan serta Bertalan Bicskei menerajui skuad kebangsaan tetapi bermacam-macam masalah yang tersebar diakhbar mengenai kegagagalannya menyertai skuad kebangsaan antaranya jadual yang padat di Liga Bolasepak Perancis, sibuk dengan permohonan untuk mendapatkan kerakyatan disana, saiz badan dan gaya permainan yang tidak sesuai dengan skuad Malaysia. Adakah ini sebenarnya hanya satu alasan untuk menyembunyikan sebuah kisah kegagalan. Yang jelas adalah dia merupakan antara penimbang bola yang baik kerana pernah menimbang bola sebanyak 1543 kali dalam sekali sesi timbangan.
Sumber dari http://rizalhashim.blogsot.com
Namun kemunculannya di rancangan Astro Arena iaitu Kafe sukan Ogos lalu menjelaskan bahawa dia masih bersemangat untuk menabur bakti kepada negara (untuk rujukan klik SINI) at some point. Apa yang pasti dalam usia yang telah mencecah 24 tahun, banyak yang perlu Titus buktikan kerana 11 tahun di Perancis merupakan jangka waktu yang terlalu lama kerana mengikut trend sekarang pemain sudah mencapai usia matang hanya pada pada umur 18 tahun!! Lihat sahaja lah Fabregas dan Wilshere (Arsenal), Messi(Barcelona), Carnales (Real Madrid) dan ramai lagi. Menurutnya lagi, jika gagal mendapat tempat bersama kelab-kelab yang beraksi dalam Ligue 1 ataupun Ligue 2, dia akan berhijrah Switzerland ataupun Eropah. Antara pemain lain yang pernah berguru di sana adalah Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Juzaili Samion yang kini beraksi di liga tempatan(Malaysia). Dengan penjelasan ini, harapnya K.Rajagopal akan terpanggil dan seterusnya dapat memberi peluang kepada Titus untuk menampilkan keupayaannya samaada dia adalah bakat istimewa yang terlepas pandang memandangkan kejohanan Piala AFF akan berlangsung pada bulan hadapan.
''Selamat Maju Jaya Titus James Palani''
No comments:
Post a Comment