Tuesday, January 25, 2011

Why Sir Alex Ferguson still in the business?

Banyak kali kita terdengar dan terbaca tentang rancangan Sir Alex Ferguson untuk bersara daripada dunia bola sepak namun sehingga kini dia masih gagah dan setia menjadi pengurus kepada Manchester United.Why?? Pelbagai nama dikaitkan untuk menggantikannya antaranya Jose Mourinho, Guus Hiddink juga pengurus Everton David Moyes namun semuanya tidak menjadi kenyataan.(LINK)
Bagi aku alasan yang paling munasabah kenapa Alex Feruson masih 'bekerja' di usia ini ialah sebab dia GEMBIRA. Duit banyak tapi hati tak GEMBIRA pun tak guna.Hensem dan kacak tapi asyik muram pun tidak berguna.Melihat kejayaan demi kejayaan yang dicipta pasukan bimbingannya Manchester United membuatkan 'Otai' ini masih dalam arena bola sepak antarabangsa.Even aku adalah peminat setia Liverpool, aku kagum dengan pencapaian Alex Ferguson ni.Kalaulah dia ditakdirkan jadi manager Liverpool, tak muat rasanya kabinet piala yang ada kat Stadium Anfield..hahaha. Pemain-pemain bintang yang dihasilkannya kekadang membuatkan Alex Ferguson terasa muda walaupun usia sebenarnya sudah mencecah angka 70 Tahun!! (LINK).

Cubalah baca link ini untuk mengetahui khasiat ceria, gembira dan ketawa.(CERIA DAN GEMBIRA).


Dan bagi aku,hanya ada satu Alex Ferguson dalam arena bolasepak dan mungkin kita memerlukan beribu tahun untuk muncul satu lagi insan bernama Sir Alex Ferguson.

\


Dan tak hairanlah kalau pengurus West Ham United, Avram Grant pernah mengatakan menjaringkan gol adalah lebih bagus dari seks.huhhu..Anda Setuju???Avram Grant.Mungkin betul mungkin tidak.Andalah yang menentukan.Huh macam iklan TV pulak.

Apapun yang penting tarikh lahir Alex Ferguson sama dengan aku..31 December !!! hahaha..(tak da kene mengena dengan post ni)..:-)

6 comments:

Anonymous said...

aku memang setuju sangat la dengan apa yg penulis tulis ni...tp aku tertarik dengan statement Avram Grant yang mengatakan menjaringkan gol adalah lebih bagus dari seks...aku nak tambah ckit, jaringkan gol kemenangan pada minit2 terakhir adalah lebih bagus dari seks...

Tengku Firmino said...

Huh..spot on!! yg lagi terbaik..lepas jer gol minit2 akhir terus je..tutttttt....hahahah

RABUN said...

ya dia memang terbaik...macam mana pon aku benci nak mampos dgn dia....FA inggeris kecut perut dengan dia ni..apasal pon aku tak tau...

mungkin aku jelous, aku tak tau lah...tapi yang pasti aku menyampah dengan dia ni heheheeh

mungkin kalau dulu kenny daglish tidak berhenti sebelum waktunya, dia mungkin boleh mengimbangi kejayaan Furgeson ni

resepi kejayaan Furgeson mudah saja, bikin player untuk percaya kehebatan diri sendiri,(kene ada rasa angkuh dan bongak sikit)

dan perlu menanam kebencian terhadap LIVERPOOL contoh pada player seperti nevile, rooney (yang satu ni memang di guna pakai furgeson sendiri atas kejayaan peribadi dia selama ni)....Dan aku percaya dia tidak akan berenti selagi tidak memecahkan semua rekod Liverpool termasuklah di eropah.

bebalik pada Liverpool kegagalan Liverpool adalah kerana bersenang hati dengan rekod silam(dah lama terbuai mimpi) dan kegagalan menanamkan kebencian pada pasukan setan merah ni pada player player Liverpool. (Gerrad, Torres, Caragher kemungkinan antara player yang ada memikirkan perkara ni)

contoh terbaru kesilapan Liverpool ialah mengambil Pak cik roy yang ternyata terlalu hormat dan berkawan baik pada Furgeson

yup mungkin pendapat aku tidak berapa sportmanship....

hehehehe panjang lak .....

Tengku Firmino said...

setuju..sangat la setuju wahai en rabun..walaupun nama 'rabun' tapi nmpak apa yang berlaku..huhuhu..smpai kan Liverpool ini digelar Mr History!! ahhhh aku peduli apa!!! Liverpool till die..hahaha..tak sabo nak tengok game malam ni..hehehe

Wan Gerrard said...

wah tak best pun die :P
tp salute trofi yang die dh menang..
YNWA tonite

Premature Ejaculation

Anonymous said...

benitez nyer citer takde ke?

hehehehe...LFC not KFC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...