Tuesday, January 4, 2011

Our captain, Mohd Safiq Rahim!


Safiq Rahim
Biarpun ketika ini media dan peminat tempatan bertumpu kepada penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010, Safee Sali dan juga Idlan Talaha serta ketangkasan Khairul Fahmy Che Mat  namun aku lebih tertarik untuk mengulas tentang kapten pasukan negara yang menjulang piala kemenangan di Bung Karno rabu lalu. Shebby Singh pernah berkata ''Kita perlukan seorang ketua dan tentera yang ramai bukannya ketua lebih ramai dari askar'' yang mana merujuk tepat kepada ketua pasukan kebangsaan untuk kejohanan Piala AFF 2010 ini, Mohd Safiq Rahim.

Dilahirkan pada 5 Julai 1987 dan kini berusia 24 tahun merupakan pemain tengah pasukan Selangor.Memulakan  karier bolasepak dengan menyertai pasukan remaja Selangor dan kemuncaknya kejayaannya ketika itu adalah semasa menjulang kejuaraan Piala Presiden ketika menewaskan Perak pada tahun musim 2007(Klik SINI). Namun, kegagalannya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama untuk skuad senior Selangor yang ketika itu dibimbing bekas penyerang kebangsaan Dollah Salleh memaksanya mencari haluan baru bersama KL Plus untuk musim 2008/09. Nyata persembahannya yang konsisten bersama skuad yang digelar 'Highway Worriers' itu menarik minat K.Devan yang baru sahaja mengambil alih sebagai pengedali pasukan Selangor daripada Dollah Salleh untuk menggunakan khidmatnya.

Nyata keputusannya untuk berhijrah ke Selangor membawa sinar dan tuah yang baru apabila diserapkan ke dalam Skuad Bawah 23 tahun kendalian K.Rajagopal dan seterusnya melakukan kemunculan sulung bersama skuad negara bawah 23 tahun  pada Kejohanan Sukan Sea 2007 ketika menentang Myanmar.Memegang lilitan kapten pasukan kebangsaan daripada Aidil Zakuan untuk kejohanan Piala AFF 2010 bukannya satu tugas yang mudah bagi Safiq kerana terdapat pemain yang lebih senior daripadanya seperti Safee, Amri Yahyah, Khyrill Muhaimeen, Razman Roslan dan juga Idlan Talaha sendiri.Di tambah dengan permulaan buruk ketika tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pembukaan, namun Safiq bangkit membimbing pasukan negara untuk layak ke pusingan seterusnya dan akhirnya bergelar juara dengan menewaskan Indonesia. Walaupun hanya berusia 24 tahun, namun kematangan dan visi yang ditunjukkan dalam setiap permainan nyata membuktikan percaturan Rajagopal yang memilihnya sebagai ketua pasukan adalah sesuatu yang amat tepat sekali.Rajin, berani dan juga pakar sepakan percuma merupakan aset yang perlu di asah lebih lagi untuk menjadi pemain yang benar-benar disegani. Teruskan usahamu Safiq Rahim!!!! Kau adalah wira negara!!!


P/s: Teruskan usaha dan sentiasa lah berdisiplin kerana itu adalah perkara paling utama untuk lebih berjaya di masa hadapan:






Kemuncak karier Safiq setakat ini - Juara Piala Suzuki AFF 2010

                             
                      

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...