Showing posts with label Liga Super 2011. Show all posts
Showing posts with label Liga Super 2011. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

If we have ten people like Tan Sri Annuar Musa


Finally Kelantan berjaya menebus kekecewaan terlepas Piala FA kepada Terengganu bulan lalu dengan kejayaan mendakap kejuaraan Liga Super untuk musim 2011 setelah menewaskan Sabah di bawah bayu 2-1 di Stadium Likas semalam. Sekaligus menutup terus peluang Terengganu dan Selangor untuk cubaan memintas di saat-saat akhir.Dan pastinya Daudsu Jamaluddin dah boleh tidor lena setelah dikhabarkan meracau-racau hampir setiap malam akibat gol sendiri pada Final Piala FA lalu..Selamat Malam Daudsu!Anda dah boleh tidor lena..hehehe...

Dan orang yang menjadi tunjang kepada kejayaan Kelantan adalah TSAM. Honestly aku yang bukan orang Kelantan pun berharap suatu hari nanti pasukan bolasepak negeri Johor akan ada orang macam TSAM. Its so easy for me.If yuolls semua kerja ikhlas dan betul-betul nak memajukan dan mencipta kejayaan dalam apa jua sukan, kerja mesti mau IKHLAS..lagi sekali..IKHLAS! Bukan dok terpikir nak penuhkan poket sendiri..Tahniah TSAM dan TRW.Dengan kerja TSAM lah kelantan buat pertama kali dapat menganjurkan International Friendly.Sesuatu yang negeri lain pernah terfikir tapi tak tahu macam mana nak realisasikan.Penubuhan kelab bola sepak The Red Warriors untuk mencari bakat-bakat muda di Kelantan adalah satu lagi projek yang terpuji.Tak payah nak tunggu subsidi daripada FAM Buat sendiri dan usahakan sendiri penaja.You just Awesome! Dan kalau negeri-negeri lain serta kelab-kelab bola sepak nak berjaya macam Kelantan.Carilah orang macam TSAM! Bukan JANJI tapi Pasti dapat punya (pinjam jap tagline David Teo..heheh)..

We are the champion....
Even bila aku dengar TSAM bercakap di Astro Arena suatu ketika dulu (aku pernah post Baca), time tuh aku dah dapat rasa yang orang macam yang patut terajui kerusi tertinggi di dalam persatuan bolasepak Malaysia (FAM).He knows what to do and he know what he say! bukan main bedal cakap ntah apa-apa dan tak serupa bikin! Dan sememangnya Kelantan berhak menjadi juara, Terengganu berhak di tempat kedua dan Selangor memang layak berada ditangga ketiga..Just forgot when last time aku rasa perebutan untuk takhta Liga Super sesengit ini...Terbaik!

Dan pastinya ramai yang tertunggu keputusan FAM dalam misi 'menyelamatkan' pasukan Pahang hanya akan diketahui Isnin.Kalau sekali tuh mungkin tak sengaja..tapi kalau dah 2 kali..dah lebih sangat.Kekejaman secara terang-terangan..Kesian pasukan Pahang ni..tiap-tiap tahun jadi pasukan belasahan..Coach dah dasyat dan bukan calang-calang..Zainal Abidin Hassan..sebelum tuh Dollah Salleh..nak sapa lagi..Ni mesti kes tak bayar gaji atau EPF ni  tak pon Socso..huhuhu...Perlis memang kompem la! kompem turun..kabel tak kuat..setakat boleh poligami tak cukup kuat lagi..tak kena mengena dengan sukan bola sepak..hahaha...

Dan sekali lagi aku nak ucapkan tahniah kepada TSAM dan TRW kerana berjaya menjadi juara Liga Super musim 2011 dan Hopefully they can do a double this season! Aku Orang Johor dan aku Sokong Pasukan Johor + Johor FC tapi aku kagum dengan Kelantan!..

GOMO KELATE GOMO....

Monday, May 2, 2011

Its all about Liga Super Malaysia 2011




Siapa kata aku tak layan Liga Super tempatan! Cis lancang sungguh mulut-mulut jahat yang berkata-kata itu. Post aku memang lebih kepada liga-liga luar, tapi aku tengok gak liga tempatan ni ha. Tak caya? Tak caya sudah.hehehe..

Jarang-jarang sangat kita dapat tengok begitu sengit sekali dalam pemburuan kejuaraan Liga Super Malaysia. Cuma tahun ni memang dasat! Selangor, Terengganu, Kelantan bersaing begitu hampir sambil diekori oleh Kedah dan juga Perak. 

Pasukan Selangor menunjukkan walaupun kehilangan ayam tambatan mereka di awal musim iaitu Safee Sali yang berhijrah ke Indonesia namun pasukan yang diketuai Amri Yahyah ini masih mampu berada dikelompok atas liga sambil dibantu kapten kebangsaan Safiq Rahim serta regular dalam skuad kebangsaan seperti Amirul Hadi serta Asraruddin Putra. Pasukan Terengganu pula diterajui barisan serangan yang diketui penjaring terbanyak pasukan Abdul Hadi Yahya dan juga penyerang kebangsaan Ashari Samsudin nampak masih mengekalkan momentum di kala perlawanan hanya berbaki 6 perlawanan sajaha.


Akmal kembali menemui sentuhan jaringan 

Pendahulu senarai penjaring terbanyak liga saat ini


Kelantan yang dikendali Datuk M.Karathu pula masih menagih bisa permain paling bernilai MSL musim lalu yang kini megumpul 12 gol selepas 16 perlawanan iaitu Idlan Talahan sambil dikebalkan di pintu gol oleh penjaga gol terbaik MSL musim lalu iaitu Kahirul Fahmy Che Mat. Kedah seperti biasa masih menggunakan pendekatan pemain muda yang kini dibimbing Wan Jamak sambil Perak kembali dalam kumpulan pasukan pilihan setelah beberapa musim hanya menghuni kelompk bawahan liga. Kebangkitan mereka pastinya dijana oleh kehadiran bekas pemain penyerang kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang pernah berguru di Perancis.

Harimau Muda? Aku sebenarnya menjangkakan pasukan bimbingan Ong Kim Swee ini berada di kedudukan yang lebih tinggi memandangkan pasukan ini adalah pasukan yang dipenuhi dengan pemain kebangsaan di pelbagai peringkat.Namun kemungkinan jadual ketat dalam menempuh perlawanan dalam liga dan tuntutan perlawanan peringkat antarabangsa nyata memberi kesan kepada pemain Harimau Muda..Rasanyalah..

Dengan berbaki 6 perlawanan, sukar menentukan siapa yang bakal menjadi juara liga dan kemungkinan besar ianya hanya akan dapat ditentuka pada perlawanan terakhir liga..Malaysia Boleh!

P/s: Cuma sedih kekadang melihat kebanyakkan padang pasukan yang bertanding mempunyai permukaan yang tidak rata sekaligus merencatkan permainan..adoiiii..

Wednesday, April 13, 2011

K-Mon Mr Tengku

K-Mon..K-Mon.....huhuhu
Tajuk macam tak boleh blah.haha..Kesian aku tengok blog aku ni yang sejak akhir-akhir ni terbiar dan tak terurus.Bukan aku bersara dari 'dunia' bola sepak.masih ON seperti biasa cuma ke 'malas' an tu datang bertubi-tubi.Boleh?..apa pun tak boleh! (hahah..memang lawak kumpulan Jambu-Maharaja Lawak)

Liverpool? apa lagi yang boleh diharapkan selain dari mengejar pasukan ditangga ke-4 dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengekalkan posisi ke-6 daripada dirampas musuh setempat Everton dan juga Bolton Wanderes. Menang baru-baru ni memang happy tapi tak menggila! biasa jer rasa sebab..sebab-sebab diataslah..tak thrilled la..menang happy kalah pun tak cuak..hehe.

Liga Super? Hmm layan..asalkan bola.Memnang sengit.Kalau dulu Perak 'Kejar Yob Kejar' tapi sekarang dah tukar pulak..'meh ler kejar YOB'..yang tak dapat kejar KITA BAKO! KITA BAKO..adoi, kuat betul pengaruh ucop wilcha ni.sampai ke padang aura dia!

Torres? Hmmm..kesian aku tengok dia.Ancelotti pun cakap yang nasib dia terumbang ambing sebab dia pening dengan kehadiran Torres! haaa..sapa nak jawab.But still he is among the best in this business..Jangan risau Chelsea..masih banyak masa lagi..harap-harap musim terakhir baru dia menyerlah..at least better than Shevchenko..hahahaha..sabo jer la!

Apapun pagi ni aku nak layan game Spurs vs Real Madrid..can Spurs do it? Honestly not..but still hoping for a good game.

to be continue..(K-Mon Mr Tengku..caiyokkk!!..jgn malas update..hahaha)

Sunday, January 30, 2011

Selangor (0) vs (2) Kelantan - Piala Sumbangsih 2011


Juara Piala Sumbangsih 2011-Kelantan

Kelantan memulakan musim baru liga Malaysia dengan bergaya apabila menjulang Piala Sumbangsih edisi 2011 setelah menewaskan pasukan Selangor yang dibimbing K.Devan hasil jaringan penalti oleh Idlan Talaha dan gol padang oleh kapten pasukan Piya. Dengan kemenangan ini, pasukan Kelantan membawa pulang 3 mata penuh kerana perlawanan Piala Sumbangsih ini juga dikira sebagai perlawanan pertama Liga Super musim 2011 untuk kedua-dua pasukan.

Walaupun terdapat insiden permainan dihentikan seketika pada masa kedua kerana layangan mercun yang dilemparkan penonton semasa separuh masa kedua namun ianya tidak menghalang Kelantan untuk menjulang piala pertama yang ditawarkan untuk musim ini. Selangor yang diketuai Safee Sali, Amri Yahyah, Amirul Hadi, Razman Roslan, Asrarudin serta kapten pasukan kebangsaan nyata gagal membentuk kombinasi serta melancarkan serangan yang benar-benar menggugat pintu gol Kelantan yang di kawal oleh penjaga gol utama kebangsaan Khairul Fahmy Che Mat. Lebih malang bagi ketua pasukan negara Safiq yang terpaksa dikeluarkan pada waktu rehat kerana permainan teruk yang ditunjukkan pada separuh masa pertama memaksa K.Devan mengubagh startegi dengan memaksukkan Shazwan Fitri untuk baki 45 minit menuju ke akhir perlawanan.

Namun ada beberapa perkara yang saya ingin highlight kan merujuk kepada perlawanan semalam antara Kelantan dan Selangor:

KUALITI PERLAWANAN:
Biarpun dengan penaja baru dan pemain baru, namun terus terang saya katakan kualiti yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan masih ditakuk lama.Begitu banyak hantaran yang menyakitkan mata walaupun dalam jarak tidak sampai 2-3 ela.Sesuatu yang patut diperbaiki untuk perlawanan seterusnya.

TAHAP FIZIKAL PEMAIN:
Nyata pemain-pemain masih belum mencapai tahap kecergasan terbaik dan ada pemain didalam padang yang clealy out of shape. Fadzli Shaari - ada satu ketika dia mengangkat baju dan terlihat perutnya yang menggelebeh serta S.Sritharan dilihat yang begitu berat.

PENONTON:
Benar kata Zainal Abidin Rawop yang menyatakan bahawa mentaliti penonton juga perlu berubah jika ingin melihat taraf liga Malaysia naik ketahap yang lebih tinggi. Mercun, balingan botol serta laser tidak perlu berada dalam stadium.

ader lagi laser ni...
BUILT UP MATCH BY ASTRO:
Pembaharuan yang cukup menarik dan terbaik dilakukan oleh Astro kerana kita dapat melihat kelibat pemain yang baru tiba ke stadium, suasana dibilik persalinan serta info tentang kedua-dua pasukan yang tak ubah ala-ala EPL.Cuma interview di kala pemain mahu kebilik persalinan pada separuh masa agak tidak sesuai.Tahniah Astro.

Tengku's Man Of The Match: Piya (Kapten Pasukan Kelantan)

Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Kelantan.......Gomo Kelate Gomo!!!

Saturday, January 29, 2011

Preview Selangor vs Kelantan (Piala Sumbangsih 2011)


Liga bola sepak Malaysia secara rasmi akan bermula malam ini dan tumpuan perlawanan pastinya terarah kepada pertembungan dua seteru utama di Stadium Shah Alam. Satu dikenali sebagai Red Giants (Selangor) dan satu lagi menggelarkan diri mereka Reds Warriors (Kelantan). Peminat bola sepak tempatan pastinya sudah tidak sabar untuk melihat permulaan baru Liga Malaysia yang kini mendapat tajaan lumayan daripada Astro ditambah dengan kejayaan skuad bola sepak negara pada kejohanan Piala AFF 2010 yang lalu.Nama-nama seperti Khairul Fahmy Che Mat, Safee Sali, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Idlan Talaha, Amri Yahyah dan ramai lagi pastinya menjadi tumpuan peminat dan prestasi mereka pastinya dinilai dengan teliti oleh semua pihak. 


Nurul Azwan Roya - bekas pemain Johor FC
yang kini bersama Kelantan
Nicholas Chan - Pernah menjalani latihan dengan
Cardiff Citydan West Ham
Di atas kertas dilihat segala-galanya semua berpihak kepada Selangor kerana perlawanan malam ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam dan pemain tonggak yang menjuarai Piala AFF 2010 bulan lalu semuanya cergas untuk beraksi sementara di kem Kelantan bermula dengan isu lampu padang yang tidak menepati piawaian FAM kemudian di tambah dengan penggantungan Sathia selama 6 bulan yang sememangnya merencatkan perencanaan  skuad Kelantan. Kelantan pastinya mengharapkan sentuhan pemusnah Idlan Talaha serta ketangkasan Khairul Fahmy Che Mat di gawang gol setelah kehilangan Hairuddin Omar (N.Sembilan), Akmal Rizal (Perak), Azizi Che Ros, Nor Farhan Mohamad serta Indra Putra yang beralih arah ke pasukan T-Team. Selangor pula akan diperkuatkan pemain tonggak seperti pemenang kasut emas Piala AFF 2010 Safee Sali, kapten pasukan kebangsaan Safiq Rahim, kapten Selangor Amri Yahyah, Amirul Hadi Zainal, Asrarudin Putra serta Razman Roslan ditambah dengan kehadiran bekas pemain kebangsaan Fadzli Shaari dari KL Plus serta Azidan Sarudin  yang merupakan bekas ketua pasukan Kuala Lumpur musim lalu. 
Fadzli Shaari - Selangor
Azidan Sarudin - Selangor

Pengendali baru Skuad Kijang, M Karathu pula pastinya inginkan permulaan gemilang setelah kembali semula dalam arena bola sepak tempatan setelah menghilang selama beberapa musim namun tempoh 2-3 hari yang dimiliki dalam membentuk gandingan serasi pastinya menjadi penhalang utama dalam menidakkan impian anak-anak buah k.Devan. Kehadiran pemain yang pernah menjalani latihan di Cardiff City, Nicholas Chan pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat tempatan untuk melihat kemampuan dan keupayaan pemain yang berusia 20 tahun ini.Kemasukan penyerang veteran Khalid Jamlus dan bekas pemain tonggak Johor FC Nurul Azwan Roya juga sedikit melegakan pasukan Kelantan.

Tengku's Prediction : Selangor (2) vs (1) Kelantan

Perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2011 ini juga dikira sebagai perlawan pertama Liga Super bagi kedua-dua pasukan dan mata akan dikira berdasarkan keputusan hingga minit ke-90.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...