Tuesday, May 31, 2011

My Name is Paul Scholes and I'm Off now!


Berakhir sudah perjuangan Paul Scholes dalam arena bola sepak antarabangsa apabila dia mengumumkan persaraan hari ini. Even aku adalan kipas-susah-mati Liverpool tapi aku memang cukup-cukup respek dengan mamat ni. At 36 years old, he still can offered something to the team like Manchester United! Kalau pemain-pemain lain mau dah kene halau dengan Alex Ferguson tak pun kene kasut kat dahi macam Beckham dulu!

Bagi aku Paul Scholes adalah antara 3 pemain tengah terbaik pernah di hasilkan EPL bersama-sama dengan Xabi Alonso dan Steven Gerrrad. 676 penampilan bersama sekuad utama, hampir 150 gol dan juga 10 gelaran EPL menceritakan segalanya tentang karier gemilang bersama Manchester United. Bertubuh kecil, mempunyai keupayaan melakukan hantaran dengan tepat dan mempunyai rembatan yang cukup digeruni adalah senjata pemain bernama Paul Scholes ini.

Bersara daripada skuad England pada umur 29 tahun atas sebab nak tumpukan kepada kelab tidak pernah meredakan namanya daripada disebut2 untuk kembali kepada pangkuan pasukan England.Sven Goran Eriksson dan Fabio Capello juga pernah memujuk pemain ini untuk kembali tetapi gagal. Hebat sungguh pemain ini.Kalau dekat Malaysia, pemain umur yang dah lepas 30-an ni rata-rata dah 'bungkus' ataupun meneruskan karier di pasukan-pasukan kelab tapi bukan Paul Scholes!

Walaupun kadangkala sifat 'degil' nya yang selalu dapat kad merah diwaktu yang tak dijangka, kehebatan dan keupayaannya menutup segala kelemahan sehinggakan Xavi pernah berkata bahawa Scholes adalah pemain terbaik pernah disaksikan manakala lagenda bolasepak Perancis Zidane menyatakan bahawa mamat ini almost untouchable!(baca) Hebat tak? memang hebat! Dan hanya Piala Dunia serta Piala Eropah bersama England yang belum dikecapinya.

Dan aku tak perlulah menulis lebih panjang lebar tentang pemain ini sebab whoever yang 'hardcore' on football know this guy! Honestly bagi aku, sukar dicari ganti! Absolutely CLASS!

TRIBUTE TO PAUL SCHOLES


2 comments:

rabunmerah said...

giler ahh mamat ni..gol dia hampir keseluruhan jenis rembatnyer...

Tengku Firmino said...

kalau lah aku boleh rembat cenggitu..mau scholes bersara lagi awal..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...