Saturday, February 19, 2011

Penangan Rizal Hashim



Mana aku nak mula pun aku tak tahu..Nak mula dengan komen Rizal Hashim pasal artikelnya RTM-Rais tak minat..(Sila Baca)  atau pun hentaman balas dari Luci Sokernet (Sila Baca) pasal artikel Rizal Hashim.Lagipun aku ni bukan sesape dalam  masalah ni.Ada blog pun baru sebulan dua.Budak hingusan la lebih kurang..Diaorang ni memang dasyat dalam penulisan-penulisan kat laman sesawang ni.Yang Si Bro Rizal ni memang kita well known sebab selalu keluar kat TV or Media cetak dan tambah dasat dia bekas wartawan and Si Luci Sokernet ni pulak orang tak kenal muka.(mungkin dia ni jugak wartawan macam Rizal..)Isu penajaan Astro terhadap Liga M ditambah dengan isu penyiar rasmi yang kini dipegang Astro telah menimbulkan konflik utama tentang siaran langsung perlawanan liga M di kaca TV samaada RTM mahupun Astro.Aku bukan lah side kick ataupun Pro-Rizal dan bukan Anti Si Luci (sebab selalu kutuk melampau Liverpool) tapi aku adalah aku.

Rizal Hashim Meroyan?
Hahaha..meroyan ke? whatever..Even kenyataan Si Rizal ni agak pedas ala-ala resipi istimewa Restoran Asam Pedas kat Seksyen 8 Bangi (takkan thanks jer..duit royalti sikit..hehe), tapi bagi aku ada benarnya. Kat sini bukan isunya Melayu kayakan Keling atau Melayu kayakan Cina.Kalau ini lah isunya..please lah..korang beli spare part keta korang kat mana? Korang beli barang elektrik HD (Hutang Dulu) kat mana dan korang makan-makan kat mana (Mc D, KFC, Pizza Hut?..majority cina)..nak lah pulak korang bawak bini atau pun awek-awek korang kat kedai melayu Kg Baru kan bila bak dating?..Politic and money..cer citer benda apa yang tak melibatkan dengan bendalah tuh..Setakat kena bayar RM 6 juta, RTM dah nak melenting..Standard lah Astro jual dengan rege macam tuh..Orang berniaga.Astro ditubuhkan bukannya tujuan untuk bagi charity kat orang awam.Diorang ni tau buat untung jer..Setakat taja 30 juta setahun selama 4 tahun..tak ada hal lah bagi Astro sebab dia nampak boleh buat duit kat situ..Lagi-lagi bila Malaysia menang Piala AFF..Mana ada benda free..Even nak kencing kat KL pun kena bayar 20 ke 30 posen.Lumrah alam tu kencing dan berak! still kene bayar..Then tak nampak pulak orang boikot DBKL ataupun berpiket depan Pejabat DBKL kat sebelah Stadium Merdeka tuh..Dan lagi satu yang hentam Astro dan Rizal Hashim ni..marah-marah, maki-maki korang pun..bila Astro tambah charge government tax dekat bil Astro..then korang cakap "alah 5 ringgit lebih jer..tak boleh hidup woo tanpa Astro!.. Kalau berani suruh lah technician Astro datang potong la.
Kenapa Astro nak offer kat Media Prima yang merupakan pesaing Astro? Business strategy bro..very simple..

Astro pun SATU!
Bila dah dapat hak penyiar rasmi Liga M, buatlah betul-betul. Siaran langsung kejap ada kejap tak da.Adoiii...Ulangan pulak asik team sama yang main..Negeri Sembilan lawan Felda United..then esok Negeri Sembilan lawan Felda United lagi..dah pulak tuh siaran perlawanan hoki berlambak-lambak! Itu belum lagi ditambah dengan siaran ulangan Sukan Asia Guangzhou! adoi..common laa.! FAM pulak tersepit bila benda ni berlaku.Di telan mati mak diluah mati bapak.Ambil tawaran rendah salah, ambil yang tinggi pun salah..Tawaran lumayan Astro sememangnya tidak dapat ditolak FAM yang kantungnya sentiasa kering bila menuju hujung musim..Payah bebeno sebenarnya kita nak cari orang yang betul-betul ikhlas dalam membantu pembangunan bola sepak di Malaysia..Money and Politics - Damn!

'Kepala' mesti ada semangat bola dalam diri..
Mana-mana pun kita pegi, kalau dalam satu organisasi tu..'kepala' dia tak minat bola or sukan..tak kemana kalau kita paksa pun..ye lah benda dia tak minat..so let it go jer lah..tak payah kita pandang benda -benda besar yang seringkali terpampang kat surat khabar ataupun media elektronik..Zaman sekolah-sekolah aku dulu pun, kalau guru besar tuh langsung tak minat bola..jangan harap dia nak hantar team pergi bertanding peringkat sekolah atau pun peringkat daerah even pelajar sekolah dia ada yang berbakat..kadang-kadang tuh bila ada seorang dua terpilih untuk selection peringkat daerah contohnya, then tetiba tempat pemilihan jauh..tak da nya dia nak hantar guna van sekolah semata-mata untuk dua pelajarnya menjalani pemilihan..jimat  kos katanya!! Sama lah juga dengan kes ni..peduli apa dia dengan bola! yang penting poket mesti penuh..anak-anak, sedara mara, cucu cicit mesti 'merasa' selagi dia berkuasa..

Sebenarnya banyak benda aku nak ulas lagi..tapi tak mau panjang-panjang sebab pening orang nak baca..Ni just luahan hati aku di blog aku..Samaada Saudara Rizal, Luci Sokernet, Tan Sri-Tan Sri, FAM, RTM, Media Prima or sapa-sapa lah yang terlibat..masih-masing ada hak untuk memberi pendapat..mungkin betul dan mungkin tidak sebab yang lebih tahu adalah empunya diri..bukan orang lain..cuma bila kita nak menghentam orang lain..gunakanlah bahasa sopan dan lebih bertamadun!! ..huh macam aku sopan sangat..ngeh ngeh ngeh!

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

3 comments:

Berto said...

rasanya , FAM yg salah. patot tak payah la letak mahal sgt kat rtm, kasi half-price pon jadi la kan

Tengku Sidek said...

FAM tak boleh buat apa2..Astro pemegang hak mutlak..tak rasa FAM boleh kacau urusniaga Astro..You have money..then you have a POWER..huhu..tapi dengan siaran langsung yang kejap ada dan kejap tak da..memang bull...t!

daimpressive said...

Izin laluan pada tuan tanah:

http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/dengan-izin-pandangan-untuk-encik-rizal.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...