Friday, December 31, 2010

Ohhh,Sweet 28???


Sweet
28?? apa kejadahnya semua ini.Bukan sweet tapi dah sampai nak habis sour..haha..Aku rasa antara sebab tambahan kepada cuti hari ini selain daripada kemenangan di Kejohanan Piala Suzuki AFF adalah sebab hari jadi aku kot yang jatuhnya hari ini lah..31 December setiap tahun.Betul aku tipu.Terima kasih kepada isteri tercinta UMNIYYAH ULFA BINTI HUSSINE yang bersusah payah untuk menempah kek untuk aku..Terima kasih sayang..apa kena mengena hari jadi, kek dengan blog aku yang patut pasal bola ni???

Sebab kek yang ditempah telah diletakkan LOGO Liverpool!!!!! I like so much!!!!Thanks sayang.Haa kan ada kena mengena dengan bola kan.Lupakan sekejap pasal Liverpool yang tengah terumbang ambing macam kambing sekarang ni.Now i want fully focus on eating that cake!! hahaha.nyum nyum.Aku bayangkan kek tuh macam Roy Hodgson.aku telan bulat-bulat.Geram sangat dengan manager sekarang..Biasanya aku sambut gitu-gitu jer, tapi kali ini dengan hanya berbekalkan kek Liverpool hasil usaha isteri aku yang tersayang..Sangat-sangat gembira lah ditambah dengan kemenangan skuad kebangsaan di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.Anak-anak aku pun semangat makan kek tuh sebab ada Liverpool.Keluarga Liverpool lah katakan..hahaha..Semoga Panjang Umur!!! (ucap pada diri sendiri, huh tak tahu malu betul..hahaha)

With Sara
With Khayra
Sara again..
Oh my Liverpool's cake..haha


Kita Juara!!!



Apa yang aku rasa? Aku rasa tak tau nak cakap apa.Sebab aku terlalu gembira!!! Even aku die hard fan of Liverpool dan aku pernah merasakan detik kemenangan dramatik Liverpool ke atas AC milan pada Final Champions League tahun 2005 dulu, tapi yang ini aku rasa sangat berbeza..bercampur bangga sebab aku anak Malaysia.Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010!! Can you believe it..Kalau Ripleys ada rancangan Believe It Or Not..tapi yang ni you wajib believe it!! Tahniah to all players, coach, management, FAM, all fans dan tak lupa pada our PM yang bagi cuti hari Jumaat ni.Yesssss za(meminjam tag line Jimi pengacara Astro Trek Selebriti). Macam ni rasanya bila negara kita jadi juara sebuah kejohanan besar peringkat international biarpun kita baru diperingkat Asia Tenggara.Patutlah aku tengok fans kepada negara yang menang World Cup, European Cup, African Cup mahupun Asia Cup sanggup berpesta berjam-jam sampai kepagi dan tak kurang juga yang sanggup berbogel dan berlari ke sekeliling kota.

Cukup-cukup lah fans Indonesia di sana.Terima lah kekalahan dengan hati yang terbuka.Ada jer laser kat muka Khairul Fahmy tadi, tapi aku bangga kerana dia seoarang yang professional dan meneruskan permainan.Even masa Malaysia kalah 1-5 pada peringkat kumpulan,kita tidak menuduh Indonesia menggunakan bomoh atau pun laser walaupun dikesan ketika perlawanan.Rajagobal sendiri mengakui Malaysia kalah berpunca daripada kesilapan sendiri. Kalaulah guna bomoh boleh jadi juara kenapa Afrika Selatan yang terkenal dengan amalan ilmu hitam macam voodoo tak boleh lepas peringkat kumpulan.Hmm macam-macam hal.So lupakan lah hal maki memaki dan kutuk mengutuk kerana kita satu rumpun dan majoritinya beragama Islam.So buang yang keruh dan ambil yang jernih.Chewah bermadah plak!! Yang penting Malaysia juara dan Indonesia juga menang..MENANGgung kekalahan..huhuhu..jangan marah dong.

Tengku's Rates for 2nd Leg Final at Gelora Bung Karno (INA 2 - MAS 1 : MAS WIN ON Aggregate 4-2):

Khairul Fahmy Che Mat (7/10): Should be the best goal keeper of the tournament.His confident was very high.One of the reason that we crowned as a King of Asean.

Sabree Abu (6/10): Robust player and looked very nervous in early 25 minutes. Gave a penalty to Indonesia which can be a turning point if Firman score it.Fine display after that.

Asraruddin Putra (6/10): His poor positioning leaded to 2nd Indonesia goal but overall performance was okay.

Muslim Ahmad (7/10): His head made ball deflected into own net but credit for made Gonzales quite all night.Made one crucial tackles to blocked shot by Ridwan on the 2nd half.

Mohd Fadhli Shas (7/10): Even still on 19 years years old but he showed some quality to be a good central defender. Aidil will find hard to back into the first eleven of rajagobal squad.

Amar Rohidan (6/10): Fine display by this guy.Stay at the back for the most of his time on the field. Have a lot af space to improved especially on his aggressiveness.

Safiq Rahim (5/10): Spent most of his time to run and chased the ball.His passing was poor all night long.

S.Kunanlan (6/10): Not at his best but do some good display on defending works.

Ashaari Shamsuddin (7/10): Closed to get a goal on the first half with pieces of brilliant individual skill and his through pass lead goal scored by top scorer of tournament, Safee Sali.

Idlan Talaha (7/10): Made good contribution as a second striker. Supported Safee with his energetic performance.

Safee Sali (8/10): His goal surely kill off the game. Breath-taking goal with left footed make us remember of Arwah Mokhtar Dahari.Simply man of the match.

Anugerah MVP yang diberikan kepada Firman Utina tidak lebih dari sekadar memujuk penyokong Indonesia yang begitu ghairah pada final kali ini.Rata-rata peminat diluar sana sama sekali tidak bersetuju dengan pemilihan yang dibuat kerana ramai menjangkakan anugerah ini akan diberikan kepada samaada Khairul Fahmy, Idlan Talaha mahupun Safee Sali.Walaupun kalah di Bung Karno tetapi Malaysia tetap menjadi Juara!!!! MALAYSIA BOLEH..MALAYSIA BOLEH..MALAYSIA BOLEH!!!




Wednesday, December 29, 2010

Malaysia (3) vs Indonesia (0) - 1st Leg Final AFF Suzuki Cup 2010




Just Speechless...Even aku mengharapkan kemenangan lebih dari 1 gol,honestly aku memang tak sangka yang kita akan membenam Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ).Tak pernah aku lihat begitu meriah sekali keadaan diluar stadium selepas perlawanan lebih-lebih lagi melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan dan aku rasa tersangat bertuah sebab aku antara puluhan ribu penonton yang berada di SNBJ yang menjadi saksi kemenangan skuad bolasepak negara.Aku rasakan inilah nyanyian aku yang paling jujur aku pernah berikan untuk Malaysia especially lagu Negaraku ketika ia berkumandang sebelum perlawanan bermula.Sumpah aku tak tipu!!!!!

Aku tak berminat nak cerita pasal laser, ataupun pasal berbalas kata-kata makian atau cacian antara peminat kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia.Bagi aku itu hak masing-masing untuk berkata apa sahaja dan siapa yang betul ataupun salah bukan kene mengena dengan aku.Pada siapa yang tak puas hati dan ingin beradu kata-kata diluar sana..SILAKAN.Tapi bagi aku yang pasti, rata-rata peminat Indonesia yang betul-betul berjiwa bola sepak, pastinya mereka lebih mengenangkan prestasi pemain-pemain mereka yang beraksi di atas padang dan bukannya kerana laser semata-mata. 3 gol yang dijaringkan oleh Safee Salee dan penjaring terbanyak Liga Super, Ashari Shamsuddin dalam tempoh 15 minit terus menenggelamkan sorakan-sorakan garudarian (istilah yang aku bagi kepada penyokong Indonesia..huhu)di SNBJ.

Aku rasa ini adalah the best performance yang kita tunjukkan sepanjang kejohanan ini berlangsung dan secara jujurnya bagi aku, the best team win and Indonesia were outplayed and outscored!! Mungkin reaksi kemenangan yang ditunjukkan agak keterlaluan walaupun masih ada 90 minit lagi baki perlawanan di Gelora Bung Karno tetapi biarkanlah kerana kita sudah agak terlalu lama merenangi episod duka bak drama sinetron Indonesia di kaca TV yang selalunya tak abis2!!hambekkkkk..

Tengku's Rates for match MAS vs INA (only for MAS Player):

Khairul Fahmy Che Mat (6/10): Calm as usual.Lebih banyak berehat daripada aksi menyelamat.Go for next game.

Asrarudin Putra (6/10): Even menerima banyak kritikan daripada media ketika tumpas pada perlawanan pertama. He silenced his critics with superb performance last night.Go for next game.

Muslim Ahmad (7/10): Made Gonzalez like an amateur.Man to man marking to Uruguay born was truly effective.1st choice for central defender.

Mohd Fadli Shas (7/10): Keupayaannya diragui ditambah umurnya yang baru berusia 20 tahun.Namun persembahan konsistennya selepas tumpas 1-5 kepada Indonesia nyata menggusarkan Aidil yang dijangka akan pulih sekitar May tahun depan akibat kecederaan ACL.Go for next gamed

Mahali Jusali (8/10): Superb performance. Proved that he had ability to attack and defend at the same time.Made Okto miss the 2nd leg at Bung Karno.

Safiq Rahim (8/10): Nervous di awal 20 minit permainan tetapi selepas itu memimpin pasukan dengan cemerlang hingga ke akhir perlawanan sungguh pun baru berusia 24 tahun.

Amar Rohidan (7/10): I'm not a big fan of him but with last night performance,he totally proved me wrong this term.He made 

S.Kunanlan (8/10): His pace and skills cause a problem to both of Indonesian fullback. Good performance from Negeri’s winger. Go for next game.


Amirulhadi Zainal (5/10): Unlucky to get a yellow card and miss the 2nd leg at Bung Karno Stadium. Sub after half time. Struggle with knee injuries and not 100% fit.

Ashaari Shamsudin (7/10): Showed some pace and brilliant individual skills. Got 2nd goal and that proved him as a natural goalscorer. Penjaring terbanyak Liga Super tampak bukan sekadar nasib. Dengan Khyrill still struggle dengan kecederaan dan ditambah dengan pergantungan Amirul, he can expect his name on the sheet for 2nd leg.

Idlan Talaha (8.5/10): Again he showed that he is the one who’s up for MVP award for this tournament. His pace and skills leaded for both of two early goals. 1st name on the sheet. Man of the match.

Safee Salee (8.5/10): Scored to goal with well taken goal using his right foot for 1st goal and head for 3rd goal. Perfect choice for golden boot award with 4 goals this term.  2nd name on the sheet after Idlan.

Amri Yahyah(5/10):  Not had much time to change anything.  On the bench for next game.
Ingatlah!!Dalam bolasepak apa sahaja boleh terjadi dan prestasi dihari perlawanan akan menentukan segala-galanya.Diharapkan semua pemain-pemain Malaysia dapat menyerap segala tekanan dan buktikan bahawa KITA BOLEH.MALAYSIA BOLEH.








Tengku’s Prediction: INADONESIA 1 – 1 MALAYSIA.





Friday, December 24, 2010

FAM OH FAM...



FAM atau nama penuhnya Football Association Malaysia, juga dikenali dalam bahasa melayu iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia ditubuhkan pada tahun 1933.Bernaung dibawah persatuan FIFA pada 1956 dan dibawah AFC pada 1954.Aku bukan lah nak ceritakan perihal sejarah FAM, tapi lebih kepada nasib yang diterima oleh FAM ketika ini.Nak tahu lebih details pergilah laman web rasmi FAM sendiri ataupun search je dengan enjin carian google, yahoo atau yang lain-lain.

Semenjak akhir-akhir ini, populariti FAM dilihat semakin meningkat dan diberikan perhatian peminat bola sepak tempatan bermula dengan kontroversi kemunculan Skuad Harimau Muda A & B dan juga penyertaan Harimau Muda dalam kancah liga bolasepak tempatan.Setelah itu kita ‘dikejutkan’ dengan kemampuan K.Rajagopal menggapai emas di sukan SEA Laos yang ketika itu dianggap mustahil. Ditambah dengan kontroversi penyertaan Skuad Harimau Muda di Slovakia serta penyingkiran Azrai Khor sebagai Ketua Jurulatih Harimau Muda. Keterujaan peminta bola sepak tempatan semakin dirasai dengan kemampuan pemain muda kita layak kepusingan ke-2 Sukan Asia Ghuangzhou dan kini kita digerbang perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang akan berlangsung secara timbal balik pada 16 Disember and 29 Disember ini.Apa yang ingin aku kupaskan disini bukan lah perkembangan pasukan bola sepak tempatan tetapi berkenaan FAM itu sendiri.

Sebenarnya menyalahkan FAM atas kemerosotan tahap mutu bolasepak Malaysia diperingkat antarabangsa adalah satu persepsi yang kurang tepat.Bagi aku, pelbagai usaha telah dilakukan FAM sejak 15 tahun lalu dalam menaikkan mutu bola sepak Negara yang dipandang dengan sebelah mata oleh pelbagai pihak.Mengaitkan bola sepak negara dengan kepentingan politik adalah sesuatu yang subjektif dan besar untuk dibincangkan oleh kita.Lupakan tentang perkara itu sejenak.Sebenarnya pelbagai tuduhan dilemparkan kepada FAM akibat daripada kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad bola sepak negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lihat sahajalah semasa kita mempamerkan prestasi teruk semasa Piala Asia 2007 dan juga kekalahn 1-5 kepada Indonesia pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.’’Bubarkan FAM, FAM bodoh, semua letak jawatan, kenapa FAM tak panggil pemain itu dan ini dan macam-macam lagi sehinggakan pembahagian tiket sebanyak 15000 kepada Indonesia baru-baru juga dijadikan satu isu untuk menghentam FAM. Jika dilihat dari sudut berbeza, FAM sebenarnya telah banyak memberi ruang kepada pemain untuk mengembangkan karier mereka diluar sana.Kita pernah menghantar Akmal Rizal dan Juzaili Samion di Perancis, Asrarudin Putra ke PSV, Khalid Jamlus ke Jerman dan beberapa pemain lagi namun semuanya gagal kekal lama disana.Adakah kegagalan yang diterima pemain-pemain harus ditujukan juga kepada FAM. Hmm entahlah..

Dalam usaha FAM untuk menjadikan liga tempatan menjadi lebih kompetitif, dibenarkan pemain import beraksi namun apa yang sering terjadi adalah masalah gaji dan prestasi pemain import yang dipilih. Siapakah harus dipersalahkan? Takkan FAM jugak!! Dalam era professional, setiap pasukan bertanding seharusnya mencari dana sendiri selain geran tahunan yang diberikan FAM bukannya hanya mengharapkan duit FAM sehinggakan FAM sendiri terpaksa menetapkan harga siling bagi gaji pemain.Sampai macam tu sekali usaha FAM untuk membantu pasukan-pasukan agar dapat bersaing dalam liga tempatan. Mengulas pula pembahagian tiket kepada Indonesia sebanyak 15000 baru-baru ini, banyak pihak mengatakan FAM tidak berfikir dengan waras kerana mebuat keputusan tersebut namun bagi aku keputusan yang dibuat sebenarnya fair kepada kedua-dua pasukan. Jika kita lihat rekod kedatangan peminat bola sepak tempatan ke stadium untuk melihat pasukan Malaysia bermain sebelum ini, kita harus faham dengan keputusan ini. Lebih-lebih lagi permintaan itu dibuat secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PBSI) terhadap FAM.Perlukah kita menyalahkan FAM jika di stadium Bung Karno nanti penyokong bola sepak Malaysia tidak sampai 1000 orang walaupun dijanjikan tempat duduk sehingga kapasiti 15000 orang. Memandangkan ramai penduduk Indonesia yang berada di sini, tidak salah rasanya tindakan FAM itu. Peringkat separuh akhir menentang Vietnam juga dilihat banyak tempat duduk yang masih boleh diisi.Siapa yang harus disalahkan..kita sendiri sebenarnya.Persatuan bola sepak negeri seharusnya menjadi mata dan telinga kepada bakat-bakat pemain bola sepak yang ada kerana tidak mustahil untuk kita jumpa satu lagi bakat mirip Allahyarham Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun. Kita bukannya negara-negara miskin yang tiada kemudahan bolasepak tetapi kita memiliki kemudahan antara yang terbaik di Asia ini khususnya.Semuanya tidak mustahil jika kita berganding bahu dan semua pihak menjalankan peranan masing-masing dengan penuh professional dan rasa tanggungjawab. Aku bukanlah menyokong semua keputusan yang FAM buat selama ini, tetapi cuba lah kita pandang dari sisipan positif terhadap FAM ini.Mungkin juga pendapat aku ini betul dan mungkin juga salah, namun niat kita semua tetap sama.Kita sama-sama ingin melihat kejayaan pasukan bola sepak negara!!!

*Janganlah penonton tempatan tidak penuh di dalam SNBJ gara-gara pergi ke konsert ROCK THE WOLRD!!!Siapa harus dipersalahkan jika itu berlaku..takkan FAM juga???


Wednesday, December 22, 2010

Preview Arsenal vs Barcelona (Champions League 2nd Round 10/11)





Barcelona will face an opponent who they beat on Champion League Final four years ago and on quarterfinal stage last year.That Arsenal!!!.Both team had similar style of play who play a beautiful game whether they lose or win the game. Barcelona squad were full of talent and outstanding player lead by their mastermind Xavi Hernandez and Andres Iniesta. Front line,David Villa and Lionel Messi are well known as world class striker/punisher.Their manager Pep Guardiola who was played as player for Catalan Club before had done a great job. He found a miss link on Rijkaard era and built a beautiful team with beautiful style.Pep Guardiola continues Barca tradition and made a tiki taka (click HERE) is the one of best of the moment.Even Real Madrid can't resist and hold them back and got hard lost 1-5 at Nou Camp Stadium.


Lionel Messi - FIFA World Player of the Year 2009 & FIFPro World Player of the Year: 2008–09
Former Barcelona's youth player.Now captain of Arsenal
He also had brilliant young talent on his squad including Bojan Krkic, Pedro and Jeffren. Notable that Arsenal captain Cecs Fabregas also comes from youth Barca squad.He made a move since his age 16 years old to Arsenal.Even both of them have similar style of play, Barca is more consistent because that well mixed their squad with outstanding veteran player and brilliant young talent while Arsenal used a policy that fielded more younger age of player such Walcott, Song, Nasri, Fabianski, Diaby, Denilson and Clichy who seem inconsistent in recent season especially when they played against a BIG club with BIG reputation . They had comes as a challenger either for EPL trophy and Champion League in several season  but fall on the final chapter because the passion and determination is there but they lack of experience.But still i'm a big fan of Arsene Wenger because of his style of coaching and his policy to get a young player and built from there to make them a world class player.His records speak itself. Thierry Henry, Cesc Fabregas, Jack Wilshere, Gael Clichy, Denilson and Alexander Song, Nicolas Anelka, Robbin Van Persie,Nasri, Walcott etc.He makes no mistake when he dump brightest England player on David Bentley(click HERE) and Jemaine Pennant because both of them can't mixed on Arsenal's style of play.

I'm looking forward to these game and expecting a very good game from both teams.The 1st leg will be held on 16 Feb 2011 at Emirates Stadium and 2nd leg will on 8 March 2010 at Nou Camp. (See full schedule HERE)


One Word.Brilliant!!

*minta maaf la kalau english saya kurang betul dan tepat kerana saya masih lagi belajar untuk memperitngkatkan mutu bahasa penjajah ini..:-)

Monday, December 20, 2010

K.Rajagopal vs Alfred Riedl

K.Rajagopal vs Riedl

Semua sudah tahu yang final Suzuki AFF Cup 2010 akan menemukan Indonesia dan Malaysia dalam perlawanan akhir timbal balik pada 26 Disember dan 29 Disember 2010.Perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan yang kedua akan berlangsung Gelora Bung Karno Indonesia.Jika dilihat diatas kertas dan prestasi pasukan sebelum ke gerbang akhir, Indonesia dilihat mempunyai kelebihan dari segala aspek untuk muncul juara pada edisi kali ini. Diperkuat dengan kehadiran awang import Chistian Gonzales dari Uruguay yang meneraju bahagian serangan serta bantuan daripada speddy Okto setakat ini nampak membuahkan hasil. Pasukan yang diketuai oleh pemain tengah berpengalaman  Firman merupakan pasukan yang mengamalkan corak menyerang dan sesekali membuat counter-attack yang cukup pantas. Keupayaan Firman yang mampu melakukan hantaran pendek dan jauh dengan tepat merupakan penggerak utama yang harus diawasi terutamanya oleh Safiq and Amar Rohidan. Dia juga mampu mengawal bola dengan baik.Satu daripada aspek yang kurang daripada pemain negara kita.


Kapten pasukan skuad kebangsaan walaupun hanya baru berusia 23 tahun
Apa yang menarik, kedua-dua pengendali merupakan bekas pemain penyerang semasa zaman muda mereka dan seharusnya menjanjikan final yang klasik.Ketika Indonesia tampak akan menggunakan corak menyerang, rakan sejawatnya di kem Malaysia pula dilihat lebih menggunakan pendekatan taktikal bertahan dan serang balas. Diketua oleh kapten pasukan Safiq Rahim, pasukan Malaysia dilihat sepanjang kejohanan agak perlahan dan kurang  berkesan dibabak pertama dan mengubah sedikit corak di babak kedua dengan pendekatan permainan yang lebih pantas. Kekuatan pasukan Malaysia dilihat terletak kepada keupayaan Idlan Talaha dan S.Kunanlan melakukan larian dan penyudah berbisa Safee Salee serta disiplin di bahagian pertahanan.Kelemahan nyata yang perlu diperbaiki segera adalah dari segi hantaran yang dijana daripada bahagian tengah oleh Amar Rohidan dan Safiq Rahim. Ada ketikanya mereka kerap melakukan kesilapan walaupun untuk hantaran pendek sekaligus membantutkan serangan yang ingin dilakukan.


Christian Gonzalez.Pemain penyerang berbahaya Indonesia yang berasal dari Uruguay.Nama Islamnya, Mustafa Habibi 
Indonesia memiliki kelebihan psikologi kerana menang besar 5-1 ketika di peringkat kumpulan dan akan dijangka meenggunakan ramuan sama dalam pertemuan pertama Ahad ini.Kelebihan juga dimiliki pasukan Sang Garuda ini kerana dibahagian simpanan mereka mempunyai barisan pemain yang mampu mengubah keputusan perlawanan seperti Bambang Pamungkas, Eka Ramdani dan F.Utina sementara Malaysia hanya mempertaruhkan Kyrill Muhymeen yang dilihat mampu mengubah keputusan perlawanan jika perlu.Pemain2 seperti Izzaq, Fakhri serta Gurusamy memerlukan masa untuk menjadi seorang pemain yang berkaliber.Namun kemampuan skuad negara melangkah ke perlawanan akhir perlu disisipkan dengan pujian kerana bukan mudah bagi pemain yang rata-rata berusia 24 tahun ini mengenepikan pasukan pilihan Thailand and Juara Bertahan edisi lepas Vietnam.Kelibat Khairul Fahmy sekali lagi ditagih untuk mengawal kubu Malaysia agar tidak mudah dibolosi dan dilihat mempunyai potensi yang amat cerah di masa hadapan.Riedl juga sudah memberi amaran kepada anak-anak buahnya bahawa pasukan Malaysia yang ditewaskan 5-1 pada perlawanan pembukaan adalah pasukan yang berbeza untuk aksi final nanti.


Harap2 stadium SNBJ akan menjadi lautan kuning hitam/biru Ahad ini..


Tengku's Prediction for 1 leg match:
Malaysia 2-1 Indonesia



Thursday, December 16, 2010

90 minutes left..

Lupakan kepahitan lalu, lupakan siapa patut menang, siapa patut kalah,stadium tak cukup penuh, bernasib baik atau buruk, pass bola ntah apa2..kapten main teruk, dua gol nasib...KITA NIKMATI SAHAJA KEMENANGAN INI!!!!Kemenangan untuk semua rakyat Malaysia..Sudah terlalu lama rasanya kita tidak berpesta sebegini untuk negara sebaik ashaja keluar daripada stadium utama negara..Stadium Nasional Bukit Jalil..TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH!!!!..dan jangan lupa kita masih ada lagi 90 minit yang bergelora di Vietnam nanti..akhir sekali..nikmatilah..

Adik2 ku antara puluhan ribu penenton yang hadir..






MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Tiket Oh Tiket..


Aku sekeping tiket...

Finallly..the 'ROCK' is cooking!!! hahaha..Thanks to my Adik Ipar yang sanggup bangun pagi2 untuk beratur kat SNBJ hari ini.Aku pulak, just follow up jer dari ofis.Tup2...tiket dah dibeli..Yahoo!!!!! bukan Yahoo enjin carian tuh..Yahooooo menjerit keriangan...!!! Kau tunggu SNBJ..ku sorak sampai serak..buat pemain Vietnam terberak...!!hahaha
MALAYSIA BOLEH!!!..MALAYSIA BOLEH!!!

Model Cilik(adikku bernama Azizi) sedang bangga memegang tiket..hehe


Outdoor photo-shot..chewah!!!


Melepaskan gian bermain PS sebab tak sabo nak tengok Malaysia lawan esok..MALAYSIA BOLEH!! (berbaju putih: Adik Ipar pembeli tiket, berbaju merah: Adik kandung..tapi dua2 kalo jumpa aku 'lauk'!!!..heheh)
Tengku's Prediction: Malaysia 2 - 1 Vietnam

Monday, December 13, 2010

Malaysia vs Kuala Lumpur (Friendly Match - KLFA Stadium)

                                 
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

Perlawanan boleh pulak start awal..Nasib la sempat jengah 2nd half.Malaysia menang 2-0 hasil jaringan Amri Yahyah dan Kyrill Muhymeen.Nak komen pun tak boleh lebih-lebih sebab diaorang main pun untuk kekalkan kecergasan.Kira macam main petang-petang la.Nothing special bagi aku.K.Rajagopal pun nak cuba pemain2 simpanan dan keserasian antara pemain.Nak compare taraf permainan skuad kebangsaan dengan KL ni memang nampak bezanya.Jelas memang ada perbezaan daripada segi stamina, corak permainan dan memang ini barisan terbaik yang dipilih Rajagopal.So memang tak sabar nak tunggu game Rabu ni..BUKIT JALIL!!!! kau tunggu kedatanganku..huhuhu


                                          Pemain berjalan menuju biik persalinan

                                          Antara penonton yang hadir petang tadi..

Penjaring gol pertama.Amri Yahyah..control macho tu.

 Aksi ditengah padang

 Khairul Fahmy di pintu gol.Sorry gambar kecik.Kamera XLR tertinggal..huh

 Puteri kesayangan aku pun turut dibawa bersama..

 Apa yang ko menungkan adikku??

 Hai Khayra..apa pandang2..pandang tepi tak pe, jangan pandang belakang..huhu

 Inilah wartawan astro yang aku tanya sape penjaring pertama.Dengan yakin dia menjawab..AMRI.tapi sayang lupa nak tanya nama..hehe

 Wartawan Astro Arena yang agak seksi..(oopppss)

 Bekas pemain bola sepak negara..dari kiri..Muhd Shafiq ''rooney'', Tengku Sidek ''torres'' dan Sairi ''nani'..heheh

 Adik aku yang sorang lagi ni pun nak jugak..macam2..

P/s: Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!!!!

Sunday, December 12, 2010

Sekitar Perlawanan AKhir Piala Emas Raja-Raja 2010 - Edisi ke-70



Kelantan semalam melengkapkan tahun gemilang untuk 2010 apabila merangkul kejuaraan Piala Emas Raja-Raja 201.Setelah Skuad Liga Super menjulang Piala Malaysia bulan lalu, mereka menutup tahun 2010 dengan bergaya apabila menewaskan Kedah dalam perlawanan akhir di Stadium Mohamad ke-4 malam semalam.Kelantan yang diketuai pemain berpengalaman Sarudy Aziz(Kapten), Shahrizan Ismail dan Nik Fadly Nik Leh berjaya menyingkirkan Pasukan Kedah yang dibantu dua pemain Liga Super iaitu Shafizan Hashim yang bertindak sebagai kapten pasukan dan Fauzi Shaari.Permainan di atas padang botak dan sedikit becak semangnya tidak banyak membantu kedua-dua pasukan dengan permainan banyak berlegar-legar ditengah padang.Kedudukan yang terikat 0-0 selepas masa tambahan memaksa penentuan dilakukan melalui sepakan penalti dan mana Sharizan Ismail menjadi wira Kelantan untuk Red Warriors menang 4-3. Walaupun ianya dianggap sebagai kejohanan kelas ke-2,kejohanan ini tetap ada nilainya kerana ianya merupakan satu platform untuk pemain-pemain muda memperagakan bakat-bakat mereka.Sekali lagi ucapan tahniah kepada pasukan Kelantan.

*TAHUN 2010 MEMANG KELANTAN YANG PUNYA!!!..(bilalah JOHOR nak jadi hebat macam ni..Kali terakhir tahun 1991 semasa Johor menang berganda - Liga dan Piala Malaysia)

Newcastle vs Liverpool - St James Park (Match Day 17)

, eOhhh tidakkkkkk!!!!!Apa kejadah kalah dengan Newcastle 1-3..!!!!!!!Apa nak jadi dengan Liverpool aku ni (bukan aku punya - NESV punyer, hehe) kalah dan terus kalah kalau main kat away.Aku pun tak tahu apa yang tak kena.Penulisan aku pun memang pendek jer la nampaknya..sebab kalah..adoiii...lotih!!!!

No Gerrard, No Carragher, No point for Liverpool..Betul juga orang cakap.Aku selalu tak nak akui, tapi tengok jer la result nya.Damn!!!


                            Masih mengharapkan kemenangan.Common Glen Johnson!!

                              Penyokong MU yang sibuk berjaga untuk melihat kekalahan Liverpool


                             Hmm..memeng kena dengan prestasi Chelsea sekarang ini.KUAT TIDO!!


                              Nile Ranger, pemain lincah yang membuatkan Skrtel dan Soto ala-ala amatur pagi tadi


This is the first time aku rasa Liverpool main teruk sangat dalam masa 18 tahun aku sokong pasukan ni. The squad were full of S**T!!!!..

Kalau dengan Newcastle pun kalah, apatah lagi dengan BIG 5 yang lain.(Man City, Man U, Arsenal, Chelsea dan Spurs).adoi..sedih, letih, marah, terkilan, uhhhh semak la kepala aku ni..SACK ROY NOW!!!

Saturday, December 11, 2010

Aku Blogger Aktif

Dok syok tengah pikir nak post apa dan tetiba...jeng jeng jeng..INCIK ARIF shout kat aku tentang blogger aktif..So aku yang baru setahun jagung ni dan dalam proses meng glamour kan diri aku dalam dunia blog ni, join lah benda2 sebegini..tak salah kan..Anyway post aku lepas ni semua tentang bola..dunt worry.Cara-caranya mudah sekali:

1.buat entri " aku blogger AKTIF !" - Done
2. Pasang Header. - Done


3. Nyatakan dimana rumah korang : Kajang, Selangor - Done

4. brapa kali sehari korang up date blog ?: 1 kali - Done

5.Nyatakan apa yang bestnya blog korang ? - Done
- Yang best? ianya berkisar tentang yang telah diiktiraf sebagai sukan No.1 di dunia iaitu BOLASEPAK.Dalam dan luar negara.Tentang pasukan, pemain, pemilik, peminat, kejohanan, keputusan, sejarah dan macam-macam lagi.

6. beri 5 blog TERBAIK Pilihan korang ...... - Done

7.jadi fan club "kelab blogger aref 7" - Done

8. lastly.....amik ja award ni n letakkan di SIDEBAR ok.......- Done

Settle..Selesai..Done..whatever..Korang2 yang terbaca benda ni apalagi..JOIN JANGAN TAK JOIN..BUKAN BAYAR PUN KALO NAK JOIN..ehh bukan marah tau..heeeee..Dah join dapat AWARD lak tuh.huhh best betul..



Friday, December 10, 2010

Tahukah Anda??

Hari jumaat ni biasalah engine nak buat kerja-kerja ofis memang agak slow sikit.So berblogging sat no..hehe..Saja nak bagi info pasal bola ni kat korang sumua..Memanjang serius pun tak elok juga.Sesekali kena jugak rileks2 dan tenang.Tak banyak tapi cukup la untuk pengetahuan korang yang minat dengan apa2 berkaitan dengan bola ni..

1. Cristiano Ronaldo dibeli dengan harga lebih kurang 12 juta pound daripada kelab Sporting Lisbon dan dijual kepada Real Madrid dengan harga 80 juta pound (Rekod Dunia tuh.Pandai betul Alex berniaga)

2. Robbie Fowler merupakan pemegang rekod terpantas menjaringkan hatrik dalam English Premiership pada tahun 1994 ketika berumur 19 tahun menentang Fulham(my idol tuh)

3. Pemain termahal yang pernah dibeli Liverpool ialah Fernando Torres.Jumlah wang yang dibayar Liverpool kepada Atletico Madrid adalah kira-kira 24 juta pound.

4. Pemain utama Jerman Mesut Ozil berketurunan campuran Turki-German. Dia memilih untuk mewakili Jerman pada peringkat antarabangsa dikala pada masa sama dia juga boleh memilih untuk mewakli Turki.

5. Sergio Aguero adalah menantu kepada Diego Armando Maradona. (Dari bola kepada bola jugak..huhuu)

6. Arsenal merupakan pasukan kedua dalam sejarah yang menikmati gelaran Liga Inggeris disertakan tanpa tewas sepanjang 38 perlawanan iaitu pada 2003/04.Pasukan pertama yang melakukannya adalah Preston North End pada tahun 1988/99.

7.Malaysia pernah menduduki tangga ke-75 dunia dalam Ranking FIFA yang dikeluarkan pada tahun 1993.

8. Lim Teong Kim merupakan jurulatih tempatan yang paling berjaya diluar negara.Kini dia melatih skuad simpanan Bayern Munich. Thomas Mueller (penjaring terbanyak World Cup 2010) menyebut nama beliau ketika ditemuramah di Afrika Selatan.

9. Antara kelayakan untuk mendapatkan permit bagi bermain di dalam Liga Perdana Inggeris ialah negara yang diwakili ranking FIFA nya mestilah tidak lebih dari ke-70 dunia.(Payah la pemain Malaysia macam ni)


10. Penyerang antarabangsa England Dean Ashton terpaksa bersara pada usia 26 tahun kerana kecederaan yang serius. (sayang pada usia muda dah bersara..All the best to you Deano)


Sekian..berjumpa lagi..:-)

Preview of Champion League Knock-out Stage 10/11






Selesai sudah group stage untuk Liga Juara-Juara Eropah dengan Arsenal, AC Milan, Inter dan Lyon menunggu dengan penuh debar bagi mengetahui siapakah lawan mereka untuk pusingan  16 sepasukan gara-gara gagal menjuarai kumpulan masing-masing.Team yang menunggu mereka terdiri daripada kelab-kelab gergasi seperti Barcelona, Real Madrid, Man U dan juga Chelsea serta tidak lupa Bayern Munich.Undian akan dilakukan pada 17 December ini di Zurich.Berikut merupakan pasukan-pasukan yang mungkin mereka temui berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan UEFA seperti tidak boleh bertemu kelab senegara untuk pusingan ke-2 (kalah mati). Tiada ruang untuk kelab Liverpool kali ini..O.M.G!!! 

Group winners
A: Tottenham Hotspur FC 
Can play: Lyon, Valencia, København, Roma, Marseille, Milan
Qualified as: fourth place, England / began in play-offs
Last season: did not enter
Seasons in UEFA Champions League: 1
Previous European Champion Clubs' Cup best: semi-finals

B: FC Schalke 04
Can play: Inter, Valencia, København, Roma, Marseille, Milan, Arsenal
Qualified as: runners-up, Germany
Last season: did not enter
Seasons in UEFA Champions League: 3
Previous European Champion Clubs' Cup best: quarter-finals

C: Manchester United FC
Can play: Inter, Lyon, København, Roma, Marseille, Milan
Last season: quarter-finals
Qualified as: runners-up, England
Seasons in UEFA Champions League: 16
Previous European Champion Clubs' Cup best: winners (three times)

D: FC Barcelona
Can play: Inter, Lyon, Roma, Marseille, Milan, Arsenal
Qualified as: champions, Spain
Last season: semi-finals
Seasons in UEFA Champions League: 15
Previous European Champion Clubs' Cup best: winners (three times)

E: FC Bayern München
Can play: Inter, Lyon Valencia, København, Marseille, Milan, Arsenal
Qualified as: champions, Germany
Last season: runners-up
Seasons in UEFA Champions League: 15
Previous European Champion Clubs' Cup best: winners (four times)

F: Chelsea FC
Can play: Inter, Lyon, Valencia, København, Roma, Milan
Qualified as: champions, England
Last season: round of 16
Seasons in UEFA Champions League: 9
Previous European Champion Clubs' Cup best: runners-up

G: Real Madrid CF
Can play: Inter, Lyon, København, Roma, Marseille, Arsenal
Qualified as: runners-up, Spain
Last season: round of 16
Seasons in UEFA Champions League: 15
Previous European Champion Clubs' Cup best: winners (nine times)

H: FC Shakhtar Donetsk
Can play: Inter, Lyon, Valencia, København, Roma, Marseille, Milan
Qualified as: champions, Ukraine
Last season: UEFA Europa League round of 32
Seasons in UEFA Champions League: 6
Previous European Champion Clubs' Cup best: group stage

Runners-up
A: FC Internazionale Milano
Can play: Schalke, Man United, Barcelona, Bayern, Chelsea, Madrid, Shakhtar 
Qualified as: holders / champions, Italy
Last season: winners
Seasons in UEFA Champions League: 10
Previous European Champion Clubs' Cup best: winners (three times)

B: Olympique Lyonnais
Can play: Tottenham, Man United, Barcelona, Bayern, Chelsea, Madrid, Shakhtar 
Qualified as: runners-up, France
Last season: semi-finals
Seasons in UEFA Champions League: 11
Previous European Champion Clubs' Cup best: semi-finals

C: Valencia CF
Can play: Tottenham, Schalke, Bayern, Chelsea, Shakhtar 
Last season: UEFA Europa League quarter-finals
Qualified as: third place, Spain
Seasons in UEFA Champions League: 7
Previous European Champion Clubs' Cup best: runners-up

D: FC København
Can play: Tottenham, Schalke, Man United, Bayern, Chelsea, Madrid, Shakhtar
Qualified as: champions, Denmark / began in third qualifying round
Last season: UEFA Europa League round of 32
Seasons in UEFA Champions League: 2
Previous European Champion Clubs' Cup best: group stage

E: AS Roma
Can play: Tottenham, Schalke, Man United, Barcelona, Chelsea, Madrid, Shakhtar
Qualified as: runners-up, Italy
Last season: UEFA Europa League round of 32
Seasons in UEFA Champions League: 7
Previous European Champion Clubs' Cup best: runners-up

F: Olympique de Marseille
Can play: Tottenham, Schalke, Man United, Barcelona, Bayern, Madrid, Shakhtar
Qualified as: champions, France
Last season: UEFA Europa League round of 16
Seasons in UEFA Champions League: 7
Previous European Champion Clubs' Cup best: winners (once)

G: AC Milan
Can play: Tottenham, Schalke, Man United, Barcelona, Bayern, Chelsea, Shakhtar
Qualified as: third place, Italy
Last season: round of 16
Seasons in UEFA Champions League: 14
Previous European Champion Clubs' Cup best: winners (seven times)

H: Arsenal FC
Can play: Schalke, Barcelona, Bayern, Madrid
Qualified as: third place, England
Last season: quarter-finals
Seasons in UEFA Champions League: 13
Previous European Champion Clubs' Cup best: runners-up
*source from www.eufa.com 

Tengku's Prediction for Winner for 10/11 season: BARCELONA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...