Tuesday, November 30, 2010

Barcelona (5) vs Real Madrid (0) - El Classico

Dengan mata yang begitu berat aku gagahi jugak turun kebawah untuk tengok game ni..tak payah la nak cerita banyak-banyak pasal kedua-dua kelab ni both are well known club in the world. Boleh copy and paste jer dari mana-mana sumber.20 minutes gone and guess whose are leading right now? 2-0 to Catalan club..two easy goal from Xavi on 10th minute and Pedro on 18th minute after good works from David Villa from left side. Ronaldo dan rakan-rakan masih lagi tercari-cari rentak dan bola jelas dikuasai pemain-pemain tengah Barca yang direncanakan Xavi dan Iniesta. After 45 minutes, Barca lead 2-0 and Jose Mourinho need to do something because his team is totally outclass and outscore by Messi and Co. Benzema fail to lead front line while Khedira need to more aggressive to get a ball and make a space for his partner Xabi Alonso move a ball forward...Lapo sungguh..makan maggi dulu!!!! 


                                          1st half-2-0 to Barca


                                                        Resipi pagi-pagi buta.


60 minutes gone, Barca 4 - 0 Real Madrid!!! David Villa add another two goal and Jose Mourinho is no more a Special One but a Shame One is this game.Total football shown by Guardiola man all around the pitch..One word!! SUPERB...OwHHH Jefferson score 5th goal of the game..FINAL SCORE: BARCELONA 5 - 0 REAL MADRID..


                                  Final Score: Barca 5 - 0 Real Madrid





Monday, November 29, 2010

Inilah barisan kita - Piala Suzuki AFF 2010

Melihat kepada senarai 22 pemain yang dihantar ke Pihak Penganjur untuk kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 nyata K.Rajagopal membuat tindakan yang bijak kerana mengadun antara pemain muda dan pemain senior. Cuma yang agak membimbangkan adalah dibahagian pertahanan tengah kerana tiada pemain senior untuk membimbing pemain-pemain lain yang nyata masih muda. Muslim Ahmad dan Fadzli Shas mungkin menjadi pilihan untuk posisi center back kerana Khairul Helmi Johari masih mentah diperingkat antarabangsa. Pemain tengah dan serangan agak seimbang dengan Safee Salee dan Idlan Talaha akan mengetuai serangan dan bahagian tengah akan dijana Shafiq Rahim. Senarai pemain yang disahkan untuk kejohanan ini adalah seperti berikut:


Penjaga gol: Khairul Fahmi, Sharbinee

Pertahanan:Mahalli Jasuli,Razman,Sabre Mat Abu, 
Mohd. MuslimAhmad, Mohd. Fadhli Shas, Khairul Helmi Johari, Asraruddin ,Mohd. Faizal Mohammad

Tengah:Safiq Rahim,Amri Yahyah, K. Gurusamy, Amar Rohidan, 
Khyril Muhymeen,Amirul Hadi Zainal, S.Kunanlan,Ashari 
Samsudin

Penyerang: Safee Sali,Idlan Talaha, Izzaq Faris,Faizal Abu Bakar

Formasi yang mungkin digunakan K.Rajagopal adalah 4-5-1untuk perlawanan pembukaan(rasanyalah):

                      Barisan kemungkinan skuad negara menentang Indonesia pada perlawanan pembukaan lusa 

K.Rajagopal juga mempunyai option untuk menurunkan Razman Roslan di pertahanan kanan dan membawa Sabree Abu ke posisi pertahan kiri ataupun dibahagian defensive midfielder kerana pemain ini adalah pemain yang versatile dan pernah beraksi di posisi itu untuk Kedah sebelum ini. Jika K.Rajagopal membuat keputusan untuk menurunkan Safee di bahagian serangan, Idlan Talaha mungkin akan menyerang daripada bahagian sayap sambil dibantu mari daripada bahagian tengah. Siapapun yang diturunkan, aku harap Malaysia akan mempamerkan permainan yang baik bagi sekurang2nya dapat ,mengutip 1 mata sebelum turun berhabis-habisan dalam perlawanan kedua menentang Thailand..

Tengku's Prediction: Indonesia 1 - 1 Malaysia

P/s: Malaysia Boleh!!!

Sunday, November 28, 2010

Preview Tottenham Hotspur Vs Liverpool (Match Day 15)

White Hart Lane akan menjadi medan pertemuan di antara pencabar bagi kedudukan empat terbaik di dalam EPL.Berbekal kemenangan di Emirates minggu lalu dan membenam cabaran Werder Bremen 3 hari kemudian untuk layak kepusingan kalah mati Liga Juara-Juara merupakan tonik terbaik untuk berdepan Liverpool kendalian Roy Hodgson malam ini. Liverpool masih lagi mencari rentak konsisten mereka walaupun mudah menewaskan West Ham di laman sendiri minggu lalu.Ketiadaan perlawanan Liga Europa sepatutnya memberikan mereka sedikit kelebihan  dari segi kecergasan namun dengan ketiadaan Marvelous Captain Steven Gerrrard ianya tidak banyak membantu mereka. Player to watch for me is Gareth Bale. His performance this season is absolutely brilliant and some of his goal totally breath-taking.

Kemenangan sememangnya dicari-cari oleh Liverpool dalam misi Roy Hodgson untuk mendapatkan kepercayaan daripada pemilik baru John Henry NESV memandangkan jendela perpindahan semakin hampir untuk dibuka semula.Liverpool dijangka menggunakan formasi 4-5-1 (formasi kegemaran RH ketika bermain diluar anfield) dengan Fernando Torres akan bermain sebagai penyerang tunggal sementara Lucas Leiva pastinya ditagih menjana bahagian tengah. Harry Redknapp pula berdepan dilema sama ada mahu menurunkan pemain terbaik mereka ketika ini iaitu Rafael Van Der vart yang masih mengalami kecederaan buku lali dan juga Defoe yang kembali daripada rehat yang panjang.


                                             Barisan kesebelasan jangkaaan pasukan Liverpool



                                                            Barisan kesebelasan jangkaaan pasukan Tottenham Hotspur

Tengku's Prediction: Spurs 2 - 1 Liverpool (even though aku fan Liverpool tapi aku realistik dengan jangkaan ni..huhu)

P/s: Common the reds, buktikan aku silap!!!

Saksikan gelagat pengulas dalam rancangan FAN ZONE dua season lepas dikala liverpool tumpas 1-2 kepada Spurs di White Hart Lane.





Saturday, November 27, 2010

How FIFA Ranking works??


We know that a Malaysia is in 150th ranking while No.1 filled by Spain.Lets we share about how FIFA ranking works.Jangankan kita tau turun dan naik jer tapi tak tau macam mana ia berlaku..huhu..


The factors taken into account are as follows:
  • Match result
  • Match status
  • Opposition strength
  • Regional strength
Teams' actual scores are a result of the average points gained over each calendar year; matches from the previous four years are considered, with more weight being given to recent ones.


Match Result
ResultPoints
Win (no penalty shootout)3
Win (penalty shootout)2
Draw1
Loss (penalty shootout)1
Loss (no penalty shootout)0
Match Status
Match statusMultiplier
Friendly matchx 1.0
FIFA World Cup and Continental cup qualifiersx 2.5
Continental cup and Confederations Cup finalsx 3.0
World Cup finals matchx 4.0
*Continental cup ni termasuklah Asia Cup, African Nation Cup, Gold Cup dan Kejohanan Euro
*Kejohanan Sukan seperti Olimpik, Komanwel dan Sukan Asia tidak dikira begitu juga kejohanan U-23 (walaupun campuran)
Opposition Strength

\text{Opposition strength multiplier} = \frac{200-\text{ranking position}}{100}

Regional Strength
\text{Regional strength multiplier} = \frac{\text{Team 1 regional weighting} + \text{Team 2 regional weighting}}{2}


Assessment period

Matches played over the last four years (48 months) are included in the calculation, but there is a weighting to put more emphasis on recent results. Previously an eight year period was used. The date weighting is as follows:
Date of matchMultiplier
Within the last 12 monthsx 1.0
12–24 months agox 0.5
24–36 months agox 0.3
36–48 months agox 0.2

Ranking formula

The final ranking points figure for a single match is multiplied by 100 and rounded to the nearest whole number.

\text{Ranking points} = 100 \times \left( \text{Result points} \times \text{Match status} \times \text{Opposition strength} \times \text{Regional strength} \right)
Example of calculation (keputusan yang diangankan..huhu)
Match (2010)TeamResult pointsMatch statusOpposition strengthRegional strengthRanking points
Malaysia vs. Jepun (friendly)
Result: 2-1
Malaysia
Jepun
3
0
1.0
1.0 
1.70
0.50
0.85
0.85
433.5
0
Uruguay vs. Malaysia (friendly)
Result: 1–1
Uruguay
Malaysia
1
1
1.0
1.0
0.50
1.93
0.925
0.925
46.25
178.53
Malaysia vs. Brazil (World Cup finals)
Result: 2–1
Malaysia
Brazil
3
0
4.0
4.0
1.97
0.50
0.925
0.925
2186.7
0
Malaysia vs. Australia (Asia Cup finals)
Result: 1–1 (Australia wins on penalties)
Malaysia
Australia
1
2
3.0
3.0
1.80
0.50
0.85
0.85
459
255
TOTAL POINTS (MALAYSIA): 433.5+178.53+2186.7+459=3257.73
So actual point for Malaysia in 2010 is 3257.73 x 1 = 3257.73
Masuk jer tahun 2011..mata ini akan dikira sebegini : 3257.73 x 0.5=1628.9 
then dicampur dengan mata baru untuk 2011..dan seterusnya..kiraan semula akan dibuat pada tahun kelima iaitu selepas berlangsungnya Piala Dunia (setiap 4 tahun)
Jadi untuk mendapatkan mata yang banyak pasukan Malaysia hendaklah konsisten mendapatkan keputusan  baik dalam setiap perlawanan antarabangsa.Dan itu juga menjadi sebab kenapa kita gagal mendapatkan pasukan kebangsaan yang menduduki kedudukan yang jauh lebih tinggi kerana risikonya terpaksa dihadapi mereka (kecederaan dan kedudukan mata dalam ranking FIFA).
Sebagai contoh perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Uruguay dan Indonesia yang dimenangi Uruguay 7-1 bulan lepas dimana dari situ mereka hanya mengutip lebih kurang 141 mata sahaja.Hmm tak berbaloi jika kecderaan melanda Luis Suarez mahupun Edison Cavani.
Dengan kejohanan Piala SUZUKI AFF 2010 yang akan berlangsung tidak sampai 3 hari lagi, diharap Pasukan Kebangsaan dapat mencatat keputusan membanggakan ketika menentang Pasukan Indonesia pada perlawanan pembukaan..supaya ranking Malaysia dapat diperbaiki.Lagi baik jika dapat ke akhir!!!
P/S: AYUH MALAYSIA BOLEH!!!!
*all graphics sources by en.wikipedia.org/wiki/FIFA_World_Rankings.

Thursday, November 25, 2010

Suatu ketika di Chemor, Perak

Sambil aku sedang mencari-cari tapak menara telekomunikasi dikawasan Chemor, Perak (kerja beb) tetiba ada sesuatu yang menarik pandangan aku.apalagi, ambik gambar and then macam biasalah updates blog.huhu

Sayang sekali, kemudahan yang agak baik disediakan untuk bermain bola..tetapi duri semalu yang hebat beraksi di atas rumput..









Pandangan dari jauh agak cantik...siap dengan parking segala.








                                         ''Rupanya Duri semalu sedang beraksi galak di atas padang..''huhu




MINI STADIUM 1 MALAYSIA CHEMOR..begitu gah namanya..












siap dengan tempat duduk berbumbung


                                                        


agak2 dah berapa lama padang ni tak digunakan..subur sekali semalu2 ni..huhu












- Hopefully kat tempat aku di nun Felda Pemanis Segamat Johor ada satu macam ni..baru lahir Ronaldo segamat, Kaka Johor..hahaha..aku kalo berangan memang No.1


apapun 1 MALAYSIA!!!! Satu? Malaysia!!!

Tuesday, November 23, 2010

Brazil dan Malaysia - Al Kisah

4.30 petang (Waktu Brazil):

Robinho: Kaka, Pato dan Ronaldinho jom main bola!! dah dekat pukul 5 ni ha.(sambil memegang sebiji bola yang buruk rupanya)
(Tanpa melengahkan masa Kaka, Pato dan Ronaldinho pun terus dengan berkaki ayam ke tempat biasa mereka bermain bola)

Kaka: Huh ramai betul orang kat padang. Berdebu2 macam ni pun boleh ramai. Pening2!!
Robinho: Biasalah tu.Apa lagi nak dibuat waktu2 macam ni.bukan ada TGV ataupun GSC nak tengok wayang.Awek pun mana nak sangkut.Poket pun kosong.
Ronaldinho: Bukan kata tak dak duit.seluar kita ni poket pun tak de..hahaha

Mereka pun bermain bola disitu hampir setiap petang hinggalah suatu petang seorang pencari bakat melihat mereka berempat. dan dari situ mereka terus dipanggil untuk di uji bakat...Tahun silih berganti  berlalu dan kini Ronaldinho adalah bekas pemain bola terbaik dunia sebanyak dua kali, Pato dan Robinho kini beraksi bersama AC Milan dan Kaka bersama Galaticos Real Madrid..O.M.G!!

4.30 petang (Waktu Malaysia):

Ali: Mat, Abu, Kasim!!! Jom main bola.
Mat: Aduh kasut aku takda la plak.dah koyak sikit. Ni yang malas ni.
Abu: Bola baru ke bola lama.Bola baru semangat sikit nak main.
Kasim: Sekarang bukan musim guli dengan lelayang ker? kompem kosong padang ni..hehe (sambil meraba guli di dalam poketnya)

Tahun demi tahun berlalu dan kini Ali adalah seorang Engineer di firma bapaknya, Mat pula melanjutkan pelajaran keluar negara kerana desakan keluarga (jadik doktor kot), sementara Abu pula seoarang usahawan dan hanya Kasim yang berjaya menjadi pemain bola sepak professional di Malaysia yang beraksi untuk negeri ******* (tak boleh sebut, sensitif) tengah berkira2 bila gaji nak MASUK!!! sebab dah 3 bulan tak bergaji..aduhhhh!!!!!

* Watak2 di atas tiada kene mengena sama ada yang masih hidup ataupun mati..cuma sebuah nukilan dalam bentuk komedi yang ikhlas datang dari hati..chewahhhh!!!!

Piala AFF Suzuki 2010: Mampukah Malaysia?

Kejohanan ini akan bermula 1 Dec 2010 dan berakhir pada 29 December 2010 di mana Indonesia dan Vietnam akan menjadi tuan rumah bersama bagi peringkat kumpulan.Diletakkan di dalam kumpulan A yang disertai tuan rumah Indonesia, Gergasi Asean Thailand dan juga Laos merupakan satu laluan berliku yang terpaksa ditempuh oleh skuad kebangsaan kendalian K.Rajagopal. Dengan ketiadaan tonggak2 utama seperti beradik kembar Aidil dan Zakuan peluang Malaysia untuk layak ke separuh akhir agak goyah merujuk kepada persembahan ketika di Sukan Asia yang sedang berlangsung ketika ini. Dengan hanya kurang lagi 2 minggu sebelum kejohanan ini bermula, K.Rajagopal pastinya gusar dengan pemain yang akan dipilih bagi mewakili negara di kejohanan ini nanti. Dengan Singapura dan Indonesia yang sudah menghantar senarai pemain ke kejohanan Piala Suzuki ini, Malaysia pastinya mengharapkan dapat menggunakan khidmat pemain yang masih tidak cergas ketika ini seperti Azmi Muslim, Baddrul Bakhtiar, Nasriq Ibrahim, Farizal Marlias dan juga Fakhri Sharaani dengan harapan mereka dapat pulih menjelang bermulanya kejohanan. Malaysia akan memulakan kejohanan menentang Indonesia di keramat mereka Gelora Bung Karno sebelum turun dalam misi hidup mati menentang Thailand (pastinya mereka mahu membalas dendam atas kekalahan ketika di Sukan Sea Laos yang lalu) dan akan menutup jadual kumpulan bertemu Pasukan Laos.(jadual penuh lihat SINI)

                                     Senarai pasukan yang bertanding di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010


Barisan 26 Pemain Singapura yang disenaraikan (akan dikurangkan kepada 22 menjelang perlawanan pertama menentang Vietnam):


Goalkeepers: Lionel Lewis (Home United), Hassan Sunny (Tampines Rovers), Izwan Mahbud (Young Lions) 


Defenders: Juma'at Jantan (Home United), Rosman Sulaiman (Home United), Baihakki Khaizan (Persib Bandung, Ina), Precious Emuejeraye (Persija Jakarta, Ina), Daniel Bennett (SAFFC), Afiq Yunos (Young Lions), Irwan Shah (Young Lions), Safuwan Baharudin (Young Lions), Noh Rahman (SAFCC) 



Midfielders: Ridhuan Muhamad (Arema, Ina), Isa Halim (Home United), Shi Jiayi (Home United), Tengku Mushadad (Home United), Mustafic Fahrudin (Persela Lamongan, Ina), Shahril Ishak (Persib Bandung, Ina), Shahdan Sulaiman (Tampines Rovers), Hariss Harun (Young Lions) 



Forwards: Noh Alam Shah (Arema, Ina), Masrezwan Masturi (Geylang United), Fazrul Nawaz (Gombak United), Khairul Amri (Persiba Balikpapan,Ina), Agu Casmir (Persija Jakarta, Ina), Aleksandar Duric (Tampines Rovers) 

Barisan 30 Pemain Indonesia yang disenaraikan (akan dikurangkan kepada 22 menjelang perlawanan pertama menentang Malaysia):

Goalkeepers: Markus Horison (Persib Bandung), Ferry Rotinsulu (Sriwijaya FC), Kurnia Meiga (Arema Indonesia), Made Wirawan (Persiba Balikpapan) 



Defenders: Zulkifly Syukur (Arema), Benny Wahyudi (Arema), Ricardo Salampessy (Persipura), Nova Arianto, Maman Abdurahman (Persib), Hamka Hamzah (Persipura), Yesaya Desnam (Persiwa), M Roby (Persisam), M Nasuha (Persija), Slamet Riyadi (Persela), M Ridwan (Sriwijaya) 



Midfielders: Arif Suyono (Sriwijaya), Tony Sucipto (Persija), Firman Utina (Sriwijaya), Eka Ramdani (Persib), Ahmad Bustomi (Arema), Hariono (Persib), Johan Juansyah (Persijap), Oktovianus Maniani (Sriwijaya), Oktavianus (Persija)

Forwards: Christian Gonzales (Persib), Irfan Bachdim (Persema), Boaz Solossa (Persipura), Bambang Pamungkas (Persija), Yongki Aribowo (Arema), Budi Sudarsono (Sriwijaya) 


P/s: Aku memang tunggu sangat kejohanan ni sebab aku nak tengak sejauh mana lagi team Malaysia boleh pergi dan aku harap pingat emas Sukan Sea dan layak ke Pusingan ke-2 Sukan Asia lalu bukan lah nasib baik. Dengan kejohanan ini yang diiktiraf FIFA kerana dikategorikan sebagai 'International Tournament' bukannya U-23 atau U-21. Kagum sekejap aku tengok senarai pemain Singapura seperti Noh Alam Shah, Khairul Amri serta Shahril Ishak yang mampu beraksi di 'luar' walaupun ianya di Indonesia. to be continue...huu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...