Thursday, July 9, 2015

Cerita 4 Bulan Kehidupanku di Liverpool - Bahagian 1

Assalamualaikum..

Semalam genap 4 bulan aku dan famili menetap di Liverpool. Macam tak percaya je dah masuk 4 bulan. Pulak sekarang bulan Ramadhan.Terkenang-kenang dan terngiang-ngiang bazaar Ramadhan kat Malaysia. Rindu siot! Kat sini takda bazaar Ramadhan, almost semua juadah berbuka masak sendiri.Kalau rajin buat lah kuih apa2 yang kami tau. Tatkala ni Google lah teman paling setia.haha

Gambar pertama di bumi Liverpool(depan rumah 'host' kami). Muka cover sejuk amat!    
4°C tuuuu

Selfie Stick takda.Nak suruh 'host' ambik kan gamba pon segan..
So gambar di upload secara berasingan..haha


Anak-anak pon dah boleh adapt dengan sekolah omputeh ni. Sesekali terkeluar slang 'scoucers' rasa nak tergelak pon ada. Mana taknye money kita sebut 'muuniii'..sometimes 'what' kita sebut 'whuoouuttt'..dalam sungguh bunyi dia. Kami pon terjebak sekali dengan slang Liverpool ni.Adoiiiii.

Alhamdulillah sejak sampai sini banyak orang yang bantu untuk sesuaikan diri terutama Pihak MSC, satu komuniti yang ditubuhkan khas untuk membantu khusus kepada Student Post Graduate (rujuk SINI)bagi yang dah berkeluarga. Urusan rumah, lokasi sekolah anak, kedai makanan halal, pemilik rumah semua diambil kira kat sini sebelum menetap di mana-mana. Tak boleh main bedal je.Silap hari bulan  ada berjalan sejam pegi balik hantar anak kesekolah nanti. Maklumlah mana kita nak ada kereta masa mula2 sampai ni unless kita memang berkemampuan.

At least nak settle down ambik masa at least 2-3 bulan. Kekadang ada juga yang makan masa 6 bulan baru nak settle down. Sebab dekat sini bukan macam Malaysia senang nak keluar sana sini, makan cendol sana sini, roti canai teh tarik bagai kalau rasa tension bagai. Susah hati pi balik kampung jumpa mak ayah,jumpa adik beradik dan sedara mara. Kat sini kita hanya ada famili kita dan juga komuniti yang kita pon masih tak kenal.'Jet Lag' pon kalau tak usaha nak atasi kekadang boleh sampai dua ke tiga minggu baru nak pulih. Jangan main2 wooooo... Sini malam di nasihatkan duduk lepak bersama keluarga dirumah. Kes jenayah dekat Liverpool pon boleh tahan tinggi.Antara yang tertinggi di UK.Sebab tu dekat sini Insuran kereta agak mahal. So kena banyak bertanya dan jangan gelojoh pi beli Insuran yang banyak di iklan di internet. Ada kes brader ni kene bayar sebulan 600 pound!! Gila betul.

So aku akan sambung lagi chapter seterusnya pada masa yang akan datang. Ye lah 4 bulan tu dia punye tajuk. Mana dan nak cerita dalam satu bahagian..Kena bersiri barulah thrill..hahaha
Hari pertama 'host' sediakan Nasi Ayam.Dia punya lapo jangan cerita lah.
Sejuk kot.Apalagi !!!

Untung zaman moden sampai-sampai terus 'skype'.


to be continue.......:-)


2 comments:

dear anies said...

pasni, blk malaysia slang english jd mcm carra laa ye ;-)

Unknown said...

Macam best je duk kat Liverpool tu. hihihihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...