Wednesday, December 29, 2010

Malaysia (3) vs Indonesia (0) - 1st Leg Final AFF Suzuki Cup 2010




Just Speechless...Even aku mengharapkan kemenangan lebih dari 1 gol,honestly aku memang tak sangka yang kita akan membenam Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ).Tak pernah aku lihat begitu meriah sekali keadaan diluar stadium selepas perlawanan lebih-lebih lagi melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan dan aku rasa tersangat bertuah sebab aku antara puluhan ribu penonton yang berada di SNBJ yang menjadi saksi kemenangan skuad bolasepak negara.Aku rasakan inilah nyanyian aku yang paling jujur aku pernah berikan untuk Malaysia especially lagu Negaraku ketika ia berkumandang sebelum perlawanan bermula.Sumpah aku tak tipu!!!!!

Aku tak berminat nak cerita pasal laser, ataupun pasal berbalas kata-kata makian atau cacian antara peminat kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia.Bagi aku itu hak masing-masing untuk berkata apa sahaja dan siapa yang betul ataupun salah bukan kene mengena dengan aku.Pada siapa yang tak puas hati dan ingin beradu kata-kata diluar sana..SILAKAN.Tapi bagi aku yang pasti, rata-rata peminat Indonesia yang betul-betul berjiwa bola sepak, pastinya mereka lebih mengenangkan prestasi pemain-pemain mereka yang beraksi di atas padang dan bukannya kerana laser semata-mata. 3 gol yang dijaringkan oleh Safee Salee dan penjaring terbanyak Liga Super, Ashari Shamsuddin dalam tempoh 15 minit terus menenggelamkan sorakan-sorakan garudarian (istilah yang aku bagi kepada penyokong Indonesia..huhu)di SNBJ.

Aku rasa ini adalah the best performance yang kita tunjukkan sepanjang kejohanan ini berlangsung dan secara jujurnya bagi aku, the best team win and Indonesia were outplayed and outscored!! Mungkin reaksi kemenangan yang ditunjukkan agak keterlaluan walaupun masih ada 90 minit lagi baki perlawanan di Gelora Bung Karno tetapi biarkanlah kerana kita sudah agak terlalu lama merenangi episod duka bak drama sinetron Indonesia di kaca TV yang selalunya tak abis2!!hambekkkkk..

Tengku's Rates for match MAS vs INA (only for MAS Player):

Khairul Fahmy Che Mat (6/10): Calm as usual.Lebih banyak berehat daripada aksi menyelamat.Go for next game.

Asrarudin Putra (6/10): Even menerima banyak kritikan daripada media ketika tumpas pada perlawanan pertama. He silenced his critics with superb performance last night.Go for next game.

Muslim Ahmad (7/10): Made Gonzalez like an amateur.Man to man marking to Uruguay born was truly effective.1st choice for central defender.

Mohd Fadli Shas (7/10): Keupayaannya diragui ditambah umurnya yang baru berusia 20 tahun.Namun persembahan konsistennya selepas tumpas 1-5 kepada Indonesia nyata menggusarkan Aidil yang dijangka akan pulih sekitar May tahun depan akibat kecederaan ACL.Go for next gamed

Mahali Jusali (8/10): Superb performance. Proved that he had ability to attack and defend at the same time.Made Okto miss the 2nd leg at Bung Karno.

Safiq Rahim (8/10): Nervous di awal 20 minit permainan tetapi selepas itu memimpin pasukan dengan cemerlang hingga ke akhir perlawanan sungguh pun baru berusia 24 tahun.

Amar Rohidan (7/10): I'm not a big fan of him but with last night performance,he totally proved me wrong this term.He made 

S.Kunanlan (8/10): His pace and skills cause a problem to both of Indonesian fullback. Good performance from Negeri’s winger. Go for next game.


Amirulhadi Zainal (5/10): Unlucky to get a yellow card and miss the 2nd leg at Bung Karno Stadium. Sub after half time. Struggle with knee injuries and not 100% fit.

Ashaari Shamsudin (7/10): Showed some pace and brilliant individual skills. Got 2nd goal and that proved him as a natural goalscorer. Penjaring terbanyak Liga Super tampak bukan sekadar nasib. Dengan Khyrill still struggle dengan kecederaan dan ditambah dengan pergantungan Amirul, he can expect his name on the sheet for 2nd leg.

Idlan Talaha (8.5/10): Again he showed that he is the one who’s up for MVP award for this tournament. His pace and skills leaded for both of two early goals. 1st name on the sheet. Man of the match.

Safee Salee (8.5/10): Scored to goal with well taken goal using his right foot for 1st goal and head for 3rd goal. Perfect choice for golden boot award with 4 goals this term.  2nd name on the sheet after Idlan.

Amri Yahyah(5/10):  Not had much time to change anything.  On the bench for next game.
Ingatlah!!Dalam bolasepak apa sahaja boleh terjadi dan prestasi dihari perlawanan akan menentukan segala-galanya.Diharapkan semua pemain-pemain Malaysia dapat menyerap segala tekanan dan buktikan bahawa KITA BOLEH.MALAYSIA BOLEH.








Tengku’s Prediction: INADONESIA 1 – 1 MALAYSIA.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...