Showing posts with label Real Madrid. Show all posts
Showing posts with label Real Madrid. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Real Madrid vs Barcelona - El Clasico Part 3 of 4

Tugu ciptaan Pemain Barcelona
Messi oh Messi! Memang patut pun kau dianugerahkan pemain terbaik dunia.You just deserve it. Apa yang kau tak boleh?? Gelecek 4-5 orang memang dah biasa, bola placing kau memang mahir sangat, Gol jenis-jenis tap2 pun kau buat jugak.Tanduk? Alex Ferguson pun aku rasa masih ingat gol kau masa final dulu.Dan yang aku paling pasti, Gaya permainan kau sangat-sangat sesuai dengan pasukan Barcelona!! Tak kira lah gol tu kau score masa Real Madrid dah kurang seorang pemain. Kau memang hebat!!

Daniel Alves! lakonan kau memang terbaik.Riak wajah serta gulingan kan berjaya mempengaruhi pengadil memberikan kad merah kepada Pepe dan bukan itu juga, Mourinho pun kena sekali sebab kau punya hal. Adoi!! 

Walaupun ada lagi 90 minit baki permainan di Nou Camp, rasanya hampir mustahil (bukan mustahil, hampir..) untuk Real Madrid untuk layak ke final yang akan diadakan di Stadium Wembley. So, perlawanan timbal balik kedua nanti pastinya akan juga dipenuhi dengan siku-menyiku, takcle menakcle, tolak menolak, guling berguling, cekik mencekik dan macam-macam lagi.El-Clasico? K-Mon lah...apa pun tak boleh la!!

Keputusan Penuh (Perlawanan pertama Separuh Akhir Liga Juara-Juara):

Real Madrid 0
Barcelona 2 -  Messi 76', 87'

Thursday, April 21, 2011

Barcelona (0) vs (1) Real Madrid - El-Clasico Part 2 of 4

Siapa kata Jose Mourinho dah tak Special One lagi..Yuolls silap..Biarpun rabak mata aku dikerjakan 2 game terus menerus London Derby (Arsenal dan Spurs) diikuti final Copa Del Rey musim 2010/2011 antara Barca dan Real Madrid pagi tadi NAMUN aku puas sebab Barca kalah akhirnya.Siapa kata Barcelona tidak terkalah? sekali lagi Yuolls silap..hahaha..
One for RM, One for me and One for Special One
Biarpun Real Madrid main agak busuk dan Barcelona dengan gaya biasa yang meng 'ayamkan' kan pemain lawan, namun penyudah kedalam gawang adalah lebih penting dari segala-galanya.Siapa lagi kalau bukan Ronaldo yang menanduk masuk hantaran Angel Di Maria pada minit terakhir separuh masa pertama extra time. Jose Pinto walaupun berambut dreadlock ala-ala penggusti MMA atau peninju Britain David Haye gagal menampan tandukan berbisa Ronaldo. Tapi bagi aku Man Of The Match game pagi tadi adalah Iker Cassillas. Kalau keeper lain, mau Real jadi lauk gulai ikan masin..

Rambut inspirasi Pinto Si Penjaga Gol Barca

Tinggal lagi 2 siri perlawanan El-Clasico lepas ini..So tunggu!! Memang tak sabar sebab tak puas tengok game pagi tadi bukan dalam HD atau 3D..ada ke kat channel 811 jer..potong stim betul!

Keputusan Penuh: Real Madrid (1) vs (0) Barcelona

Sunday, April 17, 2011

Real Madrid vs Barcelona - El Clasico Part 1 of 4


ONE for Madrid and ONE for Barca
Selesai sudah episod pertama dari empat pertembungan El-Clasico antara Real Madrid dan Barcelona dalam masa 18 hari. Adeh macam drama lak tulisan aku ni.hehe.Even bermain 10 orang selepas Raul Al'biol' menerima kad merah, Real masih mampu mendapatkan gol penyamaan melalui Cristiano Ronaldo bagi memadam kelebihan awal yang dimiliki Barcelona hasil juga melalui penalti Lionel Messi. Bagi aku its a harsh decision.Straight red card! Damn..Alves tak pulak dapat sekeping card atas tackle nya kepada Marcelo yang menyumbang kepada penalti untuk Real Madrid.Eh pengadil Muniz Fernandez.nak kene pelempang ke aper! Mourinho back-hand kepala kau baru tau!

Malam yang gila sebab aku tengok TV mula dari pukul 9 (AF Konsert), then aku layan Manchester United terbungkus di Wembley dan terus-menerus dengan El-Classico! 9 malam ke 6 pagi..pergh sembilan jam ngadap TV..nasib bola in HD..hehe..Next 3 games for El-Clasico adalah untuk perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol dan diikuti perlawanan timbal balik separuh akhir Piala Eropah.Best Bangat!

Tapi PEPE si botak memang terbaik..! Tak cukup dengan partner abg Biol dah kena kad merah, then main pulak bahagian tengah.Dok memburu Iniesta, Xavi dan Messi.Tolak, tackles dan siku semua cukup,referee bagi can..tak da red cards..hahaha.Ozil pun class..memang terbaik!.Kalau Khedira more clinical di depan gol..memang terngaga la Barcelona dihujung game.Even Barcelona menguasai lebih separuh perlawanan, its Real Madrid who had a more shot on goal. Ngantuk tapi PUAS..ngeeee

Final Result: Real Madrid (1)vs (1) Barcelona (Ronaldo 82'  Messi 53')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...