Thursday, December 2, 2010

Indonesia (5) vs (1) Malaysia - Match Day 1 Suzuki AFF 2010

Headline yang tak ingin kita baca bila beli surat khabar hari ni..

Sedih, kecewa, marah, terkilan ..semuanya ada!! Bermula dengan garang apabila Idlan Talaha menukar gegak gempita Bung Karno kepada sunyi sepi apabila merembat masuk hasil gerakan menarik Safee disebelah kiri.Namun 70 minit selepas itu menjadi milik Indonesia dengan 5 gol dijaringkan dalam tempoh berikut. Indonesia layak untuk menang tetapi Malaysia juga tidak layak untuk tewas besar seperti itu kerana kelima-lima gol yang dijaringkan sebenarnya adalah kesilapan individu pemain-pemain Malaysia sendiri. Dan perlawanan seterusnya menentang Thailand adalah ibarat hidup dan mati kerana menang adalah dicari.Tewas atau seri, skuad K.Rajagopal boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan kali ini walaupun secara matematik kita masih boleh layak.Rating untuk pemain Malaysia melalui pendapat aku (atau dikenali dengan nama Tengku's Rates seperti berikut;

Sharbinee Allawee(5/10): 5 Gol yang dilepaskan mungkin boleh dikurangkan jika tindakan refleks dia lebih pantas dan dilihat kurang berkomunikasi dengan pemain pertahanan(bising la sikit).Khairul Fahmy patut diberi ruang untuk next game

Razman Roslan(4/10): Diberi malam yang sukar oleh pemain yang ala2 'toyol', OKTO berjersey No.10. Bertanggung jawab untuk gol pertama yang dijaringkan Asraruddin.

Asraruddin Putra(3/10): Satu untuk gol sendiri dan kesilapan menahan bola untuk gol ke-4 Indonesia menjadikan dia antara punca Malaysia kalah teruk.Tidah nampak sebagai pemain yang pernah menjalani latihan dengan skuad remaja PSV Eindhoven.Sabree Abu patut mengambil alih tempatnya.

Muslim Ahmad:(5/10): Persembahan yang biasa dan nyata gagal dalam membentuk pertahanan yang mantap kerana dia adalah antara pemain paling 'senior' dalam skuad kebangsaan  untuk bahagian pertahanan.Kurang aggresive.

Fadhli Shas(4/10): Punca gol ketiga Indonesia apabila gagal menghalang bola dengan baik menyumbnag kepada gol ketiga tuan rumah.Juga gagal dalam menghalang gol pertama apabila timing tackle nya terhadap OKTO tidak tepat.

Amri Yahyah(5/10): Baik ketika menyerang, tetapi agak lambat turun menbantu bahagian pertahanan apabila diserang.Nampak kurang cergas.Gurusamy atau Amar patut berada dalam kesebelasan kerana Malaysia agak kucar kacir ketika bertahan kerana tiada pemain yang natural untuk posisi tengah bertahan malam tadi

Safiq Rahim(6/10): Bertungkus lumus menggerakkan bahagian tengah dan meletakkanya diposisi tengah bertahan adalah satu percaturan silap.Perlu dikekalkan untuk next game

Amirulhadi Zainal(5/10): Decent game,controlling and his positioning is GOOD tapi gagal melakukan backtracks dalam banyak situasi.Crossing juga lemah dan tidak tepat.Perlu dikekalkan untuk next game

S.Kunanlan(6/10): Rajin ketika menyerang dan bertahan.Perlu dikekalkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan berikutnya.

Safee Salee(6/10): Kredit diberikan untuknya bagi gol pertama,kadangkala agak lambat naik ke atas ketika menyerang.Perlu dikekalkan untuk next game

Idlan Talaha(7/10): Permain terbaik Malaysia malam tadi.Menjaringkan gol pendahuluan minit ke-18.Kawalan bola agak baik dan juga melakukan beberapa percubaan merbahaya.Pantas dalam melakukan driblle terhadap pihak lawan. Perlu dikekalkan.

Kita mungkin mudah untuk menyalahkan k.Rajagopal dalam formasi dan pemain yang dipilihnya tapi beliau involved in day to day training, so he is well known about his tactics and player which suitable tapi meletakkan dua pemain tengah menyerang menggunakan formasi 4-4-2 mungkin boleh dipertikaikan. Seperti meletakkan Kaka dan Robinho dibahagian midfield tengah..Namun Malaysia masih mempunyai 2 perlawanan untuk menebus aib!! Ayuh Malaysia!!! buktikan kita boleh...

                                  marilah bergoyang..ewah2..





Penjaring Perlawanan Indonesia vs Malaysia :
Malaysia : (18') Norshahrul Idlan Talaha 
Maldives : (22') Asraruddin Putra Omar (Own Goal) , (33') Cristian Gonzales , (52') Muhammad Ridwan , (76') Arif Suyono , (92+') Irfan Bachdim 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...