4.30 petang (Waktu Brazil):
Robinho: Kaka, Pato dan Ronaldinho jom main bola!! dah dekat pukul 5 ni ha.(sambil memegang sebiji bola yang buruk rupanya)
(Tanpa melengahkan masa Kaka, Pato dan Ronaldinho pun terus dengan berkaki ayam ke tempat biasa mereka bermain bola)
Kaka: Huh ramai betul orang kat padang. Berdebu2 macam ni pun boleh ramai. Pening2!!
Robinho: Biasalah tu.Apa lagi nak dibuat waktu2 macam ni.bukan ada TGV ataupun GSC nak tengok wayang.Awek pun mana nak sangkut.Poket pun kosong.
Ronaldinho: Bukan kata tak dak duit.seluar kita ni poket pun tak de..hahaha
Mereka pun bermain bola disitu hampir setiap petang hinggalah suatu petang seorang pencari bakat melihat mereka berempat. dan dari situ mereka terus dipanggil untuk di uji bakat...Tahun silih berganti berlalu dan kini Ronaldinho adalah bekas pemain bola terbaik dunia sebanyak dua kali, Pato dan Robinho kini beraksi bersama AC Milan dan Kaka bersama Galaticos Real Madrid..O.M.G!!
4.30 petang (Waktu Malaysia):
Ali: Mat, Abu, Kasim!!! Jom main bola.
Mat: Aduh kasut aku takda la plak.dah koyak sikit. Ni yang malas ni.
Abu: Bola baru ke bola lama.Bola baru semangat sikit nak main.
Kasim: Sekarang bukan musim guli dengan lelayang ker? kompem kosong padang ni..hehe (sambil meraba guli di dalam poketnya)
Tahun demi tahun berlalu dan kini Ali adalah seorang Engineer di firma bapaknya, Mat pula melanjutkan pelajaran keluar negara kerana desakan keluarga (jadik doktor kot), sementara Abu pula seoarang usahawan dan hanya Kasim yang berjaya menjadi pemain bola sepak professional di Malaysia yang beraksi untuk negeri ******* (tak boleh sebut, sensitif) tengah berkira2 bila gaji nak MASUK!!! sebab dah 3 bulan tak bergaji..aduhhhh!!!!!
* Watak2 di atas tiada kene mengena sama ada yang masih hidup ataupun mati..cuma sebuah nukilan dalam bentuk komedi yang ikhlas datang dari hati..chewahhhh!!!!
No comments:
Post a Comment