KALAU lah kita ada 3 atau 4 orang macam Safee Sali
KALAU lah FAM buat kerja cari pemain-pemain yang beraksi di luar negara
KALAU lah kita ada Idlan Talaha tak injured dan Safiq Rahim tak kena kad merah
KALAU lah defend kita beraksi lebih baik di Singapura
KALAU lah Baddrul atau Ashaari yang masuk berbanding Fakhri Sharani masa kat Bukit Jalil
KALAU lah Datuk K.Rajagobal tak terlalu tinggi egonya!
KALAU lah Apek yang main di kedua-dua game hari tuh lawan Singapore.
KALAU lah Azmi Muslim yang main gantikan Asrarudin.
KALAU lah kita layak ke pusingan ke-3 kelayakan kumpulan Piala Dunia 2014 peringkat Asia.
Tak sampai 3 minit pun aku tulis semua benda kat atas ni.Senang kan? Mudah kan? Cakap..memang semua senang!Tapi yang berhempas pulas kat atas padang dan yang tak tidur malam memikir apakah ramuan terbaik yang perlu direncanakan bagi memastikan Malaysia layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia Zon Asia siapa yang nak ambik peduli..! Ya, kita semua kecewa, marah dan sedih atas kegagalan ini tapi begitu juga pemain dan jurulatih..Tak perlu rasanya kita menghambur kata-kata kesat, memberi pendapat seolah-olah kita lebih hebat dari pemain dan jurulatih atau menghentam sesedap rasa..Bayangkan seorang individu yang hendak memikul harapan hampir 26 juta rakyat Malaysia! Goyang beb...ditambah bermain dihadapan hampir 90 ribu penonton serta paparan 3-0 di atas manila kad yang perlu dicapai! Silap-silap Messi dan Ronaldo pun gegaq lutut.Tapi semua orang ada hak untuk memberikan pendapat..Bagi aku? Still believe that Datuk K.Rajagobal can bring another glory to Malaysian Football..!
Apa-pun kat bawah ni adalah link-link ulasan blogger tentang kegagalan skuad kebangsaan kepada Singapura baru-baru ini.Bacalah sebab aku malas nak tulis panjang berjela..panjang-panjang pun Malaysia tetap gagal ke pusingan ke-3...hmmmm
Rizal Hashim - JILAT!...One of my favorite blogger
Haresh Deol - Malaysia gets the boot..also one of my favorite
Suara Sukan - Usah..Good articles..
Dan ini adalah foto-foto yang membuktikan bahawa aku antara puluhan ribu peminat yang mengalami kekecewaan di Bukit Jalil Khamis lalu..But Still, in Datuk Rajagobal we trust!
Wife aku yang mengandung 6 bulan pon kena 'angkut' + twins |
Perjalanan dari parking kereta yg baru menginjak 300m.. masa sampai pintu stadium tak larat nak ambik gambar lg.. |
Bayangkan pukul 5.30 dah ada dalam stadium!! |
Stadium mula penuh..sekitar jam 6.30ptg |
Cokelat kat tangan tu berharga RM4.00 sedangkan harga pasaran 2.00-2.50..harimau malaya punya pasal! |
Sekitar jam 7.00ptg |
Sekitar jam 7.25ptg.. |
Bukan 'peace' tapi 2-0 confirm! |
Haa..dah nak pukul 8mlm..45 minit lagi jer...!! |
GOLLLLLLLLL!!!!!!! |
Tak larat nak tiup dah., |
Testing jerit untuk gol kedua yang tak menjelma-menjelma!! |
3 comments:
kami g jg dgn berkobar-kobar nyer..tp apakan daya...
cayala harimau malaya!!!!!
Kami sayangkan skuad harimau malaya....
For everything english premier league and fantasy football...Malaysian style...
fantasyonthego.blogspot.com...Join our official league for the extra kick
Post a Comment