Friday, December 10, 2010

Tahukah Anda??

Hari jumaat ni biasalah engine nak buat kerja-kerja ofis memang agak slow sikit.So berblogging sat no..hehe..Saja nak bagi info pasal bola ni kat korang sumua..Memanjang serius pun tak elok juga.Sesekali kena jugak rileks2 dan tenang.Tak banyak tapi cukup la untuk pengetahuan korang yang minat dengan apa2 berkaitan dengan bola ni..

1. Cristiano Ronaldo dibeli dengan harga lebih kurang 12 juta pound daripada kelab Sporting Lisbon dan dijual kepada Real Madrid dengan harga 80 juta pound (Rekod Dunia tuh.Pandai betul Alex berniaga)

2. Robbie Fowler merupakan pemegang rekod terpantas menjaringkan hatrik dalam English Premiership pada tahun 1994 ketika berumur 19 tahun menentang Fulham(my idol tuh)

3. Pemain termahal yang pernah dibeli Liverpool ialah Fernando Torres.Jumlah wang yang dibayar Liverpool kepada Atletico Madrid adalah kira-kira 24 juta pound.

4. Pemain utama Jerman Mesut Ozil berketurunan campuran Turki-German. Dia memilih untuk mewakili Jerman pada peringkat antarabangsa dikala pada masa sama dia juga boleh memilih untuk mewakli Turki.

5. Sergio Aguero adalah menantu kepada Diego Armando Maradona. (Dari bola kepada bola jugak..huhuu)

6. Arsenal merupakan pasukan kedua dalam sejarah yang menikmati gelaran Liga Inggeris disertakan tanpa tewas sepanjang 38 perlawanan iaitu pada 2003/04.Pasukan pertama yang melakukannya adalah Preston North End pada tahun 1988/99.

7.Malaysia pernah menduduki tangga ke-75 dunia dalam Ranking FIFA yang dikeluarkan pada tahun 1993.

8. Lim Teong Kim merupakan jurulatih tempatan yang paling berjaya diluar negara.Kini dia melatih skuad simpanan Bayern Munich. Thomas Mueller (penjaring terbanyak World Cup 2010) menyebut nama beliau ketika ditemuramah di Afrika Selatan.

9. Antara kelayakan untuk mendapatkan permit bagi bermain di dalam Liga Perdana Inggeris ialah negara yang diwakili ranking FIFA nya mestilah tidak lebih dari ke-70 dunia.(Payah la pemain Malaysia macam ni)


10. Penyerang antarabangsa England Dean Ashton terpaksa bersara pada usia 26 tahun kerana kecederaan yang serius. (sayang pada usia muda dah bersara..All the best to you Deano)


Sekian..berjumpa lagi..:-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...