Tuesday, February 15, 2011

Baik dan Buruk Safee Sali ke Indonesia..



Sejak beberapa minggu lepas, berita tentang penghijrahan penyerang pasukan Selangor yang juga penjaring terbanyak Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 mendapat liputan yang begitu luar biasa oleh peminat-peminat bola sepak tempatan dan tidak ketinggalan pihak media.Banyak isu yang dibincangkan antaranya termasuklah kedudukan pasukan Pelita Jaya dalam Liga Indonesia, bayaran gaji dan juga taraf Liga Indonesia itu sendiri.Biasalah setiap perkara yang berlaku itu ada baik dan ada buruknya tidak kira sama ada kepada individi itu sendiri mahupun orang lain. Sedikit rumusan dan pandangan daripada aku berkenaan dengan perpindahan Safee Sali ke Liga Indonesia.

Antara persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan peminat mahupun media:

1. Kenapa Pelita Jaya? Pasukan tangga tercorot dan kenapa bukannya pasuka  lebih baik seperti Persib Bandung atau Sriwijaya..
- Dan semestinya pembincangan pasukan yang berminat dengan pasukan majikan Safee Sali sebelum ini, Selangor adalah bahagian paling kritikal. Pelita Jaya dikhabarkan memberi pampasan yang paling lumayan iaitu sebanyak US 30 ribu dan gaji kepada Safee adalah sebanyak US 10 ribu. Dan semestinya Safee tepat kerana memilih pasukan itu ditambah peluangnya untuk beraksi sebagai kesebelasan utama lebih cerah.Win-win situation dude..

2. Safee adalah penyerang terbaik AFF dan juga Malaysia yang jadi juara.Kenapa Indonesia?
- Aku berminat sekali memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa dalam Kafe Sukan (Astro Awani) bulan lalu yang menyatakan ''Kita menjadi juara, bukan kerana kita terbaik..tetapi kita telah menewaskan yang terbaik!''
So apa yang anda paham..? 
He had so many medal in his United carrier \
but failed to get one in Wales shirt
3. Impak kepada pasukan bola sepak kebangsaan?
- Walaupun pihak pengurusan Selangor melepaskan atas sebab-sebab ingin melihat bola sepak Malaysia lebih  kuat dan lebih dihormati tetapi bagi aku..aku melihat ianya sebagai satu 'permulaan semula' setelah sekian lama tiada pemain kita yang beraksi di luar negara.Kali terakhir adalah Akmal Rizal dan Juzaili Samion 5-6 tahun lepas.Ianya akan menjadi pemangkin dan anjakan kepada pemain-pemain lain terutama pemain-pemain muda untuk mencapai kejayaan bermain diluar bumi Malaysia.Kejayaan pasukan bukan terletak pada individu..Even Safee mungkin menjadi antar terbaik Asia 2-3 tahun lagi, Malaysia mungkin ditakuk lama jika pemain lain masih ditahap belum memuaskan..Antara contoh terbaik..Ryan Giggs begitu cemerlang di Man U tapi Wales dimana? George Weah pernah dinobatkan pemain terbaik dunia tahun 1994 tapi dimana Liberia? Juga George Best pemain terbilang Man U, Ireland Utara? Lihat sahaja lah pasukan Jepun dan Korea Selatan..Walaupun memiliki Park Ji Sung (Man U) & Lee Chung Young(Bolton), tapi pemain tempatan seperti Koo Ja Cheol dan Lee Young Rae mempunyai reputasi setanding dan juga keupayaan Honda & Shinji Kagawa di kelilingi pemain liga tempatan hebat seperti Shinji Okazaki(Kini bersama VFB Stuggart) dan juga Endo.Itulah resepi kejayaan.

George Weah - 1994 Wolrd Best Player

George Best
4. Safee Sali memilih Pelita Jaya kerana duit!
- Its normal.Dan sememangnya dunia bola sepak begitu..Safee layak menerimanya.Fahamilah bukan sedikti pengorbanan yang diberikan untuk menjadi yang terbaik.He deserved it! Dan peluang ini bukan datang setiap hari mahupun bulan..Dan ini mungkin pertama dan terakhir..Dan Safee menyahutnya! Aku bangga..

5. Adakah Safee tidak takut reputasinya tercemar jika tidak cemerlang di sana?
- Setiap keputusan dalan rencah bola sepak global, keputusan untuk berpindah pasukan akan ada risikonya sendiri..Siapa sangka Shevchenko gagal teruk di Chelsea, siapa sangka Van Der Vart mungkin menjadi pembelian terbaik Harry Redknapp dan adakah kita menjangka kegagalan Forlan di Man U menjadi titik penamat kariernya..tidak bukan!! Semuanya ada risiko..Mungkin Safee gagal dan mungkin lebih berjaya..Hanya masa menentukan!


Sama-samalah kita berdoa agar Safee Sali dapat buat yang terbaik dan berjaya buktikan kejayaannya di Kejohanan AFF Suzuki bukanlah suatu kebetulan.Good Luck to you Safee Sali!!!

2 comments:

Cik Tetra said...

betul2..kita doakan je,,dia berjaya kat sane!! always sokong bolasepak malaysia! (btw sy sokong MAN U..hehe)

ZLATANERA x said...

alamak..Man U plak..rival tu!

http://simple-mzs.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...