Tuesday, May 31, 2011

My Name is Paul Scholes and I'm Off now!


Berakhir sudah perjuangan Paul Scholes dalam arena bola sepak antarabangsa apabila dia mengumumkan persaraan hari ini. Even aku adalan kipas-susah-mati Liverpool tapi aku memang cukup-cukup respek dengan mamat ni. At 36 years old, he still can offered something to the team like Manchester United! Kalau pemain-pemain lain mau dah kene halau dengan Alex Ferguson tak pun kene kasut kat dahi macam Beckham dulu!

Bagi aku Paul Scholes adalah antara 3 pemain tengah terbaik pernah di hasilkan EPL bersama-sama dengan Xabi Alonso dan Steven Gerrrad. 676 penampilan bersama sekuad utama, hampir 150 gol dan juga 10 gelaran EPL menceritakan segalanya tentang karier gemilang bersama Manchester United. Bertubuh kecil, mempunyai keupayaan melakukan hantaran dengan tepat dan mempunyai rembatan yang cukup digeruni adalah senjata pemain bernama Paul Scholes ini.

Bersara daripada skuad England pada umur 29 tahun atas sebab nak tumpukan kepada kelab tidak pernah meredakan namanya daripada disebut2 untuk kembali kepada pangkuan pasukan England.Sven Goran Eriksson dan Fabio Capello juga pernah memujuk pemain ini untuk kembali tetapi gagal. Hebat sungguh pemain ini.Kalau dekat Malaysia, pemain umur yang dah lepas 30-an ni rata-rata dah 'bungkus' ataupun meneruskan karier di pasukan-pasukan kelab tapi bukan Paul Scholes!

Walaupun kadangkala sifat 'degil' nya yang selalu dapat kad merah diwaktu yang tak dijangka, kehebatan dan keupayaannya menutup segala kelemahan sehinggakan Xavi pernah berkata bahawa Scholes adalah pemain terbaik pernah disaksikan manakala lagenda bolasepak Perancis Zidane menyatakan bahawa mamat ini almost untouchable!(baca) Hebat tak? memang hebat! Dan hanya Piala Dunia serta Piala Eropah bersama England yang belum dikecapinya.

Dan aku tak perlulah menulis lebih panjang lebar tentang pemain ini sebab whoever yang 'hardcore' on football know this guy! Honestly bagi aku, sukar dicari ganti! Absolutely CLASS!

TRIBUTE TO PAUL SCHOLES


Monday, May 30, 2011

Not that easy Alex!


Final of the decade? The best final of Champions League? Tidak Tidak Tidak! Sekali lagi Manchester United menghasilkan final yang begitu berat sebelah sama macam previous final diaorang dengan Barcelona dulu! Walaupun Alex tampak begitu yakin dengan komen-komen positif sebelum final ditambah bermain di Wembley  namun semua itu bukan jaminan kejayaan dan Barcelona were far better than Manchester United! 

Attack, attack and attack!! - Alex Ferguson

Manchester United were better without Ronaldo? - Patrice Evra

We were improved compared to last defeat to Barcelona in Champions League final 09' - Van Der Sar.

Semua di atas hanya kata-kata dan tak semestinya dapat direalisasikan di atas padang!hahaha

Aku bukan menidakkan kehebatan Manchester United dan layak ke akhir bukannya nasib! bak kata sesetengah orang MU layak final sebab nasib (jumpa tak kuat...)Nasib is one thing..takkan semua nasib kan kan! Honestly they should do better after Rooney goal! but they don't! 

Aku malas nak ulas perlawanan akhir sebab aku tak tengok!!! hahaha..aku tido...SEBAB aku dalam hutan time tuh! mana nak cari Astro! tup-tup bangun aku dapat mesej Barcelona menang..terus mata aku segar! dan aku menikmati hari minggu aku dengan rasa segar dan seronok sekali.

Dan akhir sekali nikmatilah kata-kata aku ni..

TIGA sememangnya mudah..tapi bukan untuk Arsenal dan Chelsea..juga Manchester City
EMPAT agak sukar..bagi Manchester United tapi bukannya Liverpool
LIMA hampir mustahil..tidak bagi Liverpool
hahahahahahahahaha



Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday #5

Monday, May 23, 2011

J.A.N.J.I



Ada ini player No.8 dalam padang
mesti 'untun' punya!
Janji? ahh sudah la.Aku dah muak dengan janji-janji palsu..Ohhw..Sori2 ingat off-record.Rupanya aku sendiri yang record! hahaha.Tamat sudah season terbariu EPL dengan Liverpool mengesahkan kedudukannya sebagai pasukan ke-6 terbaik liga! Ke-6 jer.Ya, ramai blogger2 dan fans diluar sana majoritinya melihat 'sinar' untuk pasukan Liverpool musim hadapan dengan kehadiran Kenny Daglish dan Owner baru yang dilihat agak meyakinkan..sama yakin aku tengok ketika Liverpool menerima owner sebelum itu iaitu Tom Hicks + George Gillet (satu dunia pakai Gillet, mesti kaya owner..pada anggapan pertama aku!). Yes, aku akui Kenny berjaya membawa Liverpool keluar dari kelompok durjana yang ditinggalkan sehingga mampu mencabar untuk tiket ke kejohanan eropah tapi AKHIRNYA terkulai setelah back-to-back defeat to Spurs (at home) and Aston Villa in the last game. Dan ini aku punya summary untuk musim 2010/2011 dan sama ada korang setuju ataupun tidak, korang terima jer lah..huhuh..

Tengku's Summary

Lupakan seketika tentang perlantikan Kenny Daglish sebagai pengurus baru. Ya dia memang ada aura dan sememangnya terbaik buat Liverpool ketika ini.Namun jika dinilai keseluruhannya bagi aku musim ini sama dengan musim lepas.GAGAL!..Kita gagal ke Champions League juga ke Europa League untuk musim depan.Kita tewas piala FA kepada Manchester United dan Europa League kepada Braga. Kita tewas kepada Spurs ketika di 'critical point' kat Anfield dan seterusnya tempat itu dirampas oleh anak-anak buah Harry Redknapp! Sakit betul hati aku.Dengan itu aku tertanya-tanya adakah Liverpool mampu menjelmakan harapan ketika berada di dalam tekanan atau hanya mampu beraksi hebat ketika berada di zon selesa (ketika itu Liverpool tiada apa yang hendak dikejar dan hanya ingin menamatkan musim di tempat terbaik). Kita lihat bagaimana tersungkurnya Arsenal ketika mengejar 4 kejuaraan dan ketika tewas kepada Birmingham di final Piala Liga (tekanan yang tidak dapat dihandle oleh anak-anak muda).Aku cukup tertarik dengan pundit di satu rancangan Astro bulan lalu (lupa dah..) dimana panelnya begitu memuji pemain2 Liverpool termasuk pemain muda macam Jay, Flanagan dan juga Robinson namun ada seorang yang tetiba mengutarakan..''its to soon, can they take Liverpool to another level? '' Dan setiap musim aku telah dijanjikan dengan harapan palsu dan musim depan juga aku akan menggunakan pendekatan yang sama.Tunggu dan lihat sebab penyakit utama Liverpool adalah KONSISTEN..separuh musim bagus separuh musim hancur..must be balance!  Penyakit ni menyerang hampir setiap musim..sebab tu Liverpool biasanya out as title contender pada ketika nak masuk bulan January! Kalaulah Robbie Fowler, Michael Owen, Sami Hyypia, Fernando Torres, Xabi Alonso, Luis Garcia, Pepe Reina, Carragher, Danny Murphy dan Mcmanaman datang pada waktu dan ketika yang hampir sama..What a squad that was! Carroll? masih jauh dan banyak lagi yang perlu dibuktikan dengan nilainya 35 juta pound..

Sedikit mengubat hati aku yang sedang lara ini adalah macam mana Kenny Daglish layan pemain2 muda Liverpool yang pada satu ketika aku sampai tertanya-tanya kenapa Liverpool failed to produce a very good young player..Takkan tak ada langsung! yang ada pun suam-suma kuku.Butakan manager-manager sebelum ini, atau mereka memang tak cukup bagus atau mereka tak diberi peluang..Bagi aku satu jer..kalau kita tak diberi peluang.macam mana kita nak buktikan diri kita boleh! Kalau Ronaldo tak diberi peluang bermain dengan Manchester United dulu, takkan dia jadi pemain termahal di Real Madrid sekarang ni. Dan terbukti formula dan teori Kenny sememangnya betul lagi tepat sebab kita dapat lihat betapa Jay Spearing lebih bagus dari Poulsen, Flanagan lebih 'fit' dan hebat daripada Aurelio, mungkin setanding dengan Martin Kelly (nasib tak baik sebab injured) dan pemain-pemain lain seperti Raheem Sterling, Wisdom, Morgan, Coady dapat tempat di bangku simpanan.

To be fair, aku rasa Roy Hodgson (dulu aku memang marah sgt dengan dia ni..) sebenarnya manager yang baik.Cuma mungkin tidak bernasib baik dan macam yang dia pernah cakap, macam mana nak buat kerja sedangkan peminat melaungkan nama pengganti yang lain.Can you imagine that? Honestly aku pun akan rasa benda yang sama.Macam juga masa Benitez yang ketika di dalam regimenya, Owner Liverpoll revealed yg diaorang memang ada offer dan bincang nak bawak Juergen Klinsmann! tak guna betul. No respect at all..Memang la ko owner tapi beretika lah sikit! Dan bayangkan lah ketika zaman Roy, Torres main dah tak sepenuh hati, Gerrard pulak on off dia punyer injured...dan masa tuh terpaksa lah gunakan Ngog, Jovanovic (Benitez yang sign) dan juga Joe Cole (tak bernasib baik sebab red card + injured). Our creative player Benayoun lak blah Chelsea!  Mungkin, mungkin Hodgson tak cukup besar untuk pasukan Liverpool..

Dan musim depan aku hanya tidak mengharapkan sesuatu yang spectacular jauh sekali nak menyamai balik pencapaian kejuaraan kali ke-19 Manchester United , dan hanya untuk permulaan impian aku, aku nak lihat pembelian musim panas ini dan juga performance ketika pre-season.Then baru lah... 


Bill Shankly Said: “If you are first you are first. If you are second you are nothing.”

Saturday, May 21, 2011

Stjarnan FC

Stjarnan FC bukan lah kelab bola sepak yang berdiri sebaris dengan Real Madrid, Barcelona mahupun Liverpool tetapi mereka sebenarnya lebih terkenal oleh aksi-aksi celebration bila players mereka score goal. Just want to share dengan siapa yang tak tahu. Info lebih lanjut klik Stjarnan.












Banyak lagi yang bebudak ni buat..Gi lah tengok kat You Tube tu ha..Berlambak ada! have a nice day!

Friday, May 20, 2011

Is Bukit Jalil National Stadium Ready For Busy Month Ahead?

Are You Ready 'Bukit Jalil National Stadium'?


1. FA Cup Final
2. World Cup Qualification
3.Olympic 2012 Qualification
4. English Premier League Visits


All is in Order!!! Look pictures below..



Ni rumput reverse osmosis agaknya..hahaha

Cantek..memang cantek!


Lenyek lagi bang!


Yang sebenarnya aku bukan pegi buat inspection kat SNBJ ni pun.Aku pegi buat lawatan tapak untuk DIGI. Masuk kawasan dalam stadium, tup-tup aku tengok pagar open dan tak ada orang jaga..Apalagi! bukan senang nak main kat tengah2 tuh.Bukan semua orang dapat! Kena pulak tengah tak da orang..hahahaha.Nasib aku tak bawak bola sebijik.kalau tak mau aku buat gerakan Idlan Talaha yang gelecek 2-3 orang players Indon masa Piala AFF lepas..Malaysia Boleh!

Thursday, May 19, 2011

Where Are They Now?

They were not popular figure in fan eyes but an important thing is they had been at Anfield ranks before..

Zak Whitbread:
Kalau lah Norwich tak layak ke EPL musim depan, tak akan aku perasan mamat ni. Even pengulas kat satu rancangan astro cakap yang dia pernah bermain di Singapore dan ever mentioned yang dia pernah menjadi pemain remaja Liverpool..tapi aku tahu! hehehe.Berasal daripada negara Uncle Sam dan kini berumur 27 tahun 

2004-2005
2009-2011
Alou Diarra
Pemain ini dibawa masuk oleh Gerrard Houllier daripada bayern Munich secara percuma jodohnya bersama Liverpool tidak lama sebelum kembali ke Perancis dan juga gagal menampilkan diri untuk penampilan skuad utama walaupun sekali.Kini beraksi di Bordeaux sebagai kapten dan juga kapten sementara Negara Perancis.
2002-2005

2007-2011
Gabriel Paletta
His notable performance its only when Liverpool lost 3-6 to Arsenal and that was his last in first team shirt before sold to Boca Juniors.His nickname menang dasat! The Drill..sebab tuh Arsenal drill sampai 6 bijik! Kini beraksi untuk kelab Parma di Itali.

2006-2007
2010-

Anthony Le Tallec
Pernah di label sebagai pengganti Zidane oleh pengurus lama Liverpool Gerrard Houlier dan banyak menghabiskan measa sebagai pemain pinjaman sebelum berpindah ke Le Mans dan terkini beraksi untuk Auxerre di Perancis 

2001-2008
2010-

Adam Hamill
Pemain sayap lincah ini pernah dilabel sebagai pengganti Mcmanaman namun tuah nyata tidak berpihak kepadanya dan kini beraksi dengan Wolves yang masih bergelut dengan 'relegation battle' dekat Liga Perdana Inggeris untuk musim 2010/2011

2006-2009
2010-

# Malas nak cerita pasal Torres, Alonso dan Mascerano sebab ramai orang dah tahu.Glamer sangat!.hehe

Tuesday, May 17, 2011

Kevin Prince Boateng's manual on how to be an instant legend at San Siro

Cool..
Awesome..
Brilliant..
Smart Thinking..
Legend..(hehe)

Monday, May 16, 2011

It's Out Of Our Hand Now

Wooo..it's not my fault!
Howard Webb petualang? no doubt yang rekod memang buruk bila mamat botak ni (sorry guna ayat botak..) jadi official referee untuk perlawanan membabitkan Liverpool. Tapi aku yang melihat perlawanan semalam dari minit pertama hingga minit ke-95 (sebab aku mengharapkna keajaiban Suarez.!) memang performance Liverpool  tak seperti 2-3 game sebelum ni. Lucas dan Spearing jelas dibawah tahap sebenar dan paling membuatkan aku risau adalah kemasukkan Andy Carroll kesebelasan utama dilihat agak menggangu kelancaran dibahagian serangan yang dijana Suarez/Kuyt sebelum ini.

Kalau dilihat statistik perlawanan sememangnya Liverpool berhak untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan semalam tapi sejujurnya Liverpool so so so poor! Banyak kali 'so' woooo... DAN even aku adalah kipas susah mati Liverpool tapi honestly aku rasa bukan Howard Webb penyebab! Liverpool failed to create many of clear cut chance and spurs take chance they had! Suarez jelas terbawa2 dengan rayuan untuk free kick yang tidak dilayan Webb, Carroll jelas melalui malam yang patut dilupakan (aduhai mana kepala ko Carroll!!) dan bahagian tengah nyata tidak berfungsi dengan baik! Sebaliknya Modric dan Sandro jelas memberi impak yang lebih berkesan kepada kelancaran bahagian serangan Spurs.Namun satu yang begitu menarik perhatian aku adalah persembahan John Flanagan yang dilihat seperti pemain senior yang membuatkan Lennon dan Pienaar tercari-cari rentak permainan mereka. Dan pemain muda ini tidak bernasib baik apabila 'body contact nya' memberikan penalti untuk Spurs pada separuh masa kedua.

Apapun Liverpool masih berpeluang untuk mengejar tiket terakhir untuk kejohanan eropah musim depan dengan terpaksa mengharapkan Birmingham boleh melakukan sesuatu yang luar biasa di White Hart Lane hujung minggu ini sambil Liverpool mengharapkan persembahan lebih baik di gelanggang Aston Villa.

Full Time Result: Liverpool (0) vs (2) Tottenham Hotspurs 

-DAWSON WAS AWESOME! (Man of the Match)

Saturday, May 14, 2011

Can West Ham escapes from relegation hell?


Sukar dipercayai bahawa selepas 36 perlawanan pasukan yang berada di tangga terakhir adalah Liga Perdana Inggeris adalah West Ham United.Ketika most of football pundits and fans pada awalnya menjangkakan bahawa Blackpool, Wolves, Wigan ataupun West Brom akan berada di situ namun skuad kendalian bekas pengurus Chelsea Avram Grant yang menjadi penghuni regular di posisi itu.

Melihat kepada senarai pemain yang menjadi tonggak The Hammers musim ini seperti Scott Parker, Charlton Cole (pernah menjadi buruan Mr Roy di Liverpool), Demba Ba, Robbie Keane, Robern Green (petualang di pintu gol England..hehe), Matthew Upson, Wayne Bridge dan juga Hitzlsperger, sepatutnya West Ham layak berada di kedudukan yang lebih terpuji! Antara punca utama West Ham berada dikedudukan sukar ketika ini:

Avram Grant Factor:
Clearly he failed to built a team around a winner of Football Writers Award, Scott Parker. Grant juga gagal mencari kombinasi terbaik di bahagian serangan ketika dia mempunyai begitu banyak pilihan iaitu Robbie Keane, Demba Ba, Piquionne, Obinha dan juga Charlton Cole.

On Defending side:
Matthew Upson failed to organize his defensive line.He and Bridge should do better.Too many soft goal and conceded 64 goal in 36 games (2:1 in ratio) adalah bukti yang paling jelas!

Tiada jalan lain dan 6 mata daripada 2 perlawanan adalah mandatory.Less than that and they should prepare to go into new life in Championship League next season! Dan pastinya mereka perlu melupakan seketika tentang bidaan mereka untuk mengambil alih stadium olimpik selepas berakhir temasya itu di London pada 2012.

Stadium yang menjadi rebutan antara WH dan  Spurs
TS had spoken: Its West Ham, Blackpool and Birmingham will be relegates this season.. 
    

FAM OH FAM - Part 2



Tertarik dan menarik sekali artikel yang ditulis rakan Blogger (Saudara Berto) dalam ruangan Sokerleaks tentang  kisah terbaru FAM yang sememangnya hangat dan panas. Nasib baik FAM tak tak sekelompok dengan Persatuan Karyawan Malaysia, Persatuan Seniman dan yang sewaktu dengannya.Kalau tak setakat nak masuk melodi, Fuhh! atau pun Galaksi senang-senang dapat bahan cerita.What really going on! Apakah FAM atau dalam bahasa Sankritnya 'Persatuan Suka-Suka Hati Bolasepak Malaysia' buat kerja main-main atau sebenarnya mereka ini tidak dibayar gaji bak sesetengah pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia..Ohh kemon lah..Aku sebenarnya bukan lah suka menghentam FAM sebab dalam artikel aku sebelum ni pasal FAM aku memang sikit-sikit ada backing diaorang ni.

Tapi kita harus ingat yang Malaysia memang tak boleh lari daripada politik dan sukan. Even yang duduk kerusi-kerusi dalam persatuan sukan majoritinya ahli politik.Nama pun kalau dah politik, memang susah nak bawak bincang...Politik is S**K! (memetik kata-kata one of my Lecturer kat UiTM dulu).Aku tak nak cakap banyak sebab aku nak korang baca sendiri actikel kat link bawah ni haa..

Anyway bro Berto lu memang terbaik for this article that you wrote about FAM ni..So readers, please baca and lu pikir la sendiri..Assalamualaikum... 

Wednesday, May 11, 2011

They Just Deserved It

                           Its can be wrote in less than 60 second but Alex need more 
                                                        than 20 years to achieve it

No Beckham No Problem
No Ronaldo No Problem
No Van Nistelrooy No Problem
No Cantona No Problem
No Peter Schmeichel No Problem


Because Alex had...


Rooney,Hernandez,Nani,Vidic,Evra,Van Der Sar
and many others...


Hard to say and honestly hate to say it but yes...Alex Ferguson was the best in the business!!!


To Liverpool FC - Forget it about our 18th title which stuck in some point for a very long time..Now its time to chase it and i still believe that Kenny Daglish will bring back the title to Anfield soon..

Monday, May 9, 2011

Players Who Can Fit The Bill at Anfield Next Season

No Champions League meant Liverpool will find it hard to get a regular players from 'Champions League' team.We can offer them more money but we cant give them Champions League's action. But it's not the end of the world for Kenny Daglish. I' d list 5 of players who i think can fit the bill with Liverpool in the next summer transfers.

Just Joking..hahahaha
1. Ashley Young (Aston Villa) - One year left in his current contract. He had skills, pace and also good finisher. And the important thing that he is ENGLISH player. Will be regular starter at Liverpool because the reds is lacked of natural wide man who can cause the damage.

2. Peter Odemwingie (West Brom) - Baggies top scorer with 14 goal in 30 games. Cost only 1 mil pound to West Brom during previous summer transfer window.Clinical, blistering pace and high awareness. Also can play upfront or 2nd striker(Versatile).Double his current wage and Liverpool's move will be his dream come true. Surely he is better than Ngog or Jovanovic who clearly will sell out in the next summer transfer

3. Yuto Nagatomo (Inter Milan loaned from Cesena) - After excellent performance at World Cup 2010 followed by at Asian Cup 2011, he spell half of Serie A season at Inter Milan loaned from Cesena. If Inter Milan not interested to this guys, Liverpool should make a move fast. He can provide both attack and defend well and he's only 25 years old. Also Liverpool can boot their marketing plan at Asian Country like Manchester United did before.Aurelio, Konchesky should go!


Nampak? Nampak?
4.Simon Kjaer (Wolfsburg) - He's big money move to 'Volkswagen Beetle' in early season can't help the teams from going to relegation battle. Daniel Agger's partner in Denmark international team had power and strength at ground also in the air.Just 23 years old and perfect replacement for Kyrgiakos.

5. Marko Marin (Wolfsburg) - If Liverpool failed to get Aaron Lennon, they should go for this once called 'German Messi' by football pundit and fans. With Werder Bremen seem no hope for Europe actions next season, Liverpool can nick this guy with fees around 10 mil pound. I can guarantees that Liverpool must to pay a higher price to secure English talent instead German's germ.


'German Messi'..Orang cakapla..
I'm sure that Comolli and Kenny will bring the best player to Anfield during next transfer window!

Sunday, May 8, 2011

My Name is Heurelho Gomes and I'm Error-Prone!


Kalau Spurs tak layak ke Champions League next season, so aku lah PUNCANYA!
Dan kalau Spurs tak layak ke Europa League next season, so aku PUNCANYA!]
Dan kalau Spurs terpaksa jual Spurs best player like Bale, VDV serta Modric dan bukannya aku, juga puncanya aku.
Dan kalau Redknapp kena pecat sebab berada ditangga ke-6 atau ke-7 selepas 38 perlawanan liga musim ini, juga PUNCANYA aku.
Dan aku semangnya aku MAT PUNCA!

If you want to be up 'there', your goalkeeper MUST not HIM

AND...

My Name is Heurelho Gomes and I'm Error-Prone! hahahahaha






Friday, May 6, 2011

5 Interesting Facts About Football

The First Football League
It is generally accepted that the first officially organised league competition in the world was the (English) Football League formed in 1888. Then, it consisted of 12 clubs all of whom were based in the North and the Midlands of England. The very first winners of the Football League Championship were Preston North End.
In 1992 with the influx of megabucks from BSkyB (now called Sky TV), the top teams broke away to form their own league called the FA Premier League.

Today, the original Football League has 3 divisions called; the Championship, Division 1 and Division 2.So that England today has a total of 4 professional football leagues, with teams moving up (promotion) or down (relegation) through the leagues depending on their points tally at the end of each season.


The First Football Association Cup (FA Cup)
The first FA Cup final was played in England in 1872 between Royal Engineers and Wanderers in front of 2,000 spectators. Wanderers ran out 1-0 winners partly because Royal Engineers -- who were the favourites -- lost a player through injury, early in the match, and had to play on with only 10 men since substitutes were not allowed then. The "Challenge Cup", as it was known originally, was the brainchild of Mr. C. W. Alcock of Sunderland who proposed only the year before that "A challenge cup should be established in connection with the Association"; the "Association" being the Football Association, hence the FA Cup.


Royal Engineers - Pictured in 1872

The Oldest Football Club in the World
There have always been many arguments over the oldest football club in the world. Here are some facts to consider though...
The oldest, continuously documented, "football" club in the world is Dublin University Football Club, in the Republic of Ireland, which was founded in 1854. However, the club now plays Rugby Union, not Association Football. For this reason it is not officially recognized as the oldest football club in the world.
Sheffield Football Club -- Sheffield FC -- founded in England in 1857, is recognised by both the English FA and FIFA as being the oldest, continuously documented football club in the world still playing Association Football. They play in the Northern Premier League Division 1 South in England. So they are generally now recognised as being the oldest football club in the world.
But, there is documentation of a "football club" in Edinburgh, Scotland between 1824 and 1841. Several documents still exist today which refer to the "Foot Ball Club" and it's rules. It worked rather like a golf club where members selected teams from their membership to play one another. The club has been now been reconstituted and plays under the name of "The Foot Ball Club of Edinburgh" in an amateur capacity.





The First International Football Match
The first international football match was played between Scotland and England in Glasgow, Scotland on 30th November 1872, in front of 4,000 spectators. The result was a hard-fought 0-0 draw. And of the 110 games played between 1872 and 1999 when the fixture was disbanded, Scotland had won 41, England 45, and 24 games had ended in a draw.


The First Trainer's Dugout
The first ever recorded use of a sunken covered enclosure at the side of the pitch (the dugout) was in the early 1920s at Pittodrie Stadium, Aberdeen, Scotland. The trainer at the time, Donald Coleman, had it built to protect himself while he took detailed notes of his players during matches, as was his practice, and, was partly sunken into the ground so as not to block spectators' views of the game. Visiting teams were so impressed that the idea soon spread throughout the UK and then the rest of the world.


Sumber: EzineArticles.com

Wednesday, May 4, 2011

Barcelona (1) vs (1) Real Madrid - Final Part of El Clasico


Nasib baik aku tak terlajak tido sampai pukul 4.30 pagi. Thanks to my wife yang bagai nak 'rak' kejutkan aku even aku dah kunci sampai tiga bijik handphone.Satu pun tak jalan.Apa pun tak boleh la handphone ni!! Alamak..handphone disalahkan.

Perlawanan terakhir El-Clasico musim ni tak banyak beza dengan 3 perlawanan sebelum ni.Macam biasa Barcelona yang control game and Real Madrid bertahan and serang guna counter attacks. Thats all.Yang lain aksi guling terguling, tolak menolak, maki hamun pengadil, angkat tangan tanda 'piirah pengadil',tackle terbang sana sini tu memang biasa kalau game El-Clasico musim ni. Lebih syok tengok perlawanan derby Liverpool-Everton, Inter-AC dan juga Lazio-Roma.(pendapat aku la). Mungkin Real Madrid terlupa nak tengok camana Real Sociedad kalahkan Barca hari tuh!.Oh patutla terlupa..sebab diaorang pun kalah time tuh..hahaha


Whoooooooarrrrr!!!
Kita rehat-rehat jer dulu, baru satu! - kata Valdes
Kalau referee untuk game ni Ben Williams (baca artikel sini bagi yang dah lupa), memang masak lah player Real Madrid.Tinggal 8 orang jer kot dalam padang after 90 minutes.Nasib baik yang jadi referee untuk game ni Frank de Bleeckere dan dikhabarkan yang monitor dia bukan calang-calang orang. Pierluigi Collina tuh! (baca sini).Dan aku rasa dia buat kesilapan besar masa batalkan gol Higuain pada minit ke-46 dan jika gol itu dikira aku rasa penghujung yang berbeza.Apapun dalam bolasepak kini..Referee always right..hehehe

You just too nice Mr Frank
Kalau nak dikira talent yang ada dalam kedua-dua pasukan, aku rasa level diaorang hampir sama. Barcelona ada Messi tapi Real ada Ronaldo! Barcelona ada Xavi, Real ada Alonso. Pedro pulak lawannya Di Maria (walaupun menghabiskan masa separuh masa pertama tanpa satu pun completed pass!!) But that how Barcelona ended Mourinho and Co. So kalau masa final lawannya Manchester United, dah tentu aku sokong Barcelona (Sebab aku Liverpool beb!). Dan 'kalau' Schalke, mesti aku sokong Schalke..hehe..Ni lah rutin orang yang teamnya tiada dalam Liga Juara-Juara! Sioottt Betul..

Kesimpulan yang aku boleh buat untuk ke empat-empat game El-Clasico ni:

Best Player: Lionel Messi

Best Team: Barcelona

Best Actor: Daniel Alves and Javier Mascerano 

Best Goal : Lionel Messi (during 1 leg of semifinal C.L at Bernabeu)

Best Moment: Mourinho get a red card !

TS word: Lebih Drama Daripada Pertembungan Klasik~

Wordless Wednesday #4


Norwich City FC
.
.
.
.
2009/2010 League One Season - Promoted
.
.
.
.

2010/2011 Championship Season - Promoted

Monday, May 2, 2011

Its all about Liga Super Malaysia 2011




Siapa kata aku tak layan Liga Super tempatan! Cis lancang sungguh mulut-mulut jahat yang berkata-kata itu. Post aku memang lebih kepada liga-liga luar, tapi aku tengok gak liga tempatan ni ha. Tak caya? Tak caya sudah.hehehe..

Jarang-jarang sangat kita dapat tengok begitu sengit sekali dalam pemburuan kejuaraan Liga Super Malaysia. Cuma tahun ni memang dasat! Selangor, Terengganu, Kelantan bersaing begitu hampir sambil diekori oleh Kedah dan juga Perak. 

Pasukan Selangor menunjukkan walaupun kehilangan ayam tambatan mereka di awal musim iaitu Safee Sali yang berhijrah ke Indonesia namun pasukan yang diketuai Amri Yahyah ini masih mampu berada dikelompok atas liga sambil dibantu kapten kebangsaan Safiq Rahim serta regular dalam skuad kebangsaan seperti Amirul Hadi serta Asraruddin Putra. Pasukan Terengganu pula diterajui barisan serangan yang diketui penjaring terbanyak pasukan Abdul Hadi Yahya dan juga penyerang kebangsaan Ashari Samsudin nampak masih mengekalkan momentum di kala perlawanan hanya berbaki 6 perlawanan sajaha.


Akmal kembali menemui sentuhan jaringan 

Pendahulu senarai penjaring terbanyak liga saat ini


Kelantan yang dikendali Datuk M.Karathu pula masih menagih bisa permain paling bernilai MSL musim lalu yang kini megumpul 12 gol selepas 16 perlawanan iaitu Idlan Talahan sambil dikebalkan di pintu gol oleh penjaga gol terbaik MSL musim lalu iaitu Kahirul Fahmy Che Mat. Kedah seperti biasa masih menggunakan pendekatan pemain muda yang kini dibimbing Wan Jamak sambil Perak kembali dalam kumpulan pasukan pilihan setelah beberapa musim hanya menghuni kelompk bawahan liga. Kebangkitan mereka pastinya dijana oleh kehadiran bekas pemain penyerang kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang pernah berguru di Perancis.

Harimau Muda? Aku sebenarnya menjangkakan pasukan bimbingan Ong Kim Swee ini berada di kedudukan yang lebih tinggi memandangkan pasukan ini adalah pasukan yang dipenuhi dengan pemain kebangsaan di pelbagai peringkat.Namun kemungkinan jadual ketat dalam menempuh perlawanan dalam liga dan tuntutan perlawanan peringkat antarabangsa nyata memberi kesan kepada pemain Harimau Muda..Rasanyalah..

Dengan berbaki 6 perlawanan, sukar menentukan siapa yang bakal menjadi juara liga dan kemungkinan besar ianya hanya akan dapat ditentuka pada perlawanan terakhir liga..Malaysia Boleh!

P/s: Cuma sedih kekadang melihat kebanyakkan padang pasukan yang bertanding mempunyai permukaan yang tidak rata sekaligus merencatkan permainan..adoiiii..

Champion to Championship

Malas betul nak post satu-satu, so aku post semua kat dalam ni..jimat masa dan tenaga segala..yess

Oppss.tak gol kot..-Gomes
Chelsea vs Spurs: (2-1)
Torres cant score? who cares sebab gol Lampard dan Kalou memberikan 3 mata berharga kepada Ancelotti dan anak buahnya. Old Trafford here we comes! 
Spurs? Dream continue..

Liverpool vs Newcaste: (3-0)
Telahan aku ternyata salah.Yes honestly aku memang memandang rendah keupayaan pemain muda Liverpool sebelum ni. Jay Spearing, Robinson, Flanagan dan juga Jonjo Shelvey semasa dibawah tampuk Roy Hodgson aku tak nampak sinar untuk pemain-pemain muda ni tapi di bawah Daglish semuanya nampak baik dan paling bagus adalah nampak HARAPAN! Martin Kelly dan juga Lucas sudah bersedia menjadi pemain tonggak untuk Liverpool. Tapi Suarez dan Kuyt memang berada dalam kelas tersendiri. 

Under Kenny Daglish, its a normal view..
Arsenal vs Manchester United: (1-0)
Race ON! Bila masa kau perlu menang ko kalah, dan bila kau dah tak perlu menang sangat, kau menang pulak!Walaupun Fabregas tak ada.
Alex, belum lagi okay! 
Kau pergi depan gol dan score untuk aku cepat!
Man City vs West Ham: (2-1)
Mancini boleh tersenyum lebar sebab 7 mata di atas pasukan tempat kelima hampir menjamin tempat ke Liga Juara-Juara musim depan dan untuk West Ham, bersiap sedia untuk Mega Sale dihujung musim dan yang tidak dijual, gaji anda akan dipotong..hahaha

* Waiting for next week EPL game!..YNWA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...