Friday, December 24, 2010

FAM OH FAM...



FAM atau nama penuhnya Football Association Malaysia, juga dikenali dalam bahasa melayu iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia ditubuhkan pada tahun 1933.Bernaung dibawah persatuan FIFA pada 1956 dan dibawah AFC pada 1954.Aku bukan lah nak ceritakan perihal sejarah FAM, tapi lebih kepada nasib yang diterima oleh FAM ketika ini.Nak tahu lebih details pergilah laman web rasmi FAM sendiri ataupun search je dengan enjin carian google, yahoo atau yang lain-lain.

Semenjak akhir-akhir ini, populariti FAM dilihat semakin meningkat dan diberikan perhatian peminat bola sepak tempatan bermula dengan kontroversi kemunculan Skuad Harimau Muda A & B dan juga penyertaan Harimau Muda dalam kancah liga bolasepak tempatan.Setelah itu kita ‘dikejutkan’ dengan kemampuan K.Rajagopal menggapai emas di sukan SEA Laos yang ketika itu dianggap mustahil. Ditambah dengan kontroversi penyertaan Skuad Harimau Muda di Slovakia serta penyingkiran Azrai Khor sebagai Ketua Jurulatih Harimau Muda. Keterujaan peminta bola sepak tempatan semakin dirasai dengan kemampuan pemain muda kita layak kepusingan ke-2 Sukan Asia Ghuangzhou dan kini kita digerbang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang akan berlangsung secara timbal balik pada 16 Disember and 29 Disember ini.Apa yang ingin aku kupaskan disini bukan lah perkembangan pasukan bola sepak tempatan tetapi berkenaan FAM itu sendiri.

Sebenarnya menyalahkan FAM atas kemerosotan tahap mutu bolasepak Malaysia diperingkat antarabangsa adalah satu persepsi yang kurang tepat.Bagi aku, pelbagai usaha telah dilakukan FAM sejak 15 tahun lalu dalam menaikkan mutu bola sepak Negara yang dipandang dengan sebelah mata oleh pelbagai pihak.Mengaitkan bola sepak negara dengan kepentingan politik adalah sesuatu yang subjektif dan besar untuk dibincangkan oleh kita.Lupakan tentang perkara itu sejenak.Sebenarnya pelbagai tuduhan dilemparkan kepada FAM akibat daripada kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad bola sepak negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lihat sahajalah semasa kita mempamerkan prestasi teruk semasa Piala Asia 2007 dan juga kekalahn 1-5 kepada Indonesia pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.’’Bubarkan FAM, FAM bodoh, semua letak jawatan, kenapa FAM tak panggil pemain itu dan ini dan macam-macam lagi sehinggakan pembahagian tiket sebanyak 15000 kepada Indonesia baru-baru juga dijadikan satu isu untuk menghentam FAM. Jika dilihat dari sudut berbeza, FAM sebenarnya telah banyak memberi ruang kepada pemain untuk mengembangkan karier mereka diluar sana.Kita pernah menghantar Akmal Rizal dan Juzaili Samion di Perancis, Asrarudin Putra ke PSV, Khalid Jamlus ke Jerman dan beberapa pemain lagi namun semuanya gagal kekal lama disana.Adakah kegagalan yang diterima pemain-pemain harus ditujukan juga kepada FAM. Hmm entahlah..

Dalam usaha FAM untuk menjadikan liga tempatan menjadi lebih kompetitif, dibenarkan pemain import beraksi namun apa yang sering terjadi adalah masalah gaji dan prestasi pemain import yang dipilih. Siapakah harus dipersalahkan? Takkan FAM jugak!! Dalam era professional, setiap pasukan bertanding seharusnya mencari dana sendiri selain geran tahunan yang diberikan FAM bukannya hanya mengharapkan duit FAM sehinggakan FAM sendiri terpaksa menetapkan harga siling bagi gaji pemain.Sampai macam tu sekali usaha FAM untuk membantu pasukan-pasukan agar dapat bersaing dalam liga tempatan. Mengulas pula pembahagian tiket kepada Indonesia sebanyak 15000 baru-baru ini, banyak pihak mengatakan FAM tidak berfikir dengan waras kerana mebuat keputusan tersebut namun bagi aku keputusan yang dibuat sebenarnya fair kepada kedua-dua pasukan. Jika kita lihat rekod kedatangan peminat bola sepak tempatan ke stadium untuk melihat pasukan Malaysia bermain sebelum ini, kita harus faham dengan keputusan ini. Lebih-lebih lagi permintaan itu dibuat secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PBSI) terhadap FAM.Perlukah kita menyalahkan FAM jika di stadium Bung Karno nanti penyokong bola sepak Malaysia tidak sampai 1000 orang walaupun dijanjikan tempat duduk sehingga kapasiti 15000 orang. Memandangkan ramai penduduk Indonesia yang berada di sini, tidak salah rasanya tindakan FAM itu. Peringkat separuh akhir menentang Vietnam juga dilihat banyak tempat duduk yang masih boleh diisi.Siapa yang harus disalahkan..kita sendiri sebenarnya.Persatuan bola sepak negeri seharusnya menjadi mata dan telinga kepada bakat-bakat pemain bola sepak yang ada kerana tidak mustahil untuk kita jumpa satu lagi bakat mirip Allahyarham Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun. Kita bukannya negara-negara miskin yang tiada kemudahan bolasepak tetapi kita memiliki kemudahan antara yang terbaik di Asia ini khususnya.Semuanya tidak mustahil jika kita berganding bahu dan semua pihak menjalankan peranan masing-masing dengan penuh professional dan rasa tanggungjawab. Aku bukanlah menyokong semua keputusan yang FAM buat selama ini, tetapi cuba lah kita pandang dari sisipan positif terhadap FAM ini.Mungkin juga pendapat aku ini betul dan mungkin juga salah, namun niat kita semua tetap sama.Kita sama-sama ingin melihat kejayaan pasukan bola sepak negara!!!

*Janganlah penonton tempatan tidak penuh di dalam SNBJ gara-gara pergi ke konsert ROCK THE WOLRD!!!Siapa harus dipersalahkan jika itu berlaku..takkan FAM juga???


2 comments:

Berto said...

x dinafikan FAM sbenarnya mmg banyak penglibatan dalam menambah baik mutu bolasepak Malaysia. Kejayaan ke final AFF Cup pon salah satu hasil usaha FAM hantar team ke europe dan memperjenamakan-semula Liga Super.

cuma, banyak sangat politiking dlm pentadbiran. mereka buat kerja, tapi kdg2 mereka pilih kroni dan berat sebelah dlm setiap keptusan yg dibuat.

Itulash sbbnya penyokong bola negara marah sgt dgn FAM ni

Tengku Firmino said...

tu yg payah nak ckp pasal politik.bukan bola sahaja..sukan lain pon.tp dengan ada anuar musa harap kemeriahan dan kegemilangan bola sepak dpt ditingkatkan..contoh mcm kelantan..kalau jujur nak menyumbang bakti.hasilnya pasti nampak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...