Monday, July 4, 2011

Taiwan Out, Singapore Next!



Finally! We did it..Yes we did it! Bukan ke Piala Dunia 2014..tapi ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 yang akan diadakan di Brazil. Dan aku pasti ramai yang diluar sana melihat kejayaan kita even kita tewas 2-3 kepada pasukan Taiwan namun kita layak atas kiraan jaringan ditempat lawan. Gol Aidil dan Safiq memang World Class kat Stadium Perbandaran Taiwan! Pure class and quality..

Dan ramai juga yang kat luar sana memberikan komen-komen negatif terhadap kelekaan pemain serta juga terhadap percaturan Datuk K.Rajagopal dalam menentang Taiwan but in the end..Kita dah layak ke pusingan kedua and the most important thing and Taiwan gave us a very good lesson! Cakap memang senang..turunkan dia ni..main formasi ni..Aku percaya dengan Datuk sebab dia involve in day to day training session with his players.He know well who the best dat time!

And remember that we do without our key players like Khairul Fahmy, Ashari Samsudin dan juga Safee Sali. Di tambah dengan Mahali serta Idlan Talaha yang dikhabarkan tidak cergas sepenuhnya, Skuad kebangsaan harus diberikan sedikit pujian atas gaya permainan hantaran rendah, penggunaan pemain sayap yang lincah dan juga disiplin tinggi dibahagian pertahanan. Jika dulu kita tercari-cari pengganti ketika tiadanya Zamani Misbah, Nizaruddin Yusoff, Hairuddin Omar mahupun Shukor Adan kini kita sudah ada pengganti setaraf kepada kesebelasan utama ketika ini. Jika Aidil injured, Muslim Ahmad atau Fadhli Shas bila-bila masa sahaja mampu menjadi pengganti hebat sementara dibahagian tengah serta serangan Datuk K Rajagopal mempunya pilihan yang begitu banyak untuk diturunkan. S.Chanturu, Fakhri, Hadi Yahya, Kyrill, Baddrul serta Azmi Muslim termasuk pemain-pemain yang masih belum dipanggil seperti Nurul Azwan Roya, Abdul Manaf Mamat, Piya (kapten Kelantan) boleh bersedia bila-bila masa sahaja untuk menjadi pengganti kepada pemain regular dalam skuad utama macam Amirul Hadi, Kunanlan, Safee, Idlan, Safiq serta Amar Rohidan!
Awesome! 

Kami akan ambil Stesen Tanjung Pagar, tapi kami
akan beri kemenangan pada pasukan bola sepak awak
dikelayakan Piala Dunia nanti..Terima Kasih
Sememangnya percaturan pelik FAM mewujudkan Skuad Harimau Muda A dan juga B yang pada asalnya mendapat kritikan negatif kini tampak membuahkan hasil. Dan keputusan melantik anak tempatan sebagai jurulatih iaitu Datuk K.Rajagopal adalah keputusan tepat dan paling besar pernah dilakukan FAM. Lupakan seketika pembaziran yang dilakukan ketika kita berlatih di Slovakia atau pun perlawanan diluar Malaysia (Australia dan new Zealand) TAPI lihat lah hasilnya! Honestly yang aku pun tak sangka dan aku juga antara yang tak bersetuju dan menanggap pemergian mereka-mereka ini adalah sebagai percutian tapi inilah hasilnya.Mereka ini lah sebahagiannya yang menjadikan tiket RM 20 aku di Stadium Bukit Jalil seperti 2 sen! Tiket yang aku beli menjadi begitu berharga sekali! 

Dan lawan yang bakal ditentang pada 23 dan 28 Julai nanti adalah jiran setempat iaitu Singapura! Sang Harimau menentang Sang Singa..awesome! Dengan dibarisi beberapa pemain luar yang diberi kerakyatan seperti Alexander Duric, Agu Casmir, Shi Jiayi, John Wilkinson dan Mustafic Fakrudin dan ditambah dengan kaliber pemain tempatan seperti Noh Alam Shah, Indra Shahdan serta Lionel Lewis lawan Malaysia kali ini lebih merbahaya. Tapi kita juga mahu membuktikan kepada Singapura bahawa kejuaraan AFF yang baru dimiliki bukan sekadar nasib.

Ayuh! mari kita bersama-sama jelmakan lautan kuning biru di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai ini!
Malaysia Boleh!

1 comment:

Ramzul Ramli said...

aku cukup tak gemar bab bile passing kat teammate cara membunuh, member jarak dekat je less than 10 meters, tapi passing lob, gilo ko apo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...