Keputusan perlawanan Bola Sepak semalam menunjukkan status bola sepak Malaysia kini semakin membanggakan dengan kemenangan yang dicapai oleh skuad kendalian K.Rajagopal ketika menang 2-1 ke atas Kyrgystan melalui jaringan Norsharul Idlan Talaha(Pemain Paling Bernilai Liga Super 2010) dan S.Chanturu(Harimau Muda A)..Kemenangan moral yang sememang dicari-cari sebelum bertemu gergasi Asia iaitu Jepun dan China pada perlawanan seterusnya..Apa yang menarik, walaupun ianya satu kemenangan WAJIB ke atas pasukan yang berada 24 tangga di bawah Malaysia melalui rangking terbaru yang dikeluarkan FIFA dimana Malaysia kini ditangga ke-149 manakala Kyrgystan hanyalah di tangga ke 173, namun kemenangan yang dicapai di luar bumi Malaysia menunjukkan pemain2 kita kini semakin matang dan tidak takut untuk berjuang.
Ranking Terbaru FIFA - Sources by FIFA.comDengan ketiadaan pemain-pemain tonggak seperti adik beradik kembar Aidil dan Zakuan Adha(N.9), Nasriq Ibrahim (Selangor), ayam tambatan Kedah Baddrol Bakhtiar, Perjaga gol utama Farizal Marlias(Perlis) dan Shebinee Allawee (Terengganu) ianya bukan tugas mudah namun Malaysia masih mampu mempamerkan permainan yang bukan lah terbaik tetapi cukup untuk mengutip 3 mata penuh..Skuad yang rata-rata dibarisi oleh pemain muda negara bersama-sama skuad Harimau Muda A dan B nyata dapat di 'blend' dengan baik oleh Jurulatih utaman skuad negara K.Rajagopal..Dengan perlawanan selepas ini menentang Jepun yang terkenal kerana melahirkan pemain-pemain bintang seperti Hideotasi Nakata, Shinji Ono, Shunsuke Nakamura, Keisuke Honda dan ramai lagi..pastinya ianya perlawanan sukar ditambah dengan kecederaan yang di alami oleh ketua pasukan Norhafiz Zamani Misbah..Namun aku suka dengan sikap positif K.Rajagopal yang menyatakan kepada anak-anak buahnya bahawa jangan memandang terlalu tinggi kepada pasukan Jepun dan China kerana dia percaya keputusan dicipta di atas padang dan bukan nya di atas kertas...JAPANESE!!! you next.....haha..MALAYSIA BOLEH dan MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!....
Jersey terbaru Skuad Malaysia..One Word!!. Beautiful
No comments:
Post a Comment