Monday, December 20, 2010

K.Rajagopal vs Alfred Riedl

K.Rajagopal vs Riedl

Semua sudah tahu yang final Suzuki AFF Cup 2010 akan menemukan Indonesia dan Malaysia dalam perlawanan akhir timbal balik pada 26 Disember dan 29 Disember 2010.Perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan yang kedua akan berlangsung Gelora Bung Karno Indonesia.Jika dilihat diatas kertas dan prestasi pasukan sebelum ke gerbang akhir, Indonesia dilihat mempunyai kelebihan dari segala aspek untuk muncul juara pada edisi kali ini. Diperkuat dengan kehadiran awang import Chistian Gonzales dari Uruguay yang meneraju bahagian serangan serta bantuan daripada speddy Okto setakat ini nampak membuahkan hasil. Pasukan yang diketuai oleh pemain tengah berpengalaman  Firman merupakan pasukan yang mengamalkan corak menyerang dan sesekali membuat counter-attack yang cukup pantas. Keupayaan Firman yang mampu melakukan hantaran pendek dan jauh dengan tepat merupakan penggerak utama yang harus diawasi terutamanya oleh Safiq and Amar Rohidan. Dia juga mampu mengawal bola dengan baik.Satu daripada aspek yang kurang daripada pemain negara kita.


Kapten pasukan skuad kebangsaan walaupun hanya baru berusia 23 tahun
Apa yang menarik, kedua-dua pengendali merupakan bekas pemain penyerang semasa zaman muda mereka dan seharusnya menjanjikan final yang klasik.Ketika Indonesia tampak akan menggunakan corak menyerang, rakan sejawatnya di kem Malaysia pula dilihat lebih menggunakan pendekatan taktikal bertahan dan serang balas. Diketua oleh kapten pasukan Safiq Rahim, pasukan Malaysia dilihat sepanjang kejohanan agak perlahan dan kurang  berkesan dibabak pertama dan mengubah sedikit corak di babak kedua dengan pendekatan permainan yang lebih pantas. Kekuatan pasukan Malaysia dilihat terletak kepada keupayaan Idlan Talaha dan S.Kunanlan melakukan larian dan penyudah berbisa Safee Salee serta disiplin di bahagian pertahanan.Kelemahan nyata yang perlu diperbaiki segera adalah dari segi hantaran yang dijana daripada bahagian tengah oleh Amar Rohidan dan Safiq Rahim. Ada ketikanya mereka kerap melakukan kesilapan walaupun untuk hantaran pendek sekaligus membantutkan serangan yang ingin dilakukan.


Christian Gonzalez.Pemain penyerang berbahaya Indonesia yang berasal dari Uruguay.Nama Islamnya, Mustafa Habibi 
Indonesia memiliki kelebihan psikologi kerana menang besar 5-1 ketika di peringkat kumpulan dan akan dijangka meenggunakan ramuan sama dalam pertemuan pertama Ahad ini.Kelebihan juga dimiliki pasukan Sang Garuda ini kerana dibahagian simpanan mereka mempunyai barisan pemain yang mampu mengubah keputusan perlawanan seperti Bambang Pamungkas, Eka Ramdani dan F.Utina sementara Malaysia hanya mempertaruhkan Kyrill Muhymeen yang dilihat mampu mengubah keputusan perlawanan jika perlu.Pemain2 seperti Izzaq, Fakhri serta Gurusamy memerlukan masa untuk menjadi seorang pemain yang berkaliber.Namun kemampuan skuad negara melangkah ke perlawanan akhir perlu disisipkan dengan pujian kerana bukan mudah bagi pemain yang rata-rata berusia 24 tahun ini mengenepikan pasukan pilihan Thailand and Juara Bertahan edisi lepas Vietnam.Kelibat Khairul Fahmy sekali lagi ditagih untuk mengawal kubu Malaysia agar tidak mudah dibolosi dan dilihat mempunyai potensi yang amat cerah di masa hadapan.Riedl juga sudah memberi amaran kepada anak-anak buahnya bahawa pasukan Malaysia yang ditewaskan 5-1 pada perlawanan pembukaan adalah pasukan yang berbeza untuk aksi final nanti.


Harap2 stadium SNBJ akan menjadi lautan kuning hitam/biru Ahad ini..


Tengku's Prediction for 1 leg match:
Malaysia 2-1 Indonesia



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...