Friday, January 21, 2011

What next?



Semenjak pasukan bola sepak kebangsaan kita menjulang Piala Suzuki AFF baru-baru ini, peminat, media dan tidak terkecuali ahli politik sibuk bercerita mengenai kehebatan pasukan bola sepak negara.Berbagai-bagai andaian, rumusan, kesimpulan dibuat dan tidak kurang juga kritikan ‘dilepaskan’. Ditambah dengan berita baik penajaan oleh Astro sebanyak RM 120 juta ringgit terhadap Liga Malaysia dan pelbagai rancangan yang serta-merta diatur untuk mengekalkan dan menaikkan potensi pemain dan pasukan yang sedia ada segala-galanya tampak berada dilandasan yang benar. Habuan dan ganjaran juga diterima pemain tidak kira melalui persatuan ataupun kerajaan negeri dilihat sebagai pembakar semangat dan tonik tambahan kepada pemain untuk lebih bersemangat dan berjaya.

Pemain-pemain kita pula baru kini dilihat dan dihargai‘orang luar’ walaupun hanya datang dari jiran setempat, jiran yang kita kalahkan dalam laluan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 namun ianya cukup untuk menjadi platform terbaik bagi pemain-pemain lain yang mengimpikan untuk bermain diluar negara.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat.
Namun disebalik cerita kejayaan dan kehebatan itu terselit sedikit cerita yang mungkin kurang diberi perhatian akibat daripada MUNGKIN kita terlupa, atau MUNGKIN juga kita buat-buat lupa..ATAU disebabkan MUNGKIN kita kita berfikiran…”ada aku kesah’’?

ISU FAM.

Apabila pasukan bola sepak kebangsaan kalah, siapa yang ‘paling’ dipersalahkan? FAM..of course.Bila jurulatih yang dilantik gagal.FAM juga dipersalahkan. Bila pemain yang bermain diluar negara dipanggil dan pemain tak datang, still FAM dipersalahkan.Masalah gaji? FAM lagi!!.Bila pemain tak perform setelah ,macam-macam diberi FAM, adoiiii FAM lagi. Dan bila menang?..ohhh siapa FAM tuh..yang wiranya Rajagopal, Safee Sali, Safiq Rahim, Idlan Talaha dan ramai lagi..tapi still FAM masih dipersalahkan..sebabnya tak panggil Brendan Gan, sebab rupanya Piala Suzuki AFF ni dalam calendar FIFA dalam status ‘friendly’..FAM tak buat kerja ke?buta FAM ni..lambat update dalam Web pun dicemuh..padahal baru sekejap tadi kita meraikan kejayaan pasukan bolasepak negara.Kegagalan FAM mendapatkan pasukan bertaraf yang jauh lebih tinggi juga dijadikan satu isu untuk menghentam FAM.Kalau ranking kita teruk sangat macam mana mereka nak lawan kita.Dah tentu mereka tengok siapa paling handal di Asia.Hmm jawabnya Thailand, Indonesia dan Singapore lah yang didahulukan. Baru-baru ini FAM dapat mengaturkan perlawanan bersama Hong Kong, still ada suara2 yang berkata..’’hmm FAM memang lembab, selama ni tidur jer tau..Hai, dapat pasukan standing pun nak marah!!!Macam2.Kesian lah FAM tuh. Aku bukan Pro FAM atau juga Anti-FAm Cuma peminat bolasepak yang ingin melihat pasukan bola sepak negara berada di tahap tertinggi dan boleh dibanggakan.

ANTARA PASUKAN BERSTATUS NEGERI DAN BERSTATUS KELAB.

Sekian lama kita disogok dan dimanjakan dengan status pasukan yang negeri ini dan kita ada 14 pasukan utama yang semuanya adalah negeri2 di Malaysia.Termasuk pasukan Harimau Muda yang ditaja siapa? FAM…ulang lagi sekali..FAM!! ..Kita sebenarnya ‘tersekat’ dengan perkara ini sejak sekian lama dan hasilnya pasukan bolasepak yang bertaraf professional atau pun semi-prodi Malaysia ini boleh kita bilang dengan jari.Selangor, Negeri Sembilan, Selangor lagi, Kedah, Selangor lagi, Kelantan, Sabah, Perak, Terengganu, Selangor lagi.sebab pasukan berstatus kelab susah nak mencari tapak kukuh dalam industri bola sepak negara.MPPJ – bekas juara Piala Malaysia bungkus!!! SAJ – tarik diri daripada menyertai Liga Perdana, UPB-Myteam tutup kedai dan pasukan2 seperti PKNS, Proton FC, Felda United, Negeri Sembilan  Cempaka, Kuala Muda Naza dan banyak lagi seperti tenggelam timbul.KL plus pula mengumumkan tidak akan menyertai liga Malaysia utnuk tahun 2011.Cuma Johor FC mampu bertahan kukuh setakat ini.Kenapa? macam ni..Kalau kebanyakkan orang dah sokong Selangor, macam mana orang nak sokong PKNS Selangor, MPPJ Selangor mahupun Proton (kilang kat Selangor).Dan disebabkan tiada penonton yang ramai.Macam mana nak generated income!! Macam mana diaorang nak hidup. Stadium Shah Alam yang kapasiti mencecah 80 ribu orang hanya penuh bila di peringkat separuh akhir Piala Malaysia sahaja.Itu kalau penuh. Sebab masa liga mana hendak orang kat Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam nak datang jauh semata2 nak tengok Selangor lawan pasukan PKNS Selangor atau pun Pos Malaysia Berhad. Kita lihat pasukan-pasukan luar negara.Mana ada pasukan Madrid FC.Yang ada Real Madrid, Atletico Madrid, Rayo Velecano dan juga Getafe.Di Manchester pula,ada Manchester City, Manchester United dan Bolton juga terletak dalam kawasan Manchester.Di Liverpol pula, adanya pasukan Liverpool FC dan Everton FC dan paling ketara di London, adanya Chelsea, Spurs, Fulham, Charlton Atletic, Crystal Palace,Arsenal, West Ham dan banyak lagi[LINK].Pernah kita dengar nama pasukan London FC? Tak pernah!Meriah bukan?? 
Antara pasukan kelab yang pernah mewarnai Liga Malaysia
Bayangkan Petaling Jaya ada kelab dan stadium sendiri, Subang Jaya ada satu, Shah Alam ada satu.Tak perlu besar, setakat 20 ke 30 ribu kapasiti pun dah cukup!!! Kalau satu PJ datang tengok kat stadium,tak muat stadium der.Macam tu nak generate wang!!!Persatuan negeri pula, sepatutnya tumpukan pada pembangunan bolasepak dari peringkat akar umbi..adakan klinik bola sepak dan sediakan prasarana..bila banyak pasukan bolasepak..baru lah bola sepak boleh dijadikan satu Industri!!! Barulah pemain2 rasa terjamin dengan karier bolasepak.Ibu bapa pun tak segan nak hantar anak untuk main bola.Kan Kan Kan..Tapi susah sebab memang sistem bolasepak kita adalah state-based (bak kata-kata Rizal Hashim dalam Blognya.[LINK] Memang akan dipenuhi dengan politik la.Tak boleh lari.

HARIMAU MUDA

Berbagai-bagai pendapat diutarakan mengenai wajarkah skuad ini dibentuk.Wajarkah? Sebab hari tu kita menang Piala AFF Suzuki 2010 sebab tu ramai merasakan tindakan yang cukup tepat..kalau kalah? Dah tentu ramai berkata membazir betul hantar ke Slovakia.Membazir betul skuad ni ditubuhkan.Habis duit rakyat!!Adil ker membuat pertimbangan sebegitu.Bagi aku Harimau muda yang dibentuk ini sebenarnya menyempitkan ruang untuk mereka yang lebih berbakat diluar sana untuk terpilih mewakili negara.Bagi akulah,player Harimau Muda sebenarnya mempunyai advantage dalam pemilihan kerana mereka lebih selalu bersama jurulatih yang juga menjadi Jurulatih Kebangsaan.Tak kiralah peringkat U-23, Olimpik mahupun Kebangsaan.Tak setuju? Atau tak berapa tepat..Maafkan saya..huuu. Aku tak nafikan sumbangan pemain-pemain seperti Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan yang lain-lain namun aku merasakan pasukan yang ditaja FAM ini agak pelik untuk berada dalam kancah Liga Malaysia..Pernah terfikir tak anda? Bila mereka bermain untuk Harimau Muda..apa ada dalam kotak fikiran mereka?? ‘Senang nak wakili Pasukan Kebangsaan’ atau ‘Aku harus bermain mati2 untuk FAM’ atau ‘aku ingin menjadi lagenda dalam Skuad Harimau Muda’..ish macam pelik jer bunyi nyer..Ni just aku punyer pendapat…

ISU PEMAIN IMPORT

Ya, aku terpaksa mengakui kata-kata Rajagobal yang berbunyi lebih kurang begini..’’ Dahulu kita ada pemain import, kita tak menang pun Piala AFF dan bila liga kita tiada pemain import kita Berjaya memenangi Piala AFF ini’’.Walaubagaimanapun, aku tetap merasakan yang pemain import didalam liga dapat menambah kualiti liga itu sendiri dan dapat menjadi pendorong pemain tempatan untuk menjadi pemain yang lebih baik.Kenapa aku cakap macam tu? Aku tak nak pemain tempatan menjadi selesa bermain sesama sendiri kerana diperingkat yang lebih tinggi fizikal, kepantasan dan corak permainan adalah sungguh berbeza.Lihat sahajalah bagaimana India mudah sekali diratah di Kejohanan Piala Asia 2011 di Qatar yang tengah berlangsung. Untuk menjadikan kehadiran pemain import memberi impak yang begitu positif, pemain import yang dibawa masuk hendaklah disaring dan dikaji secara teliti untuk memastikan mereka benar-benar berkualiti.Kita jadikan kesilapan pada masa lalu apabila persatuan ditipu oleh agen atau pemain sendiri yang mempertontonkan aksi hanya melalui pita rakaman ataupun CD. Liga Malaysia pernah menonjolkan pemain2 import berkualiti seperti Ervin Boban, Abbas Saad, Marlox Alex James, Juan Manuel Arestegui, Bruno Martelotto, Scott Alleranshaw dan ramai lagi.Pemain-pemain seperti ini dapat memberikan cabaran yang berlainan dan berbeza untuk pemain kebangsaan seperti Muslim Ahmad, Aidil Zakuan, Fadhli Shas berbanding menentang pemain-pemain tempatan. 


Muslim vs Hairuddin

Muslim vs Marlon Alex James
Manakah lawan yang lebih bagus untuk Muslim tingkatkan kemampuannya..? Anda fikirlah sendiri...

Pendapat saya di atas mungkin betul mungkin juga tidak tepat dan jika pembaca ada pendapat lebih baik dan saya tak nampak..Boleh komen dibawah..jangan segan dan jangan malu..''jangan malu-malu, jangan segan-segan...huuu''

7 comments:

Seizer said...

bro aku suker sbb entri ko sumer berilimiah.. aka bukan direct translation.. dan dibuat ngan research.. quality post!

Seizer said...

ilmiah*

Tengku Firmino said...

Thanks bro Seizer..kekadang aku pun terlepas cakap dan terlepas pandang jugak..kalau ader yg terbabas..sound jerk..aku tak nak walk alone..huhuu

Seizer said...

haha... nak sound mende pulak!


Berita Liverpool Terkini :Preview : Wolves VS Liverpool
Berita Liverpool Terkini 2:Sape Cakap Liverpool Takde Duit?
Berita Liverpool Terkini 3:Transfer Rumours Januari Liverpool Part 2




.

Tengku Firmino said...

terbaek bro seizer..jgn risau..u punyer post i mesti baca dan komen punyer..go go go liverpool

Farah said...

jgn pegang pegang,dudut renggang rengang...bertambah syg <3...i luv u admin...ckckck

Tengku Firmino said...

nak berduet ke cik or pn farah..huhu..tak de hal..red box? blue box..green box..no hall..apapun Malaysia Boleh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...