Sunday, December 12, 2010

Sekitar Perlawanan AKhir Piala Emas Raja-Raja 2010 - Edisi ke-70



Kelantan semalam melengkapkan tahun gemilang untuk 2010 apabila merangkul kejuaraan Piala Emas Raja-Raja 201.Setelah Skuad Liga Super menjulang Piala Malaysia bulan lalu, mereka menutup tahun 2010 dengan bergaya apabila menewaskan Kedah dalam perlawanan akhir di Stadium Mohamad ke-4 malam semalam.Kelantan yang diketuai pemain berpengalaman Sarudy Aziz(Kapten), Shahrizan Ismail dan Nik Fadly Nik Leh berjaya menyingkirkan Pasukan Kedah yang dibantu dua pemain Liga Super iaitu Shafizan Hashim yang bertindak sebagai kapten pasukan dan Fauzi Shaari.Permainan di atas padang botak dan sedikit becak semangnya tidak banyak membantu kedua-dua pasukan dengan permainan banyak berlegar-legar ditengah padang.Kedudukan yang terikat 0-0 selepas masa tambahan memaksa penentuan dilakukan melalui sepakan penalti dan mana Sharizan Ismail menjadi wira Kelantan untuk Red Warriors menang 4-3. Walaupun ianya dianggap sebagai kejohanan kelas ke-2,kejohanan ini tetap ada nilainya kerana ianya merupakan satu platform untuk pemain-pemain muda memperagakan bakat-bakat mereka.Sekali lagi ucapan tahniah kepada pasukan Kelantan.

*TAHUN 2010 MEMANG KELANTAN YANG PUNYA!!!..(bilalah JOHOR nak jadi hebat macam ni..Kali terakhir tahun 1991 semasa Johor menang berganda - Liga dan Piala Malaysia)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...