Do you know who i am old man? |
Spurs membuktikan bahawa keupayaan mereka menjuarai peringkat kumpulan yang turut disertai juara bertahan Inter Milan sebelum ini bukan lah suatu kebetulan, malah AC Milan yang dibimbing Alleggi nyata gagal mempamerkan permainan sebenar yang membawa mereka kepuncak Liga Serie A ketika ini.Biarpun tanpa kelibat ayam tambatan Gareth Bale yang masih bergelut dengan kecederaan, Spurs masih mampu mencipta kemenangan ditempat lawan.Dengan kekalahan ini AC Milan berdepan tugas getir pada perlawanan timbal balik kedua di White Hart Lane nanti.
For you Harry!! - Peter Crouch |
Jaringan Peter Crouch pada minit ke-80 hasil hantaran Aaron Lennon sudah cukup untuk skuad bimbingan Harry Redknapp membawa bekalan yang diperlukan untuk perlawanan kedua nanti.Nyata kehilangan Andre Pirlo nyata membataskan idea daripada bahagian tengah AC Milan yang dijana bekas pemain Arsenal Flamini,Thiago Silva, kapten Gatusso serta Seedorf. Gandingan mantap Zlatan serta Robinho ditambah kemasukan Pato pada minit ke-45 gagal membuahkan hasil.Keadaan tegang dilihat selepas perlawanan apabila Gattuso mencekik leher jurulatih Spurs Jordan dan mujur sempat dileraikan pemain-pemain berhampiran.
Keputusan Perlawanan Penuh: AC Milan (0) vs (1) Tottenham Hotspurs
Tengku's Man Of The Match: Aaron Lennon - Membuatkan Antonini bekerja keras sepanjang tempoh 90 minit dan hantarannya mebuka peluang gol untuk Peter Crouch pada minti ke-80.
P/s: Spurs merupakan pilihan aku untuk layak ke pusingan suku akhir dan kehadiran Bale pada aksi timbal balik pasti menyukarkan lagi misi pasukan AC Milan..
2 comments:
Reff tak bagus..gatuso naik kepala hehehehe
Firol..gatusso ganas jer lebih..dah lepas waktu hebat dia..tak de pirlo, AC milan kaku..huhu
Post a Comment