Musim 10/11 menyaksikan banyak perubahan yang berlaku kepada pasukan Liverpool terutama apabila melantik pengurus dan pemilik yang baru. Pengurus sebelum yang kini mengendalikan pasukan gergsai Seria A Inter Milan iaitu Rafael Benitez dipecat (menerima separuh pampasan) bagi memberi laluan kepada Pengurus yang membawa Fulham ke pentas akhir Piala Liga Ueropa 09/10 iaitu Roy Hodgson yang pernah melatih Inter Milan, Fulham, Pasukan Kebangsaan Finlnad, Kelab kerdil Norway Malmo, Blackburn rovers dan juga Udinese. Namun kini setelah 13 perlawanan kedudukan Liverpool kian terumbang ambing dengan hanya mengumpul 16 mata daripada 13 perlawanan.Apa yang lebih meresahkan adalah Liverpool tumbang kepada Northampton dalam Carling Cup, Everton (perlawanan musuh setempat), Blackpool (ditempat sendiri) dan juga kepada Stoke City (pertama dalam tempoh 26 tahun sejarah kelab). The Reds juga ketinggalan 12 mata kepada pendahulu Chelsea yang mengumpul 26 mata.Kemenangan yang dicipta ke atas Chelsea gagal diulangi semasa berkunjung ke JJB stadium dan Stoke en Trent dimana seri dengan Wigan dan tumpas 0-2 kepada Stoke City.Corak permainan Liverpool juga dilihat tidak konsisten dan hantaran juga kurang kemas pada kebanyakkan perlawanan.Pemain baru yang ditandatangani oleh RH seperti Poulsen, Cole, Meireless dan Konchesky dilihat far from impressive sehingga kan penyokong di stadium melaungkan nama Kenny Daglish sebagai pengganti.Sukar untuk kita menilai sejauh mana kebolehan RH kerana dia hanya bersama Liverpool tidak sampai 20 perlawanan dan baru2 ini beliau meminta dinilai selepas 55 perlawanan. Namun melihat daripada persembahan dan keupayaan pasukan ketika ini nyata kesabaran penyokong sukar untuk dibendung. Antara masalah yang dihadapi dan perlu diperbetulkan oleh RH ketika ini adalah:
1. Mencari penyerang yang sedia menampung ketiadaan penyerang utama Fernando Torres yang masik bergelut mendapatkan rentak dan juga fitness ketika ini. David Ngog nyata masih belum berupaya melakukannya walaupun beraksi cemerlang dalam kempen Piala Europa dan menjaringkan gol ketika perlawanan pembukaan menetang Arsenal.
Asik2 nak harapkan aku score gol.letih betol (dalam Loghat Malay)..huh
2. Posisi pertahanan kiri dan kanan mudah dibolosi terutama disebelah Konchesky dan disebelah kanan sentiasa bertukar pemain antara Carragher, Kelly dan Johnson. Mujur Liverpool mempunyai perjaga gol bertaraf dunia pada Pepe Reina.
3. Liverpool juga ketandusan scoring midfielder dan hanya mempunyai Steven Gerrard untuk melakukannya.Lucas, Poulsen, Meireless (tak paham kenapa RH meletakkannya dibahagian sayap), Maxi, Babel kesemuanya tidak konsisten.Promosing Midfielder Jonjo Shelvey (18 tahun) dan Jay Spearing (21 tahun) masih muda dan perlukan banyak pendedahan.
Tolonglah..Common Liverpool..takkan nak harapkan aku sorang je
4. RH perlu mencari pemain sayap yang berkelas dunia setidaknya berkelas antarabangsa (natural winger) seperti yang dimiliki Man U (Nani), Chelsea (Malouda), Spurs (Bale, Lennon), Arsenal (walcott), Man City (Silva, Milner, Johnson).Mereka ini dalah watak penting dalam menjana gol dan juga menjaringkan gol.
5. Jika dilihat keseluruhan persembahan Liverpool ketika ini, Liverpool dilihat terlalu mudah mengembalikan bola kepada Pepe Reina ketika gerakan bermula dari bawah yang mana menunjukkan kekurangan idea dan kreativiti oleh pemain tengah. Jika dilihat hanya Steven Gerrad yang mampu mengubah corak serangan dalam sekelip mata kerana dia mampu melakukan hantaran tepat sungguhpun dari jarak 40-50 ela. Sesuatu yang sukar dilakukan oleh pemain tengah Liverpool yang lain.
Jika RH dapat mengatasi apa yang aku sebutkan diatas ini, aku yakin yang Liverpool mampu berada dikelompok 4 teratas apabila musim tamat nanti. Namun apa yang pasti dan sentiasa diulangkan..''In RH we trust''..You'll never walk alone''
cetusan rasa daripada tengkusidek..True Reds Fan from Malaysia.
No comments:
Post a Comment