Opening match between Qatar and Uzbekistan |
Inilah perasaan sama yang mungkin kita lalui ketika menjadi tuan rumah Piala Asia ketika tahun 2007 malah lebih teruk lagi kerana kita kalah disertakan dengan permainan yang begitu teru..Orang putih kata too bad!! Opps lupakan sejarah silam kerana kita dalam proses untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia. Baik kita fokuskan kepada kejohanan Piala Asia yang berlangsung di negara yang akan menjadi host Piala Dunia 2022, Qatar.
Keputusannya tuan rumah tewas 0-2 kepada pasukan yang telah mengecewakan pasukan kebangsaan ketika pusingan kelayakan dulu, Uzbekistan. Qatar yang membariskan 3 awang import yang diketuai pemain keturunan Brazil Fabio Cesar dan pemain yang berasal dari Uruguay Andres Soria serta Lawrence Quaye. . Namun separuh masa pertama menyaksikan Uzbekistan lebih mendominasi perlawanan dengan serangan banyak di ilhamkan penyerang utama mereka Aleksandr Geynrikh dan penyerang pasukan Dynamo Kiev, Maksim Shatskikh namun gagal mencari gol yang diinginkan.Aleksandr hampir sahaja mendapatkan gol awal tetapi cubaannya dengan kaki kanan singgah di penjuru palang gol Qatar.
Gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke 58 apabila rembatan Odil Ahmedov melantun kedalam gol setelah terkena palang gol untuk memberikan pendahuluan kepada pasukan Uzbekistan. Selepas gol itu, barulah Qatar bermain dengan lebih pantas dan agresif namun penyudah yang lemah serta final ball yang kurang menjadi mengecewakan penyokong tuan rumah. Kesilapan permain pertahanan Qatar dikawasan gol mereka memberi ruang kepada server Djeparov menjaringkan gol kedua dengan mudah pada minit ke-77 perlawanan.Dengan kekalahan ini, peluang pasukan Qatar yang dibimbing bekas jurulatih yang membawa Senegal layak kesuku akhir Piala Dunia 2002 untuk layak kepusingan kedua dilihat semakin sempit dengan dua perlawanan akan datang akan menemukan mereka pasukan yang boleh dikatakan kuat iaitu China dan juga pasukan serantau, Kuwait.
Akmedov celebrates his second goal for Uzbekistan |
First goal by Djeparov |
Wajah sedih Bruno Metsu |
Tengku's Man Of the Match: Aleksandr Geynrikh - Good in the air, closed to get his name on scoresheet, good controlling of the ball but only lacks of stamina.
No comments:
Post a Comment