Monday, November 29, 2010

Inilah barisan kita - Piala Suzuki AFF 2010

Melihat kepada senarai 22 pemain yang dihantar ke Pihak Penganjur untuk kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 nyata K.Rajagopal membuat tindakan yang bijak kerana mengadun antara pemain muda dan pemain senior. Cuma yang agak membimbangkan adalah dibahagian pertahanan tengah kerana tiada pemain senior untuk membimbing pemain-pemain lain yang nyata masih muda. Muslim Ahmad dan Fadzli Shas mungkin menjadi pilihan untuk posisi center back kerana Khairul Helmi Johari masih mentah diperingkat antarabangsa. Pemain tengah dan serangan agak seimbang dengan Safee Salee dan Idlan Talaha akan mengetuai serangan dan bahagian tengah akan dijana Shafiq Rahim. Senarai pemain yang disahkan untuk kejohanan ini adalah seperti berikut:


Penjaga gol: Khairul Fahmi, Sharbinee

Pertahanan:Mahalli Jasuli,Razman,Sabre Mat Abu, 
Mohd. MuslimAhmad, Mohd. Fadhli Shas, Khairul Helmi Johari, Asraruddin ,Mohd. Faizal Mohammad

Tengah:Safiq Rahim,Amri Yahyah, K. Gurusamy, Amar Rohidan, 
Khyril Muhymeen,Amirul Hadi Zainal, S.Kunanlan,Ashari 
Samsudin

Penyerang: Safee Sali,Idlan Talaha, Izzaq Faris,Faizal Abu Bakar

Formasi yang mungkin digunakan K.Rajagopal adalah 4-5-1untuk perlawanan pembukaan(rasanyalah):

                      Barisan kemungkinan skuad negara menentang Indonesia pada perlawanan pembukaan lusa 

K.Rajagopal juga mempunyai option untuk menurunkan Razman Roslan di pertahanan kanan dan membawa Sabree Abu ke posisi pertahan kiri ataupun dibahagian defensive midfielder kerana pemain ini adalah pemain yang versatile dan pernah beraksi di posisi itu untuk Kedah sebelum ini. Jika K.Rajagopal membuat keputusan untuk menurunkan Safee di bahagian serangan, Idlan Talaha mungkin akan menyerang daripada bahagian sayap sambil dibantu mari daripada bahagian tengah. Siapapun yang diturunkan, aku harap Malaysia akan mempamerkan permainan yang baik bagi sekurang2nya dapat ,mengutip 1 mata sebelum turun berhabis-habisan dalam perlawanan kedua menentang Thailand..

Tengku's Prediction: Indonesia 1 - 1 Malaysia

P/s: Malaysia Boleh!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...