Monday, January 17, 2011

Liverpool 2 - 2 Everton - Gameweek 21 at Anfield

Kuyt celebrated his goal.
Tatkala melihat senarai pemain-pemain yang bakal diturunkan oleh Kenny Daglish secara spontan aku berkata..''Oppss, sekejap..ada Jay Spearing?..betul ke ni..damn!! nak kalah lagi ker..bukan aku tak percaya dengan kebolehan pemain yang lahir daripada Akademi Liverpool ni tapi..entahlah..Big game ni!! Tapi selepas 90 minit, dapat dilihat kenapa Daglish menurunkan pemain ini berbanding pemain lebih berpengalaman Cristian Poulsen. Walaupun kadangkala hantaranya kurang tepat namun, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan memberi sinar baru kepada karier pemain yang bertubuh kecil ini.

Jay Spearing
As usual, Liverpool started the game really well. Dengan menggunakan corak pantas dan menyerang serta sedikit open play, tapi setiap pemain menunjukkan kesungguhan yang begitu ketara. Dan hasilnya Raul Meireless  menjaringkan gol peribadinya yang pertama untuk Liverpool dalam EPL pada minit ke-26 dengan melakukan rembatan volley yang menarik. Dan selepas itu Liverpool menguasai perlawanan ketika Everton banyak melakukan serangan melalui counter-attacks namun gagal menambah jaringan.Perlawanan kekal dengan Liverpool mendahului 1-0 hingga tamatnya separuh masa pertama.

Baru seminit separuh masa kedua dimulakan, Everton mendapatkan jaringan penyamaan melalui jaringan Slyvian Distin hasil kelekaan Martin Skrtel yang gagal mengawal kemas pemain petahan tinggi lampai itu.Belum sempat anak buah Daglish mengatur semula percaturan, Liverpool sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua Everton melalui bekas penyerang Leeds United Jermaine Beckford. Juga hasil daripada kelemahan barisan pertahanan yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan kotak penalti.Namun ketika peminat Liverpool berkira-kira Daglish akan menerima kekalahan ketiga dalam masa 2 minggu, Dirk Kuyt muncul penyelamat dengan menyumbat masuk sepakan penalti pada minit ke-68 hasil kekasaran yang dilakukan Tim Howard terhadap Maxi Rodriguez. Perlawanan kekal dengan jaringan 2-2 hingga tamat perlawanan.

Tiga perlawanan liga selepas ini adalah menentang Wolves, Fulham dan Stoke City dan pastinya hanya kemenangan yang dapat memuaskan hati kepada peminat setia the reds.

Tengku's Man of the Match:

Fernando Torres - Biarpun gagal meletakkan diri dalam senarai penjaring, namun keupayaan penyerang kelahiran Sepanyol ini menggerakkan jentera serangan secara bersendirian harus menerima kredit yang lebih. Hampir mendapatkan gol awal namun cubaanya terkena tiang pada separuh masa pertama.Kenny Daglish harus mencari seorang tambahan seorang penyerang yang berkualiti untuk mengurangkan beban yang ditanggungnya ketika ini.

4 comments:

Jorji said...

kenny bukan untuk bolasepak moden.

:P

nice blog!

Tengku Firmino said...

the reason why Liverpool perform better than Roy Regime was just an aura that King bring into the team..that for now..dont think so its about tactic or training he use because its will take time to adapt into new system..but so far so good...!!!

Wan Gerrard said...

hmm 1st gol diorg xpatut ada corner..referee ni pun..taktik King kenny masih x pasti tapi bagus gak semua pemain dpt diberi peluang macam Jay Spearing ^_^

Man of The Match pilihan Gerrard: Raul Meireles

Tengku Firmino said...

yup en.wan..Jay Spearing is better than poulsen plus he come from academy..we actually deserved to get 3 point but is was a fine display by Liverpool player..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...