Monday, July 25, 2011

Harimau Malaya will turn it around at Bukit Jalil


Hari tu kemain ko kan ! Ambik Ambik!
Some fans point a finger to all back four for their poor performance and urged major changes at the back...
Some fans told that Datuk had made a big mistake on Ismail Faruqi + Fakhri Sharani..
Some fans felt that Khairul Fahmy should start instead Shabinee Allawee..
Some fans thinks K.Gurusamy is a better player than Amar Rohidan..

Ya, cakap memang senang..Sebab dalam bola sepak ni biasalah..menang dipuji, kalah dikeji..Standard!
Bila kalah Datuk seorang yang ditalu dengan bermacam-macam soalan..Itulah, inilah..bayang-bayang orang atasan yang lain semua tak nampak..tapi kalau menang semua nak inter-frame..Standard jugak!

tapi apa yang penting...Aku tersangat yakin seyakinnya yang Harimau Malaya akan melepasi halangan pasukan Singapura ini! Ini bukan masanya untuk kita membandingkan kita 100% buatan Malaysia dan Singapura sebab mixed! Kita dah buktikan what pada Piala AFF dulu..dulu kita cakap tak perlu pemain import boleh juara so sekarang tak payah nak bangkit isu ni lagi..isu lapok!

Keputusan Datuk menggunakan formasi 4-5-1 dan memasukkan Ismail Faruqi serta fakhri Sharani (bukan pemain kegemaran aku) bagi aku adalah tindakan yang tepat. Bagi aku Ismail adalah pemain yang mempunyai  ketepatan hantaran dan kawalan bola yang baik serta kreatif di tengah padang.Dan kelemahan pemain ini hanya lah kurangnya pengalaman bermain diperingkat tertinggi..Dalam kes Fakhri pula, walaupun dia bukan penyerang yang tajam di bahagian hadapan dan rekodnya bersama pasukan kebangsaan dan Negeri sembilan speak its self, tapi pemain ini mempunyai kelebihan stamina dan sangat versatile! Satu aset yang diperlukan Datuk untuk menghalang pemain-pemain Singapura daripada mengusai bahagian tengah serta asakan pantas ke kawasan pertahanan pasukan kebangsaan.

Pemilihan Sharbinee Allawee pula mungkin sedikit meragukan tetapi memandanglan Khairul Fahmy yang belum cergas sepenuhnya serta keadaan mental yang kurang memuaskan ketika melepaskan 5 gol kepada Liverpool serta aksi cemerlang Sharbinee ketika menentang pasukan Taiwan sebelum ini pastinya menjadi rujukan Datuk untuk pemilihan penjaga gol utama.

Sure You Can do IT..
Dan pastinya yang paling diperbualkan pastinya all back four pasukan kebangsaan yang diterajui Muslim, Fadhli, Asra serta Mahali yang kian menampakkan kekurangan terutama daripada segi fitness serta mental. Walaupun mereka ini adalah pemain yang menjadi tunjang kepada kejayaan pasukan kebangsaan di Piala AFF, keupayaan mereka kini meragukan pelbagai pihak setelah memboloskan sejumlah 15 gol daripada 3 perlawanan ketika menentang Liverpool, Arsenal dan Singapura. Bagi aku kelemahan yang menjadi punca adalah ketiadaan pemain yang boleh menjadi 'leader' di bahagian bawah. Pemain-pemain muda ini memerlukan seseorang yang boleh membangunkan setiap kali mereka tertidur.Lihat sahajalah bagaimana Jamie Carrager yang menjerit kepada rakan sepasukan ketika setiap kali pasukan Liverpool bertahan.Pasukan kebangsaan need that! Musuh utama kepada pemain-pemain muda adalah konsistensi..Thay can be awesome and brilliant one day and then poor and awful on the next day..Contoh paling baik adalah Arsenal yang kemarau kejuaraan sejak 6 musim yang lalu.Dengan berbekal pemain muda, Arsenal mempamer corak pemainan mengkagumkan diawal musim tetapi layu dipengujung saingan hampir setiap musim..Dan lihat sahaja apa yang jadi kepada Perlis yang bersandarkan pemain muda? tersingkir ke Liga Perdana.

In Datuk We TRUST!
Tapi aku yakin yang pemain - pemain Harimau Malaya akan melepasi halangan Singapura dan layak kepusingan seterusnya.You'll never walk alone and in Datuk Raja we trust! Tak kira lah yang turun abang long ka, ayahanda ka, Muslim ka, Fadhli ka..Kita mesti mau menang dan layak to the next round!.RM 30 ringgit bukanlah halangan untuk aku datang ke stadium walaupun FAM hanya tersenyum melihat perencanaan menaikkan harga tiket begitu berbaloi dan tidak tersasar walaupun seketika tersedak ketika kedudukan Malaysia ketinggalan1-4 (ditambah kad merah kepada Safiq).tahniah FAM... Even aku masih geram dengan kenyataan berat sebelah Datuk dan Safee terhadap pasukan Liverpool minggu sudah..atas nama Harimau Malaya..aku akan turun ke SNBJ khamis ni memberi sokongan yang tidak berbelah bagi!!

TANAH TUMPAH DARAHKU!!!




3 comments:

dear anies said...

adeehhhzzz berair mata den tgk pic rimau n singa tu haahahahah




Sayang, you'll never walk alone!

Tengku Firmino said...

berair??hahahaha

Mohd Nizamuddin said...

in dato we trust

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...