Niat di hati nak ke Stadium Shah Alam and join Ultras-Ultras yang ada kat sana..tapi tup-tup last minit ada hal yang tak dapat dielakkan.So, layan jer lah kat rumah.Momentum kemenangan diteruskan kali ini dengan pasukan kebangsaan Hong Kong pula yang menjadi mangsa dengan kemenangan 2-0 memihak kepada pasukan Malaysia.Biarpun Idlan Talaha, Amar Rohidan dan Muslim Ahmad tiada dalam kesebelasan utama, namun pemain-pemain lain seperti Fakhri Shaarani, K.Gurusamy dan juga kembalinya Aidil Zakuan di bahagian pertahanan dilihat mewujudkan persaingan yang begitu sihat dikalangan pemain-pemain kebangsaan.
Walaupun memulakan 15 minit permainan dengan agak gugup, namun selepas itu anak-anak buah Rajagopal mula menunjukkan keselesaan dalam mengawal bola dan permainan.Nyata 45 minit pertama dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Malaysia dan hasilnya gol terhasil pada minit ke-44 apabila Safiq berjaya meloloskan diri hasil kesilapan pemain pertahan Hong Kong sebelum menggelecek seorang pemain dan merembat kesebelah kiri penjaga gol pasukan lawan.Gol kedua hadir di masa tambahan separuh masa kedua apabila Amirulhadi Zainal bijak melepasi penjaga gol hasil hantaran cantik Sabree Abu daripada sebelah kiri.Secara keseluruhannya, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pasukan kebangsaan terutamanya dari segi hantaran. Banyak improvement tapi masih ada pemain-pemain yang melakukan kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan. Mujur lah pasukan lawan tidak pandai mengambil kesempatan.
Setidak-tidaknya kita sudah buktikan bahawa kemenangan di Kejohanan Piala Suzuki AFF lalu bukanlah sekadar nasib dan Malaysia bukan lagi pasukan ala yo-yo seperti sebelum ini. Dan yang pasti persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama kian menjadi semakin sengit dengan setiap posisi kini mempunyai sekurang-kurangnya dua pemain yang mempunyai kualiti hampir serupa.Sesuatu yang kita lama hilang.Who's next?? Pakistan?..No Problem at all..bring it Japan or South Korea..hahahah..InsyaAllah bola sepak kita akan ke Olimpik 2012!!! Ayuh Malaysia Boleh!!!
Tengku's Man of The Match: Safiq Rahim
Set pieces specialist and run all over the pitch for almost 90 minutes.Outstanding stamina and his goal deserved some credit.
Tengku's Man of The Match: Safiq Rahim
Set pieces specialist and run all over the pitch for almost 90 minutes.Outstanding stamina and his goal deserved some credit.
No comments:
Post a Comment