Showing posts with label UCL 10/11. Show all posts
Showing posts with label UCL 10/11. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

ArshaWIN it for Arsenal..

Supersub Arshavin scored a second goal for Arsenal - The Sun

Ketika David Villa menonjol bola masuk dicelah kaki Szczesny (susah betol nak ngeja) untuk gol pertama Barcelona pada minit ke-26 memberi gambaran awal yang sememang dijangkakan..'Arsenal kompem lauk' atau pun 'Arsenal Ayam' tapi after brilliant display pada separuh masa kedua mereka berjaya mendapatkan dua gol dalam masa 5 minit pada 12 minit terakhir perlawanan melalui Van Persie dan Arshavin. Terus hilang ngantuk aku pagi tadi..Barcelona yang berbangga dengan corak tipikal hantaran-hantaran pendek dan juga skill individu tinggi pemain-pemainnya terpaksa akur dengan kekalahan kali ini.Selepas mendapat gol pertama mereka seolah-olah berpuas hati dengan satu jaringan dan Pep Guardiola pastinya mengharapkan keputusan lebih baik jika Messi tidak mensia-siakan dua peluang terbaik pada separuh masa pertama.

Its just not my day - Sumber The Sun
But its far from over sebab Nou Camp bukanlah tempat yang mudah untuk dikunjungi dan Real Madrid adalah buktinya.Even dilimpahi pemain bertaraf dunia, itu tidak menghalang mereka daripada di belasah Barcelona di Nou Camp November lalu dalam perlawanan La Liga.Arsenal pastinya berharap tiada kecederaan yang melanda ayam tambatannya seperti Van Persie, Fabregas mahupun Wilshere yang begitu cemerlang pagi tadi pada perlawanan timbal balik kedua dalam masa dua minggu.

Full Result: Arsenal (2) vs (1) Barcelona (Ars: Van Persie 78',Arshavin 83'    Bar: Villa 26')

Tengku's Man Of The Match: Van Persie - His first goal lead a sparks to made a superb comeback for Arsenal.

Tengku's Word of the Day: Arsenal just Outclassed but not Outscored.


Wednesday, February 16, 2011

Crouch flying HIGH at San Siro..

Do you know who i am old man?
Spurs membuktikan bahawa keupayaan mereka menjuarai peringkat kumpulan yang turut disertai juara bertahan Inter Milan sebelum ini bukan lah suatu kebetulan, malah AC Milan yang dibimbing Alleggi nyata gagal mempamerkan permainan sebenar yang membawa mereka kepuncak Liga Serie A ketika ini.Biarpun tanpa kelibat ayam tambatan Gareth Bale yang masih bergelut dengan kecederaan, Spurs masih mampu mencipta kemenangan ditempat lawan.Dengan kekalahan ini AC Milan berdepan tugas getir pada perlawanan timbal balik kedua di White Hart Lane nanti.

For you Harry!! - Peter Crouch
Jaringan Peter Crouch pada minit ke-80 hasil hantaran Aaron Lennon sudah cukup untuk skuad bimbingan Harry Redknapp membawa bekalan yang diperlukan untuk perlawanan kedua nanti.Nyata kehilangan Andre Pirlo nyata membataskan idea daripada bahagian tengah AC Milan yang dijana bekas pemain Arsenal Flamini,Thiago Silva, kapten Gatusso serta Seedorf. Gandingan mantap Zlatan serta Robinho ditambah kemasukan Pato pada minit ke-45 gagal membuahkan hasil.Keadaan tegang dilihat selepas perlawanan apabila Gattuso mencekik leher jurulatih Spurs Jordan dan mujur sempat dileraikan pemain-pemain berhampiran.

Keputusan Perlawanan Penuh: AC Milan (0) vs (1) Tottenham Hotspurs

Tengku's Man Of The Match: Aaron Lennon - Membuatkan Antonini bekerja keras sepanjang tempoh 90 minit dan hantarannya mebuka peluang gol untuk Peter Crouch pada minti ke-80.

P/s: Spurs merupakan pilihan aku untuk layak ke pusingan suku akhir dan kehadiran Bale pada aksi timbal balik pasti menyukarkan lagi misi pasukan AC Milan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...