4 petang-waktu Malaysia(fuh macam dalam filem la)..Pasukan Malaysia memulakan perlawanan dengan skuad terhad bertemu jaguh Asia Iran di Stadium Yuexiu dengan skuad tempang. Kesebelasan utama Rajagopal sama dengan barisan jangkaan aku on previous post(terror gak aku ni..hehehe) .Minit ke-18 S.Chanturu mengalami kecederaan peha dan digantikan dengan Fandi Othman.Menjadikan pemain simpanan hanya tinggal 3 orang termasuk perjaga gol. Setakat 25 minit pertama Khairul Fahmy beraksi dengan begitu baik dengan menggagalkan 4 percubaan tepat pasukan Iran..Kita sungguh bernasib baik memiliki perjaga gol yang on form untuk kejohanan Sukan Asia ini..Kawasan tengah jelas dikuasai pemain2 Iran dan rata-rata pemain Malaysia hanya banyak mengejar bola..Bahagian tengah yang dijana K.Gurusamy gagal berfungsi dengan baik dan hantarannya banyak tersasar.Ketiadaan Chanturu jelas memberi kesan kepada pasukan Malaysia yang gagal membuat walau satu pun percubaan tepat pada separuh masa pertama walaupun beraksi agak baik pada 15 minit pertama..Separuh masa pertama berkesudahan 0-0..Man of the match for 1st half=Khairul Fahmy Che Mat.
Selepas 67 minit, Iran sudah mendahului 3-0 melalui K.Ansari,Seyed Hoseini dan amir Sharafi.Dengan hanya mengamalkan taktik bertahan benteng pertahanan Malaysia yang diketuai Muslim Ahmad akhirnya bolos 3 kali dalam masa 15 minit.Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Khairul Fahmy dengan 3 gol yang telah dijaringkan dan sememangnya Iran berhak mendapat gol dengan corak permainan possession and attack .GOOOLLLLL!!!! Norsharul Idlan Talahan berjaya merapatkan jurang 1-3 melalui sepakan penalti pada minit ke-85 setelah dia sendiri dikasari didalam kotak penalti.Dan keputusan selepas 90minit adalah Malaysia tewas bermaruah 1-3 kepada [asukan Iran.Namun,nyata jurang yang cukup besar dipamerkan antara Iran dan Malaysia dengan bola sememangnya dikuasai oleh pemain Iran. Kelemahan nyata yang dikesan adalah pemain2 negara kita gagal mengawal dan menghantar bola dengan baik terutama jika berdepan dengan pasukan yang lebih handal seperti yang kita lihat ketika berdepan dengan Jepun dan China sebelum ini. Pemain kita juga mudah diatasi terutama di bahagian fullback kanan dan kiri.Ketiadaan Azmi Muslim, Sabree Abu serta Mahali Jasuli yang merupakan regular bagi posisi tersebut jelas terasa oleh pasukan Malaysia.Namun yang pasti kita kalah dengan bermaruah dan tiada apa yang perlu disesalkan kerana kita telah mencuba sedaya yang termampu untuk kempen kali ini..Tahniah kepada Skuad Malaysia U23 negara dan juga ketua jurulatih k.Rajagopal..
''Malaysia Boleh!! dan jumpa 4 tahun lagi di Incheon, Korea Selatan''
No comments:
Post a Comment