Monday, February 28, 2011

Anai-Anai Si Pembunuh Senyap

Arsene Wenger!Jangan sampai kabinetmu dimakan anai-anai sebab menatang ni adalah silent killer..hahaha..Ingat nak masuk tidur sebab Liverpool kalah..tapi pengorbanan tengok game Arsenal 'berbaloi-baloi' bila tengok abg Martin score last-last minit..Ko'syial'ni memang pembawa badi pada team Arsenal..I like..

Jangan biarkan kabinet anda dimakan anai-anai
Hmm gelakkan  Arsenal, team aku pun apa kurangnya.Tak da mood nak post pasal Liverpool kalah semalam.Potong stim betul! Liverpool dengan Arsenal ni pun lebih kurang jer..Liverpool dah 5 season tak dak piala..setahun lagi anai-anai akan mengganas!! Please la korang-korang semua..Boleh tak main dengan bersungguh-sungguh..Dah sampai lupa rasa nikmat tengok Liverpool julang piala!!! Adoiiiii.........! Sakit betul!

Sunday, February 27, 2011

Preview West Ham vs Liverpool - Gameweek 28 at Upton Park

Huh dah berapa hari aku tak meng 'aktif' kan diriku dalam dunia blogging ni..maklumlah sejak seminggu dua ni sibuk dengan preparation untuk Karnival Futsal Harian Metro yang berlangsung di Ferro Futsal semalam dengan hari ni..Main tak lah penat sangat tapi lebih penat menunggu giliran nak lawan..huhuhu..maklumlah ada lebih 300 team yang main..cukuplah pasal futsal ni.Aku nak write pasal Liverpool pulak.

Melihatkan keputusan perlawanan yang agak kurang memberansangkan dalam tiga perlawanan terakhir include back to back Europa League match against Sparta Praha sedikit menimbulkan rasa cemas.Kembalinya Steven Gerrard serta Luiz Suarez pastinya melegakan Kenny Daglish memandangkan barisan serangan yang diterajui Kuyt serta Ngog nampak kaku dan kurang menyerlah.Walaupun West Ham berada di tangga terbawah, ini bukan jaminan bahawa 3 mata adalah pasti kerana perlawanan EPL musim ini penuh dengan kejutan. King Kenny pastinya mengharapkan 3 mata penuh untuk dijadikan sebagai tonik sebelum menunggu kehadiran Manchester United di Anfield next week.

Barisan Kemungkinan:

Tengku's scoreline prediction: West Ham (1) vs (2) Liverpool 

Tengku's Headlines Prediction: SOOOARRez bang hattrick!!

P/s..Please please please kamu mesti menang! Kalau kamu kalah, kami kene maki!!..YNWA..

Wednesday, February 23, 2011

Alahai Johor dan Liverpool

Bila lah agaknya aku nak merasa kenikmatan rasanya bergelar juara Liga dengan pasukan kesayangan aku ni. 5 tahun lagi? 10 tahun lagi?.Entah bila..Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..Johor dah 19 tahun tidak merasai nikmat bergelar juara Liga Malaysia (kini digelar Liga Super) manakala Liverpool sudah kemarau kejuaraan sejak 20 tahun yang lalu..Kalau lah masa boleh diputarkan kembali..Itu kalau....

Pasukan Johor yang kali terakhir menjuarai liga pada
tahun 1991.
Masih lagi ingat kelibat pemain-pemain seperti Abbas Saad, Alister Edwards, Ervin Boban, Nasir Yusoff, Khalid Shahdan, Omar Salim, Hasbulah Fatah, Annuar Abu Bakar dan juga Salehan Mohd Som.

Barisan pemain Liverpool yang menjuarai EPL
pada musin 1989/1990
Lagu yang mungkin sesuai dengan aku...

Monday, February 21, 2011

What happened next: Football's strangest career changes

It is often said of footballers that their careers are short and once their playing days are over the adjustment to the real world can be a difficult one.
Coaching, media work or after-dinner speaking are tried and tested routes for football's retirees - but why not be a bit more adventurous?
Inspired by the news that Turkey's 2002 World Cup star Ilhan Mansiz has decided to target representing his country at the Winter Olympics as an ice-skater, we thought we would take a look at some of the more unusual career paths that professional footballers have followed.
1. Vinnie Jones
Then: A member of Wimbledon's Crazy Gang who won the 1988 FA Cup Final and repeatedly defied the top flight's biggest names to stay in the Premier League. Jones built a fearsome reputation as one of the toughest players of his era.
After football: Jones was cast in the 1998 Guy Ritchie film Lock, Stock and Two Smoking Barrels, and went on to star as a hard man in several big pictures, from Snatch to X-Men: The Last Stand.
2. Neil Webb
Then: Webb played under two of the finest managers in history, making his name as a regular with Brian Clough's Nottingham Forest in the 1980s and securing himself a £1.5m move to Manchester United where Alex Ferguson was busy trying to forge a winning team. The tidy midfielder quietly amassed 26 England caps and was in the squad for the 1990 World Cup.
After football: Webb attracted attention in 2004 when it emerged he had become a postman. As he explained to the Observer in an interview at the time: "My wife's brother has been at the Post Office since he left school. I asked about the hours and it did not sound too bad. So I applied for a job.
"When I first started there, people would say, 'What are you doing? You played for England and earned a lot of money.' I said, 'Yeah, and it isn't going to last me till I'm 65. Work it out - mortgage, car, kids and tax.' People just don't understand."
3. Ray Wilson
Then: Wilson played 63 times for England, including one rather important afternoon at Wembley in 1966 when the nation won its only World Cup. The left-back spent the majority of his career at Huddersfield and Everton.
After football: A ten game spell as interim boss of Bradford in 1971 did not work out, and Wilson went from caretaker to undertaker. His business thrived in the Huddersfield area and he continued until his retirement in 1997.
4. Arjan de Zeeuw
Then: An uncompromising Dutch defender who made England his home. De Zeeuw joined Barnsley in 1995 aged 25 - and spells at Wigan twice, Portsmouth and Coventry followed.
After football: De Zeeuw did not play professional football until the age of 22 because he had been studying medical science. Using those skills upon his retirement, De Zeeuw returned to the Netherlands and took a job with the regional police as an investigative detective.
5. Gavin Peacock
Then: An often under-rated midfielder with a knack for crucial goals who had lengthy stays at Newcastle United, Chelsea and Queens Park Rangers during the 1990s.
After football: Peacock looked to be bedding in as a media pundit until he decided he could not ignore the call of his faith. A lifelong Christian, Peacock completed his commentary obligations for Euro 2008 before departing to Canada to study Divinity at Ambrose Seminary, with the intention of going into the priesthood.
6. Leighton James
Then: Tore down the wing for Burnley, Swansea and Wales in a 20-year career in professional football.
After football: Took a job as a lollipop man at a school outside Swansea - and so good a stopper of traffic and facilitator of children crossing roads safely was he that he went on to be recognised as Swansea Council's Rookie Lollipop Man of the Year in 2007.
7. Jim Whitley
Then: The Northern Irishman from Zambia is less well known than his brother Jeff, but still managed to pick up three international caps and turn out for Manchester City before a spell at Wrexham.
After football: An avid musician in his youth, Whitley found himself portraying first Nat King Cole and then Sammy Davis Jr in tribute bands.
8. David May
Then: Despite being plagued by injuries, defender May won two Premier League and two FA Cups with Manchester United and was on the bench when United won the Champions League final in 1999.
After football: May founded a partnership with a South African friend and started importing wine to the UK.
"New clients can be surprised that I'm now involved in wine," he says, "but I've yet to meet an irate Leeds or Liverpool fan who doesn't want to do business."
9. Rob Jones
Then: Jones was a key part of the Liverpool side in the 1990s, representing the Reds for eight years. The right-back also played on eight occasions for England. Injury stalled his career and forced a premature retirement at the age of 27.
After football: Together with his wife, Jones has been running a chain of nursery schools in Warrington for several years.
10. David Icke
Then: Arthritis scuppered what might have been a promising career as a goalkeeper. Icke played for Coventry, Oxford United, Northampton Town and Hereford United before being forced to retire in 1971 aged just 21.
After football: Icke's career after football might best be described as colourful. It included spells as a television broadcaster and a Green Party spokesman before an infamous interview with Terry Wogan in which he claimed to be the son of God and a series of books detailing amongst other things: a conspiracy theory in which he believes that many of the world's most influential people are reptilian humanoids. Well, quite.
*Sumber daripada

Saturday, February 19, 2011

Penangan Rizal Hashim

Mana aku nak mula pun aku tak tahu..Nak mula dengan komen Rizal Hashim pasal artikelnya RTM-Rais tak minat..(Sila Baca)  atau pun hentaman balas dari Luci Sokernet (Sila Baca) pasal artikel Rizal Hashim.Lagipun aku ni bukan sesape dalam  masalah ni.Ada blog pun baru sebulan dua.Budak hingusan la lebih kurang..Diaorang ni memang dasyat dalam penulisan-penulisan kat laman sesawang ni.Yang Si Bro Rizal ni memang kita well known sebab selalu keluar kat TV or Media cetak dan tambah dasat dia bekas wartawan and Si Luci Sokernet ni pulak orang tak kenal muka.(mungkin dia ni jugak wartawan macam Rizal..)Isu penajaan Astro terhadap Liga M ditambah dengan isu penyiar rasmi yang kini dipegang Astro telah menimbulkan konflik utama tentang siaran langsung perlawanan liga M di kaca TV samaada RTM mahupun Astro.Aku bukan lah side kick ataupun Pro-Rizal dan bukan Anti Si Luci (sebab selalu kutuk melampau Liverpool) tapi aku adalah aku.

Rizal Hashim Meroyan?
Hahaha..meroyan ke? whatever..Even kenyataan Si Rizal ni agak pedas ala-ala resipi istimewa Restoran Asam Pedas kat Seksyen 8 Bangi (takkan thanks jer..duit royalti sikit..hehe), tapi bagi aku ada benarnya. Kat sini bukan isunya Melayu kayakan Keling atau Melayu kayakan Cina.Kalau ini lah isunya..please lah..korang beli spare part keta korang kat mana? Korang beli barang elektrik HD (Hutang Dulu) kat mana dan korang makan-makan kat mana (Mc D, KFC, Pizza Hut?..majority cina)..nak lah pulak korang bawak bini atau pun awek-awek korang kat kedai melayu Kg Baru kan bila bak dating?..Politic and money..cer citer benda apa yang tak melibatkan dengan bendalah tuh..Setakat kena bayar RM 6 juta, RTM dah nak melenting..Standard lah Astro jual dengan rege macam tuh..Orang berniaga.Astro ditubuhkan bukannya tujuan untuk bagi charity kat orang awam.Diorang ni tau buat untung jer..Setakat taja 30 juta setahun selama 4 tahun..tak ada hal lah bagi Astro sebab dia nampak boleh buat duit kat situ..Lagi-lagi bila Malaysia menang Piala AFF..Mana ada benda free..Even nak kencing kat KL pun kena bayar 20 ke 30 posen.Lumrah alam tu kencing dan berak! still kene bayar..Then tak nampak pulak orang boikot DBKL ataupun berpiket depan Pejabat DBKL kat sebelah Stadium Merdeka tuh..Dan lagi satu yang hentam Astro dan Rizal Hashim ni..marah-marah, maki-maki korang pun..bila Astro tambah charge government tax dekat bil Astro..then korang cakap "alah 5 ringgit lebih jer..tak boleh hidup woo tanpa Astro!.. Kalau berani suruh lah technician Astro datang potong la.
Kenapa Astro nak offer kat Media Prima yang merupakan pesaing Astro? Business strategy bro..very simple..

Astro pun SATU!
Bila dah dapat hak penyiar rasmi Liga M, buatlah betul-betul. Siaran langsung kejap ada kejap tak da.Adoiii...Ulangan pulak asik team sama yang main..Negeri Sembilan lawan Felda United..then esok Negeri Sembilan lawan Felda United lagi..dah pulak tuh siaran perlawanan hoki berlambak-lambak! Itu belum lagi ditambah dengan siaran ulangan Sukan Asia Guangzhou! adoi..common laa.! FAM pulak tersepit bila benda ni berlaku.Di telan mati mak diluah mati bapak.Ambil tawaran rendah salah, ambil yang tinggi pun salah..Tawaran lumayan Astro sememangnya tidak dapat ditolak FAM yang kantungnya sentiasa kering bila menuju hujung musim..Payah bebeno sebenarnya kita nak cari orang yang betul-betul ikhlas dalam membantu pembangunan bola sepak di Malaysia..Money and Politics - Damn!

'Kepala' mesti ada semangat bola dalam diri..
Mana-mana pun kita pegi, kalau dalam satu organisasi tu..'kepala' dia tak minat bola or sukan..tak kemana kalau kita paksa lah benda dia tak let it go jer lah..tak payah kita pandang benda -benda besar yang seringkali terpampang kat surat khabar ataupun media elektronik..Zaman sekolah-sekolah aku dulu pun, kalau guru besar tuh langsung tak minat bola..jangan harap dia nak hantar team pergi bertanding peringkat sekolah atau pun peringkat daerah even pelajar sekolah dia ada yang berbakat..kadang-kadang tuh bila ada seorang dua terpilih untuk selection peringkat daerah contohnya, then tetiba tempat pemilihan jauh..tak da nya dia nak hantar guna van sekolah semata-mata untuk dua pelajarnya menjalani pemilihan..jimat  kos katanya!! Sama lah juga dengan kes ni..peduli apa dia dengan bola! yang penting poket mesti penuh..anak-anak, sedara mara, cucu cicit mesti 'merasa' selagi dia berkuasa..

Sebenarnya banyak benda aku nak ulas lagi..tapi tak mau panjang-panjang sebab pening orang nak baca..Ni just luahan hati aku di blog aku..Samaada Saudara Rizal, Luci Sokernet, Tan Sri-Tan Sri, FAM, RTM, Media Prima or sapa-sapa lah yang terlibat..masih-masing ada hak untuk memberi pendapat..mungkin betul dan mungkin tidak sebab yang lebih tahu adalah empunya diri..bukan orang lain..cuma bila kita nak menghentam orang lain..gunakanlah bahasa sopan dan lebih bertamadun!! ..huh macam aku sopan sangat..ngeh ngeh ngeh!


Friday, February 18, 2011

19? Its scary me..

United were chasing this lucky number, not me..
Bukan takut badi jersey No.19 yang pernah dipakai Ryan Babel..ataupun bukan sebab fobia fulus kering sebab dah ujung bulan..Biasanya orang takut macam 13 ker..sebab ada cerita seram 'Friday The 13th'..Bukan semua orang takut dengan angka ni sebab ianya hanya kena mengena dengan orang tertentu macam aku..Sebabnya..MANCHESTER UNITED CLOSER AND CLOSER TO CLINCH EPL TITLE FOR THE 19TH TIMES THIS SEASON!!

It mean Liverpool bukan lagi pemegang bersama kejuaran EPL terbanyak dalam sejarah bola sepak England!!..Kalau Liverpool masih title challenger its ok la..tapi dalam keadaan sekarang yang nak menempatkan diri di kelompok empat terbaik pun samar-samar.Apa yang boleh dibuat..Nothing.Just wait and see.Liverpool were 'history club'..that yang fans lain selalu cakap..Honestly betul jugak..telan je lah..Aku pun tak tahu siapa yang patut menang yang dapat melegakan aku..

Kalau Chelsea juara, Torres akan first keluar comment ''tengok, betul tak pilihan aku''.-Damn

Then kalau Man City pulak ''Kami boleh beli kejuaraan dengan duit dan yang pertama dalam tempoh 43 tahun''..Hebat, Hebat! Terima kasih Sheikh..

Kalau Arsenal juara ''fans diaorang kata, kami dah ada piala balik,Liverpool bila lagi.Takkan nak biar kabinet di makan anai-anai..hehehe''..memang panazzzz!

So, the best way..aku buat-buat macam rileks..then jauh diri dulu dengan budak-budak fan Manchester United terutamanya..kalau 'terjumpa' elakkan cerita pasal bola..pasal anak-anak ker..selamat..Lepak 5-10 minit jadikla.Pastu blah...hahaha...Whatever!

Thursday, February 17, 2011

ArshaWIN it for Arsenal..

Supersub Arshavin scored a second goal for Arsenal - The Sun

Ketika David Villa menonjol bola masuk dicelah kaki Szczesny (susah betol nak ngeja) untuk gol pertama Barcelona pada minit ke-26 memberi gambaran awal yang sememang dijangkakan..'Arsenal kompem lauk' atau pun 'Arsenal Ayam' tapi after brilliant display pada separuh masa kedua mereka berjaya mendapatkan dua gol dalam masa 5 minit pada 12 minit terakhir perlawanan melalui Van Persie dan Arshavin. Terus hilang ngantuk aku pagi tadi..Barcelona yang berbangga dengan corak tipikal hantaran-hantaran pendek dan juga skill individu tinggi pemain-pemainnya terpaksa akur dengan kekalahan kali ini.Selepas mendapat gol pertama mereka seolah-olah berpuas hati dengan satu jaringan dan Pep Guardiola pastinya mengharapkan keputusan lebih baik jika Messi tidak mensia-siakan dua peluang terbaik pada separuh masa pertama.

Its just not my day - Sumber The Sun
But its far from over sebab Nou Camp bukanlah tempat yang mudah untuk dikunjungi dan Real Madrid adalah buktinya.Even dilimpahi pemain bertaraf dunia, itu tidak menghalang mereka daripada di belasah Barcelona di Nou Camp November lalu dalam perlawanan La Liga.Arsenal pastinya berharap tiada kecederaan yang melanda ayam tambatannya seperti Van Persie, Fabregas mahupun Wilshere yang begitu cemerlang pagi tadi pada perlawanan timbal balik kedua dalam masa dua minggu.

Full Result: Arsenal (2) vs (1) Barcelona (Ars: Van Persie 78',Arshavin 83'    Bar: Villa 26')

Tengku's Man Of The Match: Van Persie - His first goal lead a sparks to made a superb comeback for Arsenal.

Tengku's Word of the Day: Arsenal just Outclassed but not Outscored.

Wednesday, February 16, 2011

Crouch flying HIGH at San Siro..

Do you know who i am old man?
Spurs membuktikan bahawa keupayaan mereka menjuarai peringkat kumpulan yang turut disertai juara bertahan Inter Milan sebelum ini bukan lah suatu kebetulan, malah AC Milan yang dibimbing Alleggi nyata gagal mempamerkan permainan sebenar yang membawa mereka kepuncak Liga Serie A ketika ini.Biarpun tanpa kelibat ayam tambatan Gareth Bale yang masih bergelut dengan kecederaan, Spurs masih mampu mencipta kemenangan ditempat lawan.Dengan kekalahan ini AC Milan berdepan tugas getir pada perlawanan timbal balik kedua di White Hart Lane nanti.

For you Harry!! - Peter Crouch
Jaringan Peter Crouch pada minit ke-80 hasil hantaran Aaron Lennon sudah cukup untuk skuad bimbingan Harry Redknapp membawa bekalan yang diperlukan untuk perlawanan kedua nanti.Nyata kehilangan Andre Pirlo nyata membataskan idea daripada bahagian tengah AC Milan yang dijana bekas pemain Arsenal Flamini,Thiago Silva, kapten Gatusso serta Seedorf. Gandingan mantap Zlatan serta Robinho ditambah kemasukan Pato pada minit ke-45 gagal membuahkan hasil.Keadaan tegang dilihat selepas perlawanan apabila Gattuso mencekik leher jurulatih Spurs Jordan dan mujur sempat dileraikan pemain-pemain berhampiran.

Keputusan Perlawanan Penuh: AC Milan (0) vs (1) Tottenham Hotspurs

Tengku's Man Of The Match: Aaron Lennon - Membuatkan Antonini bekerja keras sepanjang tempoh 90 minit dan hantarannya mebuka peluang gol untuk Peter Crouch pada minti ke-80.

P/s: Spurs merupakan pilihan aku untuk layak ke pusingan suku akhir dan kehadiran Bale pada aksi timbal balik pasti menyukarkan lagi misi pasukan AC Milan..

Anak-anak jadi mangsa..

Pergh tengok tajuk macam ngeri..macam kene penderaan..tapi sebab nak post benda-benda ringan time-time kepala tengah sarat dengan keje.ginilah jadinya..hahaha.Sebab papa minat bola, anak-anak jadi mangsa.Perempuan lak tuh..tipulah tak teringin nak anak lelaki.InsyaAllah jika diizinkanNya. Tengah mencuba..opsss.Maknya, take note.hua hua hua!!
Puteri Sarah 'Suarez' dan Puteri Khayra 'Carroll'..maafkan papa sebab anak papa jadi mangsa..peace!!

During match between Malaysia vs Kuala Lumpur
KLFA stadium Cheras
At Scoreboard Hi-Tea Event- Subang Jaya
At Scoreboard Hi-Tea Event- Subang Jaya

At Scoreboard Hi-Tea Event- Subang Jaya
At Scoreboard Hi-Tea Event- Subang Jaya
During Malaysia vs South Korea at Bukit Jalil
Layan jer laa...Sara dan Khayra ni.
Tidak ketinggalan mak kesayangan..Futsal antara Blok
All in reds!
Liverpool Wonderkid..hahaha

Tuesday, February 15, 2011

Baik dan Buruk Safee Sali ke Indonesia..

Sejak beberapa minggu lepas, berita tentang penghijrahan penyerang pasukan Selangor yang juga penjaring terbanyak Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 mendapat liputan yang begitu luar biasa oleh peminat-peminat bola sepak tempatan dan tidak ketinggalan pihak media.Banyak isu yang dibincangkan antaranya termasuklah kedudukan pasukan Pelita Jaya dalam Liga Indonesia, bayaran gaji dan juga taraf Liga Indonesia itu sendiri.Biasalah setiap perkara yang berlaku itu ada baik dan ada buruknya tidak kira sama ada kepada individi itu sendiri mahupun orang lain. Sedikit rumusan dan pandangan daripada aku berkenaan dengan perpindahan Safee Sali ke Liga Indonesia.

Antara persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan peminat mahupun media:

1. Kenapa Pelita Jaya? Pasukan tangga tercorot dan kenapa bukannya pasuka  lebih baik seperti Persib Bandung atau Sriwijaya..
- Dan semestinya pembincangan pasukan yang berminat dengan pasukan majikan Safee Sali sebelum ini, Selangor adalah bahagian paling kritikal. Pelita Jaya dikhabarkan memberi pampasan yang paling lumayan iaitu sebanyak US 30 ribu dan gaji kepada Safee adalah sebanyak US 10 ribu. Dan semestinya Safee tepat kerana memilih pasukan itu ditambah peluangnya untuk beraksi sebagai kesebelasan utama lebih cerah.Win-win situation dude..

2. Safee adalah penyerang terbaik AFF dan juga Malaysia yang jadi juara.Kenapa Indonesia?
- Aku berminat sekali memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa dalam Kafe Sukan (Astro Awani) bulan lalu yang menyatakan ''Kita menjadi juara, bukan kerana kita terbaik..tetapi kita telah menewaskan yang terbaik!''
So apa yang anda paham..? 
He had so many medal in his United carrier \
but failed to get one in Wales shirt
3. Impak kepada pasukan bola sepak kebangsaan?
- Walaupun pihak pengurusan Selangor melepaskan atas sebab-sebab ingin melihat bola sepak Malaysia lebih  kuat dan lebih dihormati tetapi bagi aku..aku melihat ianya sebagai satu 'permulaan semula' setelah sekian lama tiada pemain kita yang beraksi di luar negara.Kali terakhir adalah Akmal Rizal dan Juzaili Samion 5-6 tahun lepas.Ianya akan menjadi pemangkin dan anjakan kepada pemain-pemain lain terutama pemain-pemain muda untuk mencapai kejayaan bermain diluar bumi Malaysia.Kejayaan pasukan bukan terletak pada individu..Even Safee mungkin menjadi antar terbaik Asia 2-3 tahun lagi, Malaysia mungkin ditakuk lama jika pemain lain masih ditahap belum memuaskan..Antara contoh terbaik..Ryan Giggs begitu cemerlang di Man U tapi Wales dimana? George Weah pernah dinobatkan pemain terbaik dunia tahun 1994 tapi dimana Liberia? Juga George Best pemain terbilang Man U, Ireland Utara? Lihat sahaja lah pasukan Jepun dan Korea Selatan..Walaupun memiliki Park Ji Sung (Man U) & Lee Chung Young(Bolton), tapi pemain tempatan seperti Koo Ja Cheol dan Lee Young Rae mempunyai reputasi setanding dan juga keupayaan Honda & Shinji Kagawa di kelilingi pemain liga tempatan hebat seperti Shinji Okazaki(Kini bersama VFB Stuggart) dan juga Endo.Itulah resepi kejayaan.

George Weah - 1994 Wolrd Best Player

George Best
4. Safee Sali memilih Pelita Jaya kerana duit!
- Its normal.Dan sememangnya dunia bola sepak begitu..Safee layak menerimanya.Fahamilah bukan sedikti pengorbanan yang diberikan untuk menjadi yang terbaik.He deserved it! Dan peluang ini bukan datang setiap hari mahupun bulan..Dan ini mungkin pertama dan terakhir..Dan Safee menyahutnya! Aku bangga..

5. Adakah Safee tidak takut reputasinya tercemar jika tidak cemerlang di sana?
- Setiap keputusan dalan rencah bola sepak global, keputusan untuk berpindah pasukan akan ada risikonya sendiri..Siapa sangka Shevchenko gagal teruk di Chelsea, siapa sangka Van Der Vart mungkin menjadi pembelian terbaik Harry Redknapp dan adakah kita menjangka kegagalan Forlan di Man U menjadi titik penamat kariernya..tidak bukan!! Semuanya ada risiko..Mungkin Safee gagal dan mungkin lebih berjaya..Hanya masa menentukan!

Sama-samalah kita berdoa agar Safee Sali dapat buat yang terbaik dan berjaya buktikan kejayaannya di Kejohanan AFF Suzuki bukanlah suatu kebetulan.Good Luck to you Safee Sali!!!

Monday, February 14, 2011

Its too far now, lads!

Pada mata kasar, kita terlepas hanya 2 mata sahaja tetapi sebenarnya ianya lebih daripada itu! Daripada 6 mata kini kita ketinggalan sembilan mata dan maybe 12 mata jika jumlah perlawanan sama dengan Spurs dan Chelsea! Dengan hanya berbaki 11 perlawanan, kita terpaksa mengharapkan Spurs atau pun Chelsea tewas 4 perlawanan dan Liverpool perlu menang 11 perlawanan berturut-turut!! Can we? Honestly, aku rasa kita takkan..takkan menang 11 perlawanan berturut-turut.Bukan aku memandang rendah keupayaan pemain-pemain dibawah Kenny Daglish, tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata..Liverpool sepatutnya boleh terus membunuh perjuangan Wigan pada masa separuh masa pertama lagi..tapi we just not good enough. Kita semua akui yang Luis Suarez memang tidak bernasib baik tetapi dalam keadaan sekarang kita tidak boleh lagi membazir peluang yang ada jika hendak berada dalam kedudukan Top 4. Mungkin kita semua tahu keupayaan Suarez mengambil sepakan percuma tetapi adakah Kenny sedar tentang itu dan hasilnya kita membazir sekurang-kurangnya tiga sepakan percuma berhampiran gawang gol Wigan.Aurelio dan Maxi sememangnya membazir!

Mungkin orang kata bila menang puji, kalah atau seri semua tidak kena tapi itulah hakikatnya. Sejauh mana fans memandang tinggi Kenny Daglish namun beliau juga ada kelemahan..dan Wigan telah membongkarkannya! Dan kini aku memang rasa yang Liverpool jauh dari jangkauan untuk berada di Liga Juara-Juara Eropah musim depan dan risikonya mungkin Liverpool akan kehilangan lagi pemain-pemain tonggak musim depan!

Tengku's MOTM: Luis Suarez

P/s: Keputusan seri dengan Wigan ditempat sendiri memang tidak boleh aku terima!! Tak ada mood nak ulas panjang-panjang..Next time la uolls.hihi.!!

Saturday, February 12, 2011

Preview Liverpool vs Wigan - Gameweek 27 at Anfield

With several players just came back from international duty in mid week, King Kenny as per expected will be made some changes in his line-up against Wigan Athletics at Anfiled tonight. Daglish will make a late decision on Steven Gerrard's availability after the captain missed England's midweek friendly victory with a groin problem.Luis Suarez should start for the first time since big money move from Ajax last month and Poulsen expected to get a nod in holding role rather than Lucas who played almost 90 minutes on international midweek games.Refresh time..

FORMATION: 5-3-1-1 - After two successive win with this unfamiliar system, Surely Kenny will applies for Wigan match tonight.

PLAYER TO WATCH: Who else..Luis Suarez!! No Doubt

TENGKU'S PREDICTION: Liverpool (3) vs (0) Wigan..Too Optimistic? Who cares..hahaha!

''My idea was build Liverpool into bastion invincibility, Napolean had the idea.He wanted to conquer the bloody world.I wanted Liverpool to be untouchable, to build the club up and up until everyone would have to submit'' - Bill Shankly  

Friday, February 11, 2011

The King of Tattoos..Daniel Agger

I'm the king of tattoos in world football - Agger
Agger Oh Agger..Kau ni memang lain macam betul..Gila babeng banyak tatu kat badan engko!! Kau memang ganas..Stylo!! Sebab ko player Liverpool, tak da masalah bagi aku..hahaha.


Cover Line..
Cover Line jugak..

Cantek Tak? Cantek kan?

Control2..Orang Kamera tengah usha..

Burok Betul!!
P/s: Pemain Liverpool memang dasat dengan tattos ni..Hopefully main pun sedasat tatu yang ada kt badan-badan diaorang tuh! Liverpool to win this week..Wigan, watch out!

Aku dan Liverpool..

Tengku's Collection
Interview oleh aku yang dijawab oleh aku sendiri.Tentang LIVERPOOL...hahaha (di kedai mamak kat setapak..)

Aku (Si Tanya): Kenapa Liverpool, bukan Man U, Chelsea or Arsenal..?
Aku (Si Jawab): Robbie Fowler.That all..

Aku (Si Tanya): Minat Liverpool sejak bila yer?
Aku (Si Jawab): Tahun 1992..Masa tu umur 10 tahun sebab lahir tahun 1982.

Aku (Si Tanya): Dah jumpa pengganti Robbie Fowler? 
Aku (Si Jawab): Belum! Matt Derbyshire ada gaya fowler tapi talent,jauh...

Aku(Si Tanya): Selain daripada Fowler, siapa lagi pemain yang masih dihati..
Aku (Si Jawab): Luis Garcia.What a player!

Aku (Si Tanya): Worst ever player in Liverpool shirt
Aku (Si Jawab): El-Hadhi Diouf..

Aku (Si Tanya): Best moment?
Aku (Si Jawab): Champions League Final 2005 at Istanbul .Tengok dekat kedai mamak kat Cheras masa tu.Even sampai kat umah sewa Ukay Perdana tapi pegi keje pagi tu jugak dengan senyum meleret-leret.

Aku (Si Tanya):Worst moment?
Aku (Si Jawab): Masa tu tahun 1996, umur aku dalam 14 tahun..Aku keluar bilik air smabil berlari dan...Eric Cantona menjaringkan gol pada minit ke-86 (kalo tak silap aku)..Liverpool kalah final Piala FA Inggeris 0-1 kepada mmmm Manchester United!

Aku (Si Tanya): Berapa banyak baju Liverpool yang you ada?tak kisah la jersey atau T-shirt
Aku (Si Jawab):..mmm 1, 2, 3,.....Lebih kurang 20 kot..termasuk jacket, singlet..macam-macam lagilah!

Aku (Si Tanya): Barang-barang Liverpool yang paling disayangi?

Aku (Si Jawab):Autobiography Robbie Fowler..Beli dekat Kinokuniya KLCC..hehehe

Aku (Si Tanya): Kengkawan sekeliling kebanyakkan minat pasukan apa?
Aku (Si Jawab): Mostly Manchester United, Chelsea and Arsenal pun ada jugak..tapi Liverpool..Adoo....memang susah nak jumpa! lagi-lagi yang bawah-bawah..

Aku (Si Tanya): Family macam mana?
Aku (Si Jawab): Abah, Angah, Uda, Ancik, Azam semua Man U.Cuma adik ke-4 Andak jer yang Liverpool..Wife plak mula-mula Arsenal, tapi lepas kawin kene ikut suamilah..anak-anak (Sara & Khayra) kompem Liverpool.
My Lovely Twin - Sara & Khayra
Aku (Si Tanya): Pernah tak terpikir nak sokong pasukan, macam Man U?
Aku (Si Jawab): Never!! full stop..

Aku (Si Tanya): Rasanya season 2010/2011, Liverpool akan berada di mana selepas 38 perlawanan?
Aku (Si Jawab): Top 4!

Cukup la setakat ini..Next time kita ketemu lagi. Have a nice day Tengku Sidek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...