Wednesday, January 26, 2011

Apabila Tan Sri Annuar Musa Berbicara Tentang Bolasepak Malaysia..


Aku berkesempatan layan rancangan Formasi di Astro Arena pukul 8.00 malam tadi yang mana jemputan adalah Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Mejar (B) Bahar Abd Hamid dari MSN.Perbincangan adalah berkisar tentang bola sepak Malaysia yang mana pengacaranya adalah Zainal Abidin Rawop. Aku bukan nak mengulas pasal tetamu ni, tetapi aku ingin kongsikan kata-kata yang begitu menarik minat aku yang keluar daripada Tan Sri Annuar Musa.Antaranya adalah:

  • Kita menjadi juara bukan sebab kita yang terbaik, tetapi kita telah menewaskan yang terbaik!! - What a word.
  • Secara jujurnya,bola sepak kita tidak mempunyai sistem dan rata-rata pemain yang menjuarai Piala AFF lalu bukanlah lahir daripada sistem yang kita praktikkan sebelum ini tetapi isnya hadir secara kebetulan. - Statement berani mati tapi sebab yang cakap Timbalan Presiden FAM, so takda masalah kot.
  • Walaupun dah war-warkan yang kita di tahap professional, tetapi sebenarnya ramai pegawai daripada persatuan negeri yang tidak tahu kriteria-kriteria untuk mencapat tahap professional - Nah Ambik!
  • Saya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, merayu supaya pihak kerajaan supaya membantu dan bekerjasama dengan FAM dalam merencana dan menyediakan pelan terbaik untuk pembangunan bola sepak Malaysia.Sebab kuasa FAM terhad - Macam tu sekali..
  • Antara kriteria-kriteria utama untuk mencapat tahap professional adalah pasukan perlulah 'tip-top' dari segi komersial (penaja, penyata akaun dan macam-macam lagi) sedangkan mostly pasukan utama di Malaysia masih mengharapkan 'sedekah' sebagai penyumbang kewangan masing-masing. - Hambek lagi sekali.
  • Saya berani 'bet' jika kita mempunyai pelan yang tersusun dan terbaik dalam merencana pembangunan bolasepak di Malaysia, dalam masa 8 tahun kita akan setaraf dengan Korea Selatan dan Jepun - fuh, sasaran yang realisitk hanya untuk menjadi jaguh Asia.
  • Sebagai Pengerusi baru liga MSL, saya akan turun ke setiap negeri dari masa ke semasa untuk memberi penerangan tentang apa yang dimaksudkan dengan Professional. - Macam ni lah cara bekerja!!
  • Saya akan usahakan supaya liga-liga bagi remaja berumur dibawah 15 tahun di setiap negeri 'wujud' supaya pemain-pemain usia ini akan mempunyai perlawanan kompetitif sekurang-kurangnya 30 perlawanan dalam setahun - Huh, kalaulah boleh dilaksanakan..
Well said Tan Sri, keep it up and GOOD LUCK..You'll never walk alone!!!!

2 comments:

RABUN said...

apa kata presiden seumur hidupnya lak uhhh...anyway semangat mcm ni yang kita mau...yeah YNWA he he harap malaysia bleh sampai peringkat ASIA dan bersaing dengan team mcm jepun, dan korea....

zonfoe said...

aku mmg respect dgn TSAM(tan sri anuar musa) , masa dia jadi menteri belia dan sukan lah tertubuh nye stadium bukit jalil, time nie , die kene marah dgn Dr Mathathir, sbb nye, kata nye, mmbazir buat stadium besar2 tapi sekarng, time final ape jadi???Stadium bukit jalil da ta muat...beliau seorang yang berpikiran jauh dan bijak. alasan beliau juga untuk membuat stadium bukit jalil adalah untuk melobi sukan olimpik d persada dunia...tgk plak hishamuddin melobi sukan asia....tu pun tak lepas.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...