Tuesday, November 23, 2010

Piala AFF Suzuki 2010: Mampukah Malaysia?

Kejohanan ini akan bermula 1 Dec 2010 dan berakhir pada 29 December 2010 di mana Indonesia dan Vietnam akan menjadi tuan rumah bersama bagi peringkat kumpulan.Diletakkan di dalam kumpulan A yang disertai tuan rumah Indonesia, Gergasi Asean Thailand dan juga Laos merupakan satu laluan berliku yang terpaksa ditempuh oleh skuad kebangsaan kendalian K.Rajagopal. Dengan ketiadaan tonggak2 utama seperti beradik kembar Aidil dan Zakuan peluang Malaysia untuk layak ke separuh akhir agak goyah merujuk kepada persembahan ketika di Sukan Asia yang sedang berlangsung ketika ini. Dengan hanya kurang lagi 2 minggu sebelum kejohanan ini bermula, K.Rajagopal pastinya gusar dengan pemain yang akan dipilih bagi mewakili negara di kejohanan ini nanti. Dengan Singapura dan Indonesia yang sudah menghantar senarai pemain ke kejohanan Piala Suzuki ini, Malaysia pastinya mengharapkan dapat menggunakan khidmat pemain yang masih tidak cergas ketika ini seperti Azmi Muslim, Baddrul Bakhtiar, Nasriq Ibrahim, Farizal Marlias dan juga Fakhri Sharaani dengan harapan mereka dapat pulih menjelang bermulanya kejohanan. Malaysia akan memulakan kejohanan menentang Indonesia di keramat mereka Gelora Bung Karno sebelum turun dalam misi hidup mati menentang Thailand (pastinya mereka mahu membalas dendam atas kekalahan ketika di Sukan Sea Laos yang lalu) dan akan menutup jadual kumpulan bertemu Pasukan Laos.(jadual penuh lihat SINI)

                                     Senarai pasukan yang bertanding di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010


Barisan 26 Pemain Singapura yang disenaraikan (akan dikurangkan kepada 22 menjelang perlawanan pertama menentang Vietnam):


Goalkeepers: Lionel Lewis (Home United), Hassan Sunny (Tampines Rovers), Izwan Mahbud (Young Lions) 


Defenders: Juma'at Jantan (Home United), Rosman Sulaiman (Home United), Baihakki Khaizan (Persib Bandung, Ina), Precious Emuejeraye (Persija Jakarta, Ina), Daniel Bennett (SAFFC), Afiq Yunos (Young Lions), Irwan Shah (Young Lions), Safuwan Baharudin (Young Lions), Noh Rahman (SAFCC) 



Midfielders: Ridhuan Muhamad (Arema, Ina), Isa Halim (Home United), Shi Jiayi (Home United), Tengku Mushadad (Home United), Mustafic Fahrudin (Persela Lamongan, Ina), Shahril Ishak (Persib Bandung, Ina), Shahdan Sulaiman (Tampines Rovers), Hariss Harun (Young Lions) 



Forwards: Noh Alam Shah (Arema, Ina), Masrezwan Masturi (Geylang United), Fazrul Nawaz (Gombak United), Khairul Amri (Persiba Balikpapan,Ina), Agu Casmir (Persija Jakarta, Ina), Aleksandar Duric (Tampines Rovers) 

Barisan 30 Pemain Indonesia yang disenaraikan (akan dikurangkan kepada 22 menjelang perlawanan pertama menentang Malaysia):

Goalkeepers: Markus Horison (Persib Bandung), Ferry Rotinsulu (Sriwijaya FC), Kurnia Meiga (Arema Indonesia), Made Wirawan (Persiba Balikpapan) 



Defenders: Zulkifly Syukur (Arema), Benny Wahyudi (Arema), Ricardo Salampessy (Persipura), Nova Arianto, Maman Abdurahman (Persib), Hamka Hamzah (Persipura), Yesaya Desnam (Persiwa), M Roby (Persisam), M Nasuha (Persija), Slamet Riyadi (Persela), M Ridwan (Sriwijaya) 



Midfielders: Arif Suyono (Sriwijaya), Tony Sucipto (Persija), Firman Utina (Sriwijaya), Eka Ramdani (Persib), Ahmad Bustomi (Arema), Hariono (Persib), Johan Juansyah (Persijap), Oktovianus Maniani (Sriwijaya), Oktavianus (Persija)

Forwards: Christian Gonzales (Persib), Irfan Bachdim (Persema), Boaz Solossa (Persipura), Bambang Pamungkas (Persija), Yongki Aribowo (Arema), Budi Sudarsono (Sriwijaya) 


P/s: Aku memang tunggu sangat kejohanan ni sebab aku nak tengak sejauh mana lagi team Malaysia boleh pergi dan aku harap pingat emas Sukan Sea dan layak ke Pusingan ke-2 Sukan Asia lalu bukan lah nasib baik. Dengan kejohanan ini yang diiktiraf FIFA kerana dikategorikan sebagai 'International Tournament' bukannya U-23 atau U-21. Kagum sekejap aku tengok senarai pemain Singapura seperti Noh Alam Shah, Khairul Amri serta Shahril Ishak yang mampu beraksi di 'luar' walaupun ianya di Indonesia. to be continue...huu

2 comments:

buyat(bebola tomato) said...

mane dapat ni?nk share sikit2 entri ni boleh?

Tengku Firmino said...

some part is from my knowledge and some from others.boleh x de masalah..boleh la kita follow memolow..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...