Monday, July 11, 2011

USA stunned Brazil in Penalty Shootout

Hope Solo yang masih Solo..huuu
Siapa kata USA tak boleh kalahkan Brazil dalam sukan Bola Sepak di Piala Dunia! Dengan 10 pemain pulak tuh..Yang berjaya melakukannya bukan geng-geng Donovan, Dempsey ataupun Friedel tapi pemain wanita ynag sedang beraksi pada Piala Dunia Para Gadis 2011 di German tika dan saat ini. Even Brazil diketuai Pemain terbaik Dunia Martha dan mendahului 2-1 ketika menuju hujung saingan, dan ketika peminat Brazil berpesta tiba-tiba Abby Wambach dan bukannya Abby Abadi menanduk masuk dihujung masa tambahan sekaligus membawa pasukan USA yang beraksi 10 orang ke penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2.Dan akhirnya USA menewaskan Brazil 5-3 untuk menempah tempat ke separuh akhir. Bagi aku yang menjadi tumpuan ketika penalti adalah gol keeper USA, Hope Solo (nama kureng tapi wajah buat income..hahah)..bukan kerana ketangkasan nya..TAPI ke'cun'nannya..Yezzaa...

Nasib baik Legend(Mia Hamm) ni dah
bersara..Kalau tak, lauk Brazil!

Pasukan lelaki Brazil juga akan menerima nasib yang lebih buruk daripada skuad wanita jika gagal menang perlawanan terakhir kumpulan di Kejohanan Copa America 2011 di Argentina. Apa pun tak boleh.Takkan nak panggil balik Ronaldo main balik!.... Mungkin sebab padang buruk kot, ditambah dengan cuaca sejuk sekarang ni di Argentina..Arhhh..alasan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...