Monday, May 16, 2011

It's Out Of Our Hand Now

Wooo..it's not my fault!
Howard Webb petualang? no doubt yang rekod memang buruk bila mamat botak ni (sorry guna ayat botak..) jadi official referee untuk perlawanan membabitkan Liverpool. Tapi aku yang melihat perlawanan semalam dari minit pertama hingga minit ke-95 (sebab aku mengharapkna keajaiban Suarez.!) memang performance Liverpool  tak seperti 2-3 game sebelum ni. Lucas dan Spearing jelas dibawah tahap sebenar dan paling membuatkan aku risau adalah kemasukkan Andy Carroll kesebelasan utama dilihat agak menggangu kelancaran dibahagian serangan yang dijana Suarez/Kuyt sebelum ini.

Kalau dilihat statistik perlawanan sememangnya Liverpool berhak untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan semalam tapi sejujurnya Liverpool so so so poor! Banyak kali 'so' woooo... DAN even aku adalah kipas susah mati Liverpool tapi honestly aku rasa bukan Howard Webb penyebab! Liverpool failed to create many of clear cut chance and spurs take chance they had! Suarez jelas terbawa2 dengan rayuan untuk free kick yang tidak dilayan Webb, Carroll jelas melalui malam yang patut dilupakan (aduhai mana kepala ko Carroll!!) dan bahagian tengah nyata tidak berfungsi dengan baik! Sebaliknya Modric dan Sandro jelas memberi impak yang lebih berkesan kepada kelancaran bahagian serangan Spurs.Namun satu yang begitu menarik perhatian aku adalah persembahan John Flanagan yang dilihat seperti pemain senior yang membuatkan Lennon dan Pienaar tercari-cari rentak permainan mereka. Dan pemain muda ini tidak bernasib baik apabila 'body contact nya' memberikan penalti untuk Spurs pada separuh masa kedua.

Apapun Liverpool masih berpeluang untuk mengejar tiket terakhir untuk kejohanan eropah musim depan dengan terpaksa mengharapkan Birmingham boleh melakukan sesuatu yang luar biasa di White Hart Lane hujung minggu ini sambil Liverpool mengharapkan persembahan lebih baik di gelanggang Aston Villa.

Full Time Result: Liverpool (0) vs (2) Tottenham Hotspurs 

-DAWSON WAS AWESOME! (Man of the Match)

3 comments:

sale_ehs gerrard said...

bila x der meireles, nmpk tengah goyang....

rabunmerah said...

rasanya kuyt tak main posisi biasa dia main...betul ker?..tak sure lak aku hehehe

Carrol tak fit, dan caragher memang pantang nampak carrol semua dia lambungnya macam NBA

Hadzeri said...

kuyt maen di posisi laen..kemasukan Andy Carroll merencatkan serangan Liverpool..lembap btol mamat tue berlari..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...