Thursday, July 21, 2011

What Next Harimau Malaya?


What NEXT after Gold at Sukan Sea 2009?
What NEXT after crowned as a Champion at AFF Suzuki Cup 2010
What NEXT after our Olympic Squad made into Final Group(Asia) for London 2012?
What NEXT after exceptional display against two EPL big gun Arsenal and Liverpool?
The Next is WE NEED to dump Singapore at 2nd round of Asian Qualification for Brazil's 2014 World Cup!

Consistency is the key..Dan hopefully kita tak jadi macam England (sebab rata-rata peminat bola sepak di Malaysia sukakan Liga Inggeris) yang sering kecundang di saat penting. Dan atas sebab itulah England hanya berbangga dengan satu Kejuaraan Piala Dunia pada tahun 1966 dan juga liga EPL yang digilai di seluruh dunia.

Bukan aku tak boleh terima kekalahan TETAPI aku tak nak kalah dengan negara jiran serantau sebab kita Juara Serantau!..Dan pentas kelayakan Piala Dunia 2014 lebih besar nilai dan darjatnya daripada Piala Suzuki AFF 2010. 

Datuk Rajagobal pulak janganlah risau sebab peminat-peminat Liverpool yang dikatakan tidak patriotik akan datang beramai menyokong pasukan kebangsaan. Safee pun jangan cuak di boo penyokong Liverpool di SNBJ sebab atas nama Malaysia, kami akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi!  Setakat tiket RM 30 yang di 'mark-up' oleh FAM tidak mungkin mendatangkan gentar kepada peminat setia Harimau Malaya.

Dan aku tak kiralah formasi apa yang diguna pakai dan siapa yang akan diturunkan sebab in Datuk we trust! Malaysia perlu menang walau apapun caranya. Tewas dipusingan kedua kepada jiran serantau adalah sesuatu yang paling pahit untuk ditelan dan MUNGKIN mengendurkan keghairahan para peminat setia Harimau Malaya! Peduli apa aku dengan 'pemain import' Singapura..Uruguay tak perlukan Messi untuk ke final Copa America dan Paraguay lebih perlukan Larissa Riquelme daripada Neymar untuk ke final Copa..!!!Percayalah kita tak lagi mampu untuk menunggu 4 tahun lagi untuk bermulanya kelayakan Piala Dunia edisi 2018 di Russia. 

Paraguay need Larissa..
..........BUT NOT MESSI..hahaha

TANAH TUMPAH DARAHKU!!!! Malaysia Boleh  and You'll never walk alone Harimau Malaya...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...