Monday, May 23, 2011

J.A.N.J.I



Ada ini player No.8 dalam padang
mesti 'untun' punya!
Janji? ahh sudah la.Aku dah muak dengan janji-janji palsu..Ohhw..Sori2 ingat off-record.Rupanya aku sendiri yang record! hahaha.Tamat sudah season terbariu EPL dengan Liverpool mengesahkan kedudukannya sebagai pasukan ke-6 terbaik liga! Ke-6 jer.Ya, ramai blogger2 dan fans diluar sana majoritinya melihat 'sinar' untuk pasukan Liverpool musim hadapan dengan kehadiran Kenny Daglish dan Owner baru yang dilihat agak meyakinkan..sama yakin aku tengok ketika Liverpool menerima owner sebelum itu iaitu Tom Hicks + George Gillet (satu dunia pakai Gillet, mesti kaya owner..pada anggapan pertama aku!). Yes, aku akui Kenny berjaya membawa Liverpool keluar dari kelompok durjana yang ditinggalkan sehingga mampu mencabar untuk tiket ke kejohanan eropah tapi AKHIRNYA terkulai setelah back-to-back defeat to Spurs (at home) and Aston Villa in the last game. Dan ini aku punya summary untuk musim 2010/2011 dan sama ada korang setuju ataupun tidak, korang terima jer lah..huhuh..

Tengku's Summary

Lupakan seketika tentang perlantikan Kenny Daglish sebagai pengurus baru. Ya dia memang ada aura dan sememangnya terbaik buat Liverpool ketika ini.Namun jika dinilai keseluruhannya bagi aku musim ini sama dengan musim lepas.GAGAL!..Kita gagal ke Champions League juga ke Europa League untuk musim depan.Kita tewas piala FA kepada Manchester United dan Europa League kepada Braga. Kita tewas kepada Spurs ketika di 'critical point' kat Anfield dan seterusnya tempat itu dirampas oleh anak-anak buah Harry Redknapp! Sakit betul hati aku.Dengan itu aku tertanya-tanya adakah Liverpool mampu menjelmakan harapan ketika berada di dalam tekanan atau hanya mampu beraksi hebat ketika berada di zon selesa (ketika itu Liverpool tiada apa yang hendak dikejar dan hanya ingin menamatkan musim di tempat terbaik). Kita lihat bagaimana tersungkurnya Arsenal ketika mengejar 4 kejuaraan dan ketika tewas kepada Birmingham di final Piala Liga (tekanan yang tidak dapat dihandle oleh anak-anak muda).Aku cukup tertarik dengan pundit di satu rancangan Astro bulan lalu (lupa dah..) dimana panelnya begitu memuji pemain2 Liverpool termasuk pemain muda macam Jay, Flanagan dan juga Robinson namun ada seorang yang tetiba mengutarakan..''its to soon, can they take Liverpool to another level? '' Dan setiap musim aku telah dijanjikan dengan harapan palsu dan musim depan juga aku akan menggunakan pendekatan yang sama.Tunggu dan lihat sebab penyakit utama Liverpool adalah KONSISTEN..separuh musim bagus separuh musim hancur..must be balance!  Penyakit ni menyerang hampir setiap musim..sebab tu Liverpool biasanya out as title contender pada ketika nak masuk bulan January! Kalaulah Robbie Fowler, Michael Owen, Sami Hyypia, Fernando Torres, Xabi Alonso, Luis Garcia, Pepe Reina, Carragher, Danny Murphy dan Mcmanaman datang pada waktu dan ketika yang hampir sama..What a squad that was! Carroll? masih jauh dan banyak lagi yang perlu dibuktikan dengan nilainya 35 juta pound..

Sedikit mengubat hati aku yang sedang lara ini adalah macam mana Kenny Daglish layan pemain2 muda Liverpool yang pada satu ketika aku sampai tertanya-tanya kenapa Liverpool failed to produce a very good young player..Takkan tak ada langsung! yang ada pun suam-suma kuku.Butakan manager-manager sebelum ini, atau mereka memang tak cukup bagus atau mereka tak diberi peluang..Bagi aku satu jer..kalau kita tak diberi peluang.macam mana kita nak buktikan diri kita boleh! Kalau Ronaldo tak diberi peluang bermain dengan Manchester United dulu, takkan dia jadi pemain termahal di Real Madrid sekarang ni. Dan terbukti formula dan teori Kenny sememangnya betul lagi tepat sebab kita dapat lihat betapa Jay Spearing lebih bagus dari Poulsen, Flanagan lebih 'fit' dan hebat daripada Aurelio, mungkin setanding dengan Martin Kelly (nasib tak baik sebab injured) dan pemain-pemain lain seperti Raheem Sterling, Wisdom, Morgan, Coady dapat tempat di bangku simpanan.

To be fair, aku rasa Roy Hodgson (dulu aku memang marah sgt dengan dia ni..) sebenarnya manager yang baik.Cuma mungkin tidak bernasib baik dan macam yang dia pernah cakap, macam mana nak buat kerja sedangkan peminat melaungkan nama pengganti yang lain.Can you imagine that? Honestly aku pun akan rasa benda yang sama.Macam juga masa Benitez yang ketika di dalam regimenya, Owner Liverpoll revealed yg diaorang memang ada offer dan bincang nak bawak Juergen Klinsmann! tak guna betul. No respect at all..Memang la ko owner tapi beretika lah sikit! Dan bayangkan lah ketika zaman Roy, Torres main dah tak sepenuh hati, Gerrard pulak on off dia punyer injured...dan masa tuh terpaksa lah gunakan Ngog, Jovanovic (Benitez yang sign) dan juga Joe Cole (tak bernasib baik sebab red card + injured). Our creative player Benayoun lak blah Chelsea!  Mungkin, mungkin Hodgson tak cukup besar untuk pasukan Liverpool..

Dan musim depan aku hanya tidak mengharapkan sesuatu yang spectacular jauh sekali nak menyamai balik pencapaian kejuaraan kali ke-19 Manchester United , dan hanya untuk permulaan impian aku, aku nak lihat pembelian musim panas ini dan juga performance ketika pre-season.Then baru lah... 


Bill Shankly Said: “If you are first you are first. If you are second you are nothing.”

5 comments:

Una said...

pada pendapat saya, liverpool kadang2 over confident.. sebelum game dah canang boleh menang.. selalu nya bila over confident liverpool mst kalah.. maybe diorang under estimate pasukan yg bawah2 sbb tu selalu kalah dgn team bawah..

Tengku Sidek said...

itu satu..dan lagu SATU masalah terbesar adalah utk mcm mana nk kluarkan diri daripada jeratan sejarah yg sentiasa mengekor kemana sahaja Liverpool pergi..History sometimes made our life so hard..

Anonymous said...

tahun depan x harap sangat champ epl.. dapat top 4 pun dah cukup baik.. kejayaan x datang dengan segera..city yang berbelanja besar pun x boleh nak fight untuk juara epl. apa yang pasti tahun depan akan lebih mencabar.. dengan kebangkitan spurs & city semenjak last season,perebutan untuk top 4 makin hangat.. harap liverpool dapat membeli 3-4 orang quality player untuk season depan. YNWA....

Tengku Sidek said...

yup...3-4 player 'world class' masuk..Liverpool akan lebih berupaya mencabar gelaran..hehehe..

hadzeri said...

Liverpool kalo nk mencabar kejuaraan utk next season, performance kene maintain baik...x leh kejap ok n kejap kureng ok..nk jd juare EPL utk next season cm susah jer..tp kalo leh dpt top 4, itu sudah cukup bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...