Wednesday, November 10, 2010

Malaysia U23 vs Jepun U23 (Sukan Asia di Ghuangzhou China)

Hmmm..seperti yang dijangka, Pasukan Kebangsaan Bawah 23 tahun Malaysia tumpas 0-2 (Kensuke Nagai 26', Hotaru Yamaguchi 63') kepada Jepun dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Sukan Asia di China yang baru tamat sebentar tadi.Kedua-dua gol adalah kesilapan pemain pertahanan yang mana menunjukan kita terasa dengan ketiadaan Aidil mahupun Zamani Misbah.Apa yang diperhatikan pasukan Malaysia masih jauh untuk menyaingi keupayaan pemain-pemain daripada matahari terbit ini..Dapat diperhatikan majoriti pemain agak gugup apabila memegang bola dan possession jelas milik pemain Jepun.Asakan yang cuba digerakkan oleh ketua pasukan Shafiq Rahim juga kebanyakkannya tersekat ditengah padang. Hantaran yang dilakukan juga tidak lancar dan kurang tepat secara keseluruhan.Pasukan Malaysia hanya terdaya melakukan 3 percubaan (2 percubaan tepat) berbanding Pasukan Jepun dengan 18 (8 percubaan tepat).Dengan kekalahan ini Malaysia masih lagi kekal dengan 3 mata manakala Jepun dengan 6 mata dan selepas ini tugas berat menanti pasukan Malaysia apabila turun menentang tuan rumah China 3 hari lagi(Sabtu 6.30ptg-waktu Malaysia).Harap2 Malaysia akan mendapat keputusan yang positif apabila menentang China bagi mencerahkan peluang untuk mara secara automatik ke pusingan seterusnya mahupun melalui play-off..Terima kasih kepada pihak RTM and Astro kerana menyiarkan perlawanan secara langsung di kaca TV.

apa2 pun....tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan dan "MALAYSIA BOLEH...!!!''





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...