Sunday, January 30, 2011

Selangor (0) vs (2) Kelantan - Piala Sumbangsih 2011


Juara Piala Sumbangsih 2011-Kelantan

Kelantan memulakan musim baru liga Malaysia dengan bergaya apabila menjulang Piala Sumbangsih edisi 2011 setelah menewaskan pasukan Selangor yang dibimbing K.Devan hasil jaringan penalti oleh Idlan Talaha dan gol padang oleh kapten pasukan Piya. Dengan kemenangan ini, pasukan Kelantan membawa pulang 3 mata penuh kerana perlawanan Piala Sumbangsih ini juga dikira sebagai perlawanan pertama Liga Super musim 2011 untuk kedua-dua pasukan.

Walaupun terdapat insiden permainan dihentikan seketika pada masa kedua kerana layangan mercun yang dilemparkan penonton semasa separuh masa kedua namun ianya tidak menghalang Kelantan untuk menjulang piala pertama yang ditawarkan untuk musim ini. Selangor yang diketuai Safee Sali, Amri Yahyah, Amirul Hadi, Razman Roslan, Asrarudin serta kapten pasukan kebangsaan nyata gagal membentuk kombinasi serta melancarkan serangan yang benar-benar menggugat pintu gol Kelantan yang di kawal oleh penjaga gol utama kebangsaan Khairul Fahmy Che Mat. Lebih malang bagi ketua pasukan negara Safiq yang terpaksa dikeluarkan pada waktu rehat kerana permainan teruk yang ditunjukkan pada separuh masa pertama memaksa K.Devan mengubagh startegi dengan memaksukkan Shazwan Fitri untuk baki 45 minit menuju ke akhir perlawanan.

Namun ada beberapa perkara yang saya ingin highlight kan merujuk kepada perlawanan semalam antara Kelantan dan Selangor:

KUALITI PERLAWANAN:
Biarpun dengan penaja baru dan pemain baru, namun terus terang saya katakan kualiti yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan masih ditakuk lama.Begitu banyak hantaran yang menyakitkan mata walaupun dalam jarak tidak sampai 2-3 ela.Sesuatu yang patut diperbaiki untuk perlawanan seterusnya.

TAHAP FIZIKAL PEMAIN:
Nyata pemain-pemain masih belum mencapai tahap kecergasan terbaik dan ada pemain didalam padang yang clealy out of shape. Fadzli Shaari - ada satu ketika dia mengangkat baju dan terlihat perutnya yang menggelebeh serta S.Sritharan dilihat yang begitu berat.

PENONTON:
Benar kata Zainal Abidin Rawop yang menyatakan bahawa mentaliti penonton juga perlu berubah jika ingin melihat taraf liga Malaysia naik ketahap yang lebih tinggi. Mercun, balingan botol serta laser tidak perlu berada dalam stadium.

ader lagi laser ni...
BUILT UP MATCH BY ASTRO:
Pembaharuan yang cukup menarik dan terbaik dilakukan oleh Astro kerana kita dapat melihat kelibat pemain yang baru tiba ke stadium, suasana dibilik persalinan serta info tentang kedua-dua pasukan yang tak ubah ala-ala EPL.Cuma interview di kala pemain mahu kebilik persalinan pada separuh masa agak tidak sesuai.Tahniah Astro.

Tengku's Man Of The Match: Piya (Kapten Pasukan Kelantan)

Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Kelantan.......Gomo Kelate Gomo!!!

Saturday, January 29, 2011

Preview Selangor vs Kelantan (Piala Sumbangsih 2011)


Liga bola sepak Malaysia secara rasmi akan bermula malam ini dan tumpuan perlawanan pastinya terarah kepada pertembungan dua seteru utama di Stadium Shah Alam. Satu dikenali sebagai Red Giants (Selangor) dan satu lagi menggelarkan diri mereka Reds Warriors (Kelantan). Peminat bola sepak tempatan pastinya sudah tidak sabar untuk melihat permulaan baru Liga Malaysia yang kini mendapat tajaan lumayan daripada Astro ditambah dengan kejayaan skuad bola sepak negara pada kejohanan Piala AFF 2010 yang lalu.Nama-nama seperti Khairul Fahmy Che Mat, Safee Sali, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Idlan Talaha, Amri Yahyah dan ramai lagi pastinya menjadi tumpuan peminat dan prestasi mereka pastinya dinilai dengan teliti oleh semua pihak. 


Nurul Azwan Roya - bekas pemain Johor FC
yang kini bersama Kelantan
Nicholas Chan - Pernah menjalani latihan dengan
Cardiff Citydan West Ham
Di atas kertas dilihat segala-galanya semua berpihak kepada Selangor kerana perlawanan malam ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam dan pemain tonggak yang menjuarai Piala AFF 2010 bulan lalu semuanya cergas untuk beraksi sementara di kem Kelantan bermula dengan isu lampu padang yang tidak menepati piawaian FAM kemudian di tambah dengan penggantungan Sathia selama 6 bulan yang sememangnya merencatkan perencanaan  skuad Kelantan. Kelantan pastinya mengharapkan sentuhan pemusnah Idlan Talaha serta ketangkasan Khairul Fahmy Che Mat di gawang gol setelah kehilangan Hairuddin Omar (N.Sembilan), Akmal Rizal (Perak), Azizi Che Ros, Nor Farhan Mohamad serta Indra Putra yang beralih arah ke pasukan T-Team. Selangor pula akan diperkuatkan pemain tonggak seperti pemenang kasut emas Piala AFF 2010 Safee Sali, kapten pasukan kebangsaan Safiq Rahim, kapten Selangor Amri Yahyah, Amirul Hadi Zainal, Asrarudin Putra serta Razman Roslan ditambah dengan kehadiran bekas pemain kebangsaan Fadzli Shaari dari KL Plus serta Azidan Sarudin  yang merupakan bekas ketua pasukan Kuala Lumpur musim lalu. 
Fadzli Shaari - Selangor
Azidan Sarudin - Selangor

Pengendali baru Skuad Kijang, M Karathu pula pastinya inginkan permulaan gemilang setelah kembali semula dalam arena bola sepak tempatan setelah menghilang selama beberapa musim namun tempoh 2-3 hari yang dimiliki dalam membentuk gandingan serasi pastinya menjadi penhalang utama dalam menidakkan impian anak-anak buah k.Devan. Kehadiran pemain yang pernah menjalani latihan di Cardiff City, Nicholas Chan pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat tempatan untuk melihat kemampuan dan keupayaan pemain yang berusia 20 tahun ini.Kemasukan penyerang veteran Khalid Jamlus dan bekas pemain tonggak Johor FC Nurul Azwan Roya juga sedikit melegakan pasukan Kelantan.

Tengku's Prediction : Selangor (2) vs (1) Kelantan

Perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2011 ini juga dikira sebagai perlawan pertama Liga Super bagi kedua-dua pasukan dan mata akan dikira berdasarkan keputusan hingga minit ke-90.

Friday, January 28, 2011

Liverpool Back On Tracks..

Liverpool (1) vs (0) Fulham
Berbaloi-baloi effort aku bangun pagi nak tengok Liverpool menang pagi kelmarin.Abis adik ipar aku kene kejut sebab untuk temankan aku tengok Liverpool lawan Fulham.Seram tu nak tengok sorang-sorang sebab rumah yang aku duduk ni pernah masuk perompak.Kalau 2 orang tuh beranilah sikit.Even menang tak besar dan tak thrilled macam Man U menang dengan Blackpool tapi hati aku tetap puas.Sebab lama sangat rasanya Liverpool tak menang back to back dalam liga!! Rasanya macam aku ni sokong kelab-kelab bawahan pulak sebab nikmat kemenangan jarang sangat dinikmati masa regime Roy Hodgson.Now, bawah kendalian Kenny Daglish Liverpool kini mula menunjukkan peningkatan yang sangat ketara (ketara ker? suka hati aku lah, sebab aku yang tulis..hahah)

Tengku's Rates for Liverpool players:

Pepe Reina (6/10): Tidak melakukan sebarang kesilapan.Mantap!
Martin Kelly(7/10): Good in the air and consistent so far.Deserved to be in 1st eleven.
Glen Johnson(7/10): Solid performance for England international. Macam ni lah player harga 17 juta pound main!
Daniel Agger (8/10): Superb at the back.Modern defender who can drived the ball forward.
Martin Skrtel (6/10): Made some mistake but fortunately Fulham forward just awful last night.
Christian Poulsen (6/10): Do dirty works in front of defender.Decent performance.
Steven Gerrard (6/10): Performed below from his standard.
Raul Meireless (8/10): Improved a lot under Kenny regime.Should score on 1st goal situation but his performance last night was really good.MOTM again!
Dirk Kuyt (7/10): Run all over the pitch as usual. Decent performance.
Maxi Rodriguez (6/10): Biasa yang sedang2 aja!!!.Macam biasa memang tamak sikit depan gol.
Fernando Torres (7/10): Just unlucky not to write his name on score sheet. Good performance from El Nino.
Jonjo Shelvey (5/10): Tak banyak masa untuk menunjukkan sesuatu namun hantaran serta kawalan bolanya memang baik.
Fabio Aurelio (5/10):Menghabiskan banyak masa mengeluarkan bola dalam 10 minit terakhir.

Thanks Mr Pantsil !!!!

Wednesday, January 26, 2011

Apabila Tan Sri Annuar Musa Berbicara Tentang Bolasepak Malaysia..


Aku berkesempatan layan rancangan Formasi di Astro Arena pukul 8.00 malam tadi yang mana jemputan adalah Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Mejar (B) Bahar Abd Hamid dari MSN.Perbincangan adalah berkisar tentang bola sepak Malaysia yang mana pengacaranya adalah Zainal Abidin Rawop. Aku bukan nak mengulas pasal tetamu ni, tetapi aku ingin kongsikan kata-kata yang begitu menarik minat aku yang keluar daripada Tan Sri Annuar Musa.Antaranya adalah:

  • Kita menjadi juara bukan sebab kita yang terbaik, tetapi kita telah menewaskan yang terbaik!! - What a word.
  • Secara jujurnya,bola sepak kita tidak mempunyai sistem dan rata-rata pemain yang menjuarai Piala AFF lalu bukanlah lahir daripada sistem yang kita praktikkan sebelum ini tetapi isnya hadir secara kebetulan. - Statement berani mati tapi sebab yang cakap Timbalan Presiden FAM, so takda masalah kot.
  • Walaupun dah war-warkan yang kita di tahap professional, tetapi sebenarnya ramai pegawai daripada persatuan negeri yang tidak tahu kriteria-kriteria untuk mencapat tahap professional - Nah Ambik!
  • Saya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, merayu supaya pihak kerajaan supaya membantu dan bekerjasama dengan FAM dalam merencana dan menyediakan pelan terbaik untuk pembangunan bola sepak Malaysia.Sebab kuasa FAM terhad - Macam tu sekali..
  • Antara kriteria-kriteria utama untuk mencapat tahap professional adalah pasukan perlulah 'tip-top' dari segi komersial (penaja, penyata akaun dan macam-macam lagi) sedangkan mostly pasukan utama di Malaysia masih mengharapkan 'sedekah' sebagai penyumbang kewangan masing-masing. - Hambek lagi sekali.
  • Saya berani 'bet' jika kita mempunyai pelan yang tersusun dan terbaik dalam merencana pembangunan bolasepak di Malaysia, dalam masa 8 tahun kita akan setaraf dengan Korea Selatan dan Jepun - fuh, sasaran yang realisitk hanya untuk menjadi jaguh Asia.
  • Sebagai Pengerusi baru liga MSL, saya akan turun ke setiap negeri dari masa ke semasa untuk memberi penerangan tentang apa yang dimaksudkan dengan Professional. - Macam ni lah cara bekerja!!
  • Saya akan usahakan supaya liga-liga bagi remaja berumur dibawah 15 tahun di setiap negeri 'wujud' supaya pemain-pemain usia ini akan mempunyai perlawanan kompetitif sekurang-kurangnya 30 perlawanan dalam setahun - Huh, kalaulah boleh dilaksanakan..
Well said Tan Sri, keep it up and GOOD LUCK..You'll never walk alone!!!!

Tuesday, January 25, 2011

Why Sir Alex Ferguson still in the business?

Banyak kali kita terdengar dan terbaca tentang rancangan Sir Alex Ferguson untuk bersara daripada dunia bola sepak namun sehingga kini dia masih gagah dan setia menjadi pengurus kepada Manchester United.Why?? Pelbagai nama dikaitkan untuk menggantikannya antaranya Jose Mourinho, Guus Hiddink juga pengurus Everton David Moyes namun semuanya tidak menjadi kenyataan.(LINK)
Bagi aku alasan yang paling munasabah kenapa Alex Feruson masih 'bekerja' di usia ini ialah sebab dia GEMBIRA. Duit banyak tapi hati tak GEMBIRA pun tak guna.Hensem dan kacak tapi asyik muram pun tidak berguna.Melihat kejayaan demi kejayaan yang dicipta pasukan bimbingannya Manchester United membuatkan 'Otai' ini masih dalam arena bola sepak antarabangsa.Even aku adalah peminat setia Liverpool, aku kagum dengan pencapaian Alex Ferguson ni.Kalaulah dia ditakdirkan jadi manager Liverpool, tak muat rasanya kabinet piala yang ada kat Stadium Anfield..hahaha. Pemain-pemain bintang yang dihasilkannya kekadang membuatkan Alex Ferguson terasa muda walaupun usia sebenarnya sudah mencecah angka 70 Tahun!! (LINK).

Cubalah baca link ini untuk mengetahui khasiat ceria, gembira dan ketawa.(CERIA DAN GEMBIRA).


Dan bagi aku,hanya ada satu Alex Ferguson dalam arena bolasepak dan mungkin kita memerlukan beribu tahun untuk muncul satu lagi insan bernama Sir Alex Ferguson.

\


Dan tak hairanlah kalau pengurus West Ham United, Avram Grant pernah mengatakan menjaringkan gol adalah lebih bagus dari seks.huhhu..Anda Setuju???Avram Grant.Mungkin betul mungkin tidak.Andalah yang menentukan.Huh macam iklan TV pulak.

Apapun yang penting tarikh lahir Alex Ferguson sama dengan aku..31 December !!! hahaha..(tak da kene mengena dengan post ni)..:-)

Sunday, January 23, 2011

Standard Chartered can smiles now - (Wolves 0 - 3 Liverpool) - Game Week 23


Finally!! Liverpool got their first win under Kenny Daglish regime over determined and hardworking Mick McCarthy's side Wolves at Molinux Stadium. Dua gol from Fernando Torres and man of the match Raul Meireless menamatkan penantian interim manager Kenny Daglish yang gagal dilakukan dalam 3 perlawanan sebelum ini. Kemenangan 3 gol yang dicipta ini bukanlah hadir dengan mudah kerana di separuh masa kedua Liverpool banyak bertahan di 25 minit terakhir sebelum Torres memadamkan sisa-sisa perjuangan Wolves pada minit ke-90 yang juga merupakan gol keduanya dalam perlawanan ini hasil gerakan yang dimulakan Dirk Kuyt di sebelah gawang gol Wolves.Dan ini aku rasakan permainan terbaik Liverpool setakat ini dan yang menariknya ianya hadir tanpa kehadiran Steven Gerrad dan juga Jamie Carragher. Dan jika momentum ini dapat diteruskan, tidak mustahil untuk Liverpool mendapatkan tempat untuk bermain di Eropah musim hadapan setidak-tidaknya Liga Ueropa.

One word - Brilliant!!! 2nd goal from Raul Meireless
Tengku's rates for Liverpool players:

Pepe Reina (7/10) - Pengganti kapten sementara ini berada ditahap terbaik.Hard to beat in his best. Simply deserved to be Liverpool No.1 goalkeeper.

Martin Kelly (8/10) - Liverpool's youngster and under 21 England squad showed to Glen Johnson on how to attacks and defend well.

Martin Skrtel (6/10) - Fine display from Slovakian defender.

Daniel Agger (7/10) - Excellent at the back and made a hard day for Steven Fletcher.

Glen Johnson (6/10) - Still uncomfortable and now should wondering on his natural place filled by Kelly.Steady performance.

Christian Poulsen (6/10) - His excellent trough passed lead Liverpool first goal assisted by Meireless.Other than that he still lacked of composure and stamina.

Lucas Leiva (7/10) - 8 mil pound signed from Gremio looked better and better.Combined well with Meireless in midfield.

Maxi Rodriguez (6/10) - Sometimes little bit selfish in front of goal. Need to be more clinical and still far from his best.

Dirk Kuyt (7/10) - Again again and again.Unsung hero who made dirty tackles and run all over the pitch for 90 minutes!!! improved a lot on his first touch but lacking pace as usual.

Raul Meireless (8.5/10) - No doubt these is the best performance so far in the Reds jersey. One assists and one 'wonderful' volley goal simply named as Man Of The Match.



Fernando Torres (8/10) - Two goal by clinical 'El-Nino' proved he still among the best in these business. He run up and down almost 90 minutes.Torres is back in town!!!

Jonjo Shelvey (6/10): Next Steven Gerrard? Hope so.His quality of passing quite brilliant and need more game to show he's had ability to fill Gerrard boot in future.

Hard to say but Manchester is a team to beat this season. With Man City and Spurs dropped more point its seems Man U had a great chance to break our record as EPL holders this season!!Simply unstoppable on their 5-1 win against Birmingham at Old Trafford.


Tengku's Suggestion: Liverpool still needs one or two quality player especially on the wing and another top quality striker. Good win at Wolves but need consistency on next 3-4 games. King Kenny had done a great job so far!

Friday, January 21, 2011

What next?



Semenjak pasukan bola sepak kebangsaan kita menjulang Piala Suzuki AFF baru-baru ini, peminat, media dan tidak terkecuali ahli politik sibuk bercerita mengenai kehebatan pasukan bola sepak negara.Berbagai-bagai andaian, rumusan, kesimpulan dibuat dan tidak kurang juga kritikan ‘dilepaskan’. Ditambah dengan berita baik penajaan oleh Astro sebanyak RM 120 juta ringgit terhadap Liga Malaysia dan pelbagai rancangan yang serta-merta diatur untuk mengekalkan dan menaikkan potensi pemain dan pasukan yang sedia ada segala-galanya tampak berada dilandasan yang benar. Habuan dan ganjaran juga diterima pemain tidak kira melalui persatuan ataupun kerajaan negeri dilihat sebagai pembakar semangat dan tonik tambahan kepada pemain untuk lebih bersemangat dan berjaya.

Pemain-pemain kita pula baru kini dilihat dan dihargai‘orang luar’ walaupun hanya datang dari jiran setempat, jiran yang kita kalahkan dalam laluan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 namun ianya cukup untuk menjadi platform terbaik bagi pemain-pemain lain yang mengimpikan untuk bermain diluar negara.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat.
Namun disebalik cerita kejayaan dan kehebatan itu terselit sedikit cerita yang mungkin kurang diberi perhatian akibat daripada MUNGKIN kita terlupa, atau MUNGKIN juga kita buat-buat lupa..ATAU disebabkan MUNGKIN kita kita berfikiran…”ada aku kesah’’?

ISU FAM.

Apabila pasukan bola sepak kebangsaan kalah, siapa yang ‘paling’ dipersalahkan? FAM..of course.Bila jurulatih yang dilantik gagal.FAM juga dipersalahkan. Bila pemain yang bermain diluar negara dipanggil dan pemain tak datang, still FAM dipersalahkan.Masalah gaji? FAM lagi!!.Bila pemain tak perform setelah ,macam-macam diberi FAM, adoiiii FAM lagi. Dan bila menang?..ohhh siapa FAM tuh..yang wiranya Rajagopal, Safee Sali, Safiq Rahim, Idlan Talaha dan ramai lagi..tapi still FAM masih dipersalahkan..sebabnya tak panggil Brendan Gan, sebab rupanya Piala Suzuki AFF ni dalam calendar FIFA dalam status ‘friendly’..FAM tak buat kerja ke?buta FAM ni..lambat update dalam Web pun dicemuh..padahal baru sekejap tadi kita meraikan kejayaan pasukan bolasepak negara.Kegagalan FAM mendapatkan pasukan bertaraf yang jauh lebih tinggi juga dijadikan satu isu untuk menghentam FAM.Kalau ranking kita teruk sangat macam mana mereka nak lawan kita.Dah tentu mereka tengok siapa paling handal di Asia.Hmm jawabnya Thailand, Indonesia dan Singapore lah yang didahulukan. Baru-baru ini FAM dapat mengaturkan perlawanan bersama Hong Kong, still ada suara2 yang berkata..’’hmm FAM memang lembab, selama ni tidur jer tau..Hai, dapat pasukan standing pun nak marah!!!Macam2.Kesian lah FAM tuh. Aku bukan Pro FAM atau juga Anti-FAm Cuma peminat bolasepak yang ingin melihat pasukan bola sepak negara berada di tahap tertinggi dan boleh dibanggakan.

ANTARA PASUKAN BERSTATUS NEGERI DAN BERSTATUS KELAB.

Sekian lama kita disogok dan dimanjakan dengan status pasukan yang negeri ini dan kita ada 14 pasukan utama yang semuanya adalah negeri2 di Malaysia.Termasuk pasukan Harimau Muda yang ditaja siapa? FAM…ulang lagi sekali..FAM!! ..Kita sebenarnya ‘tersekat’ dengan perkara ini sejak sekian lama dan hasilnya pasukan bolasepak yang bertaraf professional atau pun semi-prodi Malaysia ini boleh kita bilang dengan jari.Selangor, Negeri Sembilan, Selangor lagi, Kedah, Selangor lagi, Kelantan, Sabah, Perak, Terengganu, Selangor lagi.sebab pasukan berstatus kelab susah nak mencari tapak kukuh dalam industri bola sepak negara.MPPJ – bekas juara Piala Malaysia bungkus!!! SAJ – tarik diri daripada menyertai Liga Perdana, UPB-Myteam tutup kedai dan pasukan2 seperti PKNS, Proton FC, Felda United, Negeri Sembilan  Cempaka, Kuala Muda Naza dan banyak lagi seperti tenggelam timbul.KL plus pula mengumumkan tidak akan menyertai liga Malaysia utnuk tahun 2011.Cuma Johor FC mampu bertahan kukuh setakat ini.Kenapa? macam ni..Kalau kebanyakkan orang dah sokong Selangor, macam mana orang nak sokong PKNS Selangor, MPPJ Selangor mahupun Proton (kilang kat Selangor).Dan disebabkan tiada penonton yang ramai.Macam mana nak generated income!! Macam mana diaorang nak hidup. Stadium Shah Alam yang kapasiti mencecah 80 ribu orang hanya penuh bila di peringkat separuh akhir Piala Malaysia sahaja.Itu kalau penuh. Sebab masa liga mana hendak orang kat Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam nak datang jauh semata2 nak tengok Selangor lawan pasukan PKNS Selangor atau pun Pos Malaysia Berhad. Kita lihat pasukan-pasukan luar negara.Mana ada pasukan Madrid FC.Yang ada Real Madrid, Atletico Madrid, Rayo Velecano dan juga Getafe.Di Manchester pula,ada Manchester City, Manchester United dan Bolton juga terletak dalam kawasan Manchester.Di Liverpol pula, adanya pasukan Liverpool FC dan Everton FC dan paling ketara di London, adanya Chelsea, Spurs, Fulham, Charlton Atletic, Crystal Palace,Arsenal, West Ham dan banyak lagi[LINK].Pernah kita dengar nama pasukan London FC? Tak pernah!Meriah bukan?? 
Antara pasukan kelab yang pernah mewarnai Liga Malaysia
Bayangkan Petaling Jaya ada kelab dan stadium sendiri, Subang Jaya ada satu, Shah Alam ada satu.Tak perlu besar, setakat 20 ke 30 ribu kapasiti pun dah cukup!!! Kalau satu PJ datang tengok kat stadium,tak muat stadium der.Macam tu nak generate wang!!!Persatuan negeri pula, sepatutnya tumpukan pada pembangunan bolasepak dari peringkat akar umbi..adakan klinik bola sepak dan sediakan prasarana..bila banyak pasukan bolasepak..baru lah bola sepak boleh dijadikan satu Industri!!! Barulah pemain2 rasa terjamin dengan karier bolasepak.Ibu bapa pun tak segan nak hantar anak untuk main bola.Kan Kan Kan..Tapi susah sebab memang sistem bolasepak kita adalah state-based (bak kata-kata Rizal Hashim dalam Blognya.[LINK] Memang akan dipenuhi dengan politik la.Tak boleh lari.

HARIMAU MUDA

Berbagai-bagai pendapat diutarakan mengenai wajarkah skuad ini dibentuk.Wajarkah? Sebab hari tu kita menang Piala AFF Suzuki 2010 sebab tu ramai merasakan tindakan yang cukup tepat..kalau kalah? Dah tentu ramai berkata membazir betul hantar ke Slovakia.Membazir betul skuad ni ditubuhkan.Habis duit rakyat!!Adil ker membuat pertimbangan sebegitu.Bagi aku Harimau muda yang dibentuk ini sebenarnya menyempitkan ruang untuk mereka yang lebih berbakat diluar sana untuk terpilih mewakili negara.Bagi akulah,player Harimau Muda sebenarnya mempunyai advantage dalam pemilihan kerana mereka lebih selalu bersama jurulatih yang juga menjadi Jurulatih Kebangsaan.Tak kiralah peringkat U-23, Olimpik mahupun Kebangsaan.Tak setuju? Atau tak berapa tepat..Maafkan saya..huuu. Aku tak nafikan sumbangan pemain-pemain seperti Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan yang lain-lain namun aku merasakan pasukan yang ditaja FAM ini agak pelik untuk berada dalam kancah Liga Malaysia..Pernah terfikir tak anda? Bila mereka bermain untuk Harimau Muda..apa ada dalam kotak fikiran mereka?? ‘Senang nak wakili Pasukan Kebangsaan’ atau ‘Aku harus bermain mati2 untuk FAM’ atau ‘aku ingin menjadi lagenda dalam Skuad Harimau Muda’..ish macam pelik jer bunyi nyer..Ni just aku punyer pendapat…

ISU PEMAIN IMPORT

Ya, aku terpaksa mengakui kata-kata Rajagobal yang berbunyi lebih kurang begini..’’ Dahulu kita ada pemain import, kita tak menang pun Piala AFF dan bila liga kita tiada pemain import kita Berjaya memenangi Piala AFF ini’’.Walaubagaimanapun, aku tetap merasakan yang pemain import didalam liga dapat menambah kualiti liga itu sendiri dan dapat menjadi pendorong pemain tempatan untuk menjadi pemain yang lebih baik.Kenapa aku cakap macam tu? Aku tak nak pemain tempatan menjadi selesa bermain sesama sendiri kerana diperingkat yang lebih tinggi fizikal, kepantasan dan corak permainan adalah sungguh berbeza.Lihat sahajalah bagaimana India mudah sekali diratah di Kejohanan Piala Asia 2011 di Qatar yang tengah berlangsung. Untuk menjadikan kehadiran pemain import memberi impak yang begitu positif, pemain import yang dibawa masuk hendaklah disaring dan dikaji secara teliti untuk memastikan mereka benar-benar berkualiti.Kita jadikan kesilapan pada masa lalu apabila persatuan ditipu oleh agen atau pemain sendiri yang mempertontonkan aksi hanya melalui pita rakaman ataupun CD. Liga Malaysia pernah menonjolkan pemain2 import berkualiti seperti Ervin Boban, Abbas Saad, Marlox Alex James, Juan Manuel Arestegui, Bruno Martelotto, Scott Alleranshaw dan ramai lagi.Pemain-pemain seperti ini dapat memberikan cabaran yang berlainan dan berbeza untuk pemain kebangsaan seperti Muslim Ahmad, Aidil Zakuan, Fadhli Shas berbanding menentang pemain-pemain tempatan. 


Muslim vs Hairuddin

Muslim vs Marlon Alex James
Manakah lawan yang lebih bagus untuk Muslim tingkatkan kemampuannya..? Anda fikirlah sendiri...

Pendapat saya di atas mungkin betul mungkin juga tidak tepat dan jika pembaca ada pendapat lebih baik dan saya tak nampak..Boleh komen dibawah..jangan segan dan jangan malu..''jangan malu-malu, jangan segan-segan...huuu''

Wednesday, January 19, 2011

Berdosa pamer jenama haram

Jersi pasukan kelab yang boleh menimbulkan keraguan kepada pemakai


SEBAGAI peminat sukan bola sepak, sudah menjadi lumrah bagi seseorang itu untuk meminati sesebuah pasukan, khususnya dari Eropah.Sebagaimana maklum, kerana minat itu juga, ramai sanggup memiliki serta mendapatkan setidak-tidaknya jersi yang digunakan pasukan mereka sama ada yang tiruan mahupun asli. 

Namun, dalam menzahirkan perasaan minat terhadap pasukan yang disokong, ramai ‘mengaburkan’ mata hingga sanggup memakai dan menggunakan jersi pasukan yang sebenarnya turut memaparkan pelbagai logo bertemakan salib atau gambar seperti syaitan. 

Jadi, sebagai orang yang beragama Islam, saya ingin mengetahui, apakah hukum pemakaian jersi berkenaan dan jika benar ia dilarang, adakah dalil mengenainya.Ini kerana, berdasarkan perbualan bersama rakan, mereka mengatakan pemakaian jersi yang memaparkan lambang atau logo syaitan atau berbentuk salib adalah dibolehkan, cuma tidak boleh mengagungkan lambang berkenaan. 


Menjawab persoalan ini, perlu diketahui bahawa pemakaian atau penggunaan lambang berbentuk syaitan atau yang memaparkan imej salib memang tidak dibolehkan bagi seorang Muslim. Ini kerana, seseorang yang beragama Islam tidak dibenar mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. 

Dalil larangan ini juga mudah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya.” (Al-Maidah, 2) .Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan memberi apa juga bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal-ehwal yang bertentangan dengan akidah dan hukum Islam. 

Ini dinyatakan olehnya dalam hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” 

Dalam isu pemakaian pakaian atau jersi pasukan bola sepak yang diminati, seseorang itu perlu mengetahui dan meneliti lambang serta logo yang tertera adakah ia memang dizahirkan oleh pihak pasukan itu sebagai lambang salib atau bukan. 

Jika ia bukan lambang salib tetapi dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri yang membayangkannya, tiada masalah untuk mengguna serta memakainya. Dalam hal ini, contoh terdekat adalah seperti logo kenderaan jenama Chevrolet yang mungkin boleh membuatkan seseorang itu berimaginasi ia adalah lambang salib tetapi pada masa sama individu lain pula berasakan sebaliknya. 

Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta itu bukan salib. 

Menyentuh mengenai minat terhadap bola sepak, sudah diketahui memang ramai antara kita meminati pasukan Manchester United hinggakan bukan saja sanggup memakai pakaian pasukan mereka, sebaliknya kerana minat juga, mereka mengagungkan logo pasukan itu dengan menampalnya di cermin kereta dan sebagainya. 

Realitinya, Manchester United memang menggunakan lambang yang sinonim dengan bentuk syaitan sebagaimana lambang itu dikenali sebagai ‘Red Devil’ atau syaitan merah yang merujuk kepada pasukan berkenaan. 

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk syaitan sebenarnya, namun apabila manusia membuat imaginasi tersendiri mengenai bentuk syaitan, menamakannya sebagai ‘devil’ dan diterima umum sebagai satu lambang yang menjadi kemegahan, tatkala itu lambang ‘Red Devil’ yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam kategori tidak dibolehkan. 

Logo ini memang tidak boleh digunakan, diiklankan atau disiarkan oleh seseorang Muslim sama ada untuk ditampal di dinding mahupun digunakan pada pakaian. 

Justeru, apa-apa logo jika diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan dan dihiasi amalan dan perbuatan yang menyanjung kejahatan atau syaitan, ia haram digunakan. 

Bagaimanapun, jika imej syaitan lebih membawa kepada hal bola sepak dan bukan lambang kepada perlakuan jahat dan maksiat, tatkala itu ia masih boleh digunakan. 

Begitu juga jika ada individu tertentu berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya daripada mengakui ia sebuah lambang syaitan dan kekal berasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu boleh dan diharuskan baginya untuk memakainya. 

Namun, perlu diberi perhatian, jika lambang itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan individu lain yang melihatnya hinggakan pemakainya dianggap menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum ‘harus’ itu akan berubah kepada ‘makruh’. 

Dalam hal penggunaan lambang atau logo ‘Red Devil’, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. 

Cara terbaik, sudah tentulah menjauhinya kerana ia mampu mewujudkan rasa ‘syubhah’. 

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah SWT tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. 

Jika berminat sekalipun, cukup setakat menyokong pasukan itu dalam perlawanan mereka tanpa perlu membabitkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi serta barang berserta logo sedemikian. 

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg, adalah muktamad hukumnya haram menurut hukum Islam berdasarkan dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah. 

Pengharaman juga adalah muktamad bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba. 

Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah SWT serta Rasul-Nya serta ia juga sama seperti seseorang itu berzina sebanyak 36 kali. 

Hal ini juga disentuh oleh ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menjelaskan: “dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi atau sebagai perhiasan.” 

Jadi, kenyataan ini menjelaskan apabila seseorang itu menjadikan ia perhiasan sama ada di rumah atau pakaian untuk dipertontonkan, ia sebenarnya satu cara serta bentuk pengagungan terhadap lambang itu. 

Maka, hukum memakai baju yang memaparkan lambang salib secara jelas dan berlogo apa-apa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan. 

Manakala hukum memakai pakaian yang berlogo Red Devil adalah di antara harus dan makruh sebagaimana dinyatakan tadi. 

Namun, jika ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram dan serta-merta tidak boleh dipakai Umat Islam.

Tuesday, January 18, 2011

10 of unsual stadium in real football

1.World Games Stadium - Taiwan


Taiwan has what is being touted as the largest solar-powered stadium in the world, the ‘World Games Stadium’. It comes with massive and gigantic solar panels which harnesses all the solar energy in order to generate electricity that could be used by the stadium. It has a 14,155 square meter roof and it harnesses about 1.4 gigawatt hours of electricity every year. The coolest part of the stadium is that when the stadium is not being used, 80% of the neighborhood around the stadium can also be powered through the electricity generated by the stadium on days when it is not being used


2. Allianz Arena - German


The Allianz Arena is located in the north of Munich, Germany, and it is home to the Bayern Munich and to TSV 1860 München. With a capacity of 69,901 spectators, this is the first stadium in the world that has a full changing color outside. It is lit up in red when Bayern Munich play, in blue when 1860 Munich play and in white when in use by the German National Team

3. Estadio Municipal de Aveiro - Portugal

Estádio Municipal de Aveiro is a football stadium in Aveiro, Portugal. It was designed for the UEFA Euro 2004 by the Portuguese architect Tomás Taveira. It has an ambitious design that combines a simple and endearing shape with a liveliness of colours of every kind throughout the entire stadium. The seats have different colours and are distributed in a random way. Red, green, yellow, blue, white, and black seats offer an original and chromatic animation and a strong feeling of dynamism and cheerfulness – even when the stadium is empty it looks as if the party has already started

4. Marina Bay Floating Stadium


The Float at Marina Bay, also known as Marina Bay Floating Platform, it’s the world’s largest floating stage. It is located on the waters of the Marina Reservoir, in Marina Bay, Singapore. Made entirely of steel, the floating platform on Marina Bay measures 120 metres long and 83 metres wide, which is 5% larger than the soccer field at the National Stadium. The platform can bear up to 1,070 tonnes, equivalent to the total weight of 9,000 people, 200 tonnes of stage props and three 30-tonne military vehicles. The gallery at the stadium has a seating capacity of 30,000 people.

5.Playground Batarija - Crotia

Between the fifteenth century fortifications of Trogir, Croatia, there is a tiny stadium from Croatian club HNK Trogir, with a capacity of 1,000 people. It looks like a nice stadium but perhaps there are more viewers watching matches from the restaurant on the roof of the castle located at the side of the field, than from the stands.

6. Eco Stadium Janguito Malucelli

Eco-Stadium Janguito Malucelli, located in Curitiba, is the first eco-stadium in Brazil. It can hold 6,000 people on grass-covered seats. Designers used recycled wood for the construction.

7. Mmabtho stadium

South Africa Mmabatho Stadium is a multi-purpose stadium in Mafikeng city and it is currently used mostly for football matches. The stadium holds 59,000 people and was designed and built in 1981 by a Russian construction company

8. Gospin Dolac


Ospin Dolac, built in 1989, it’s a stadium in Imotski, Croatia, and serves as home stadium for NK Imotski football club. With a capacity of 4,000 spectators, this stadium is located next to a 500m deep fall into a lake.

9.Fujieda City Stadium

The Fujieda City Stadium accommodates 13,000 spectators, for either watching soccer games or having a picnic. Instead of using concrete steps designers created two terraces with grass, where you can sit back and watch the match.

10. Recep Tayyep Erdoan Stadium

Recep Tayyip Erdoğan Stadium is a multi-use stadium in the Kasımpaşa neighborhood of Istanbul, Turkey. It is currently used mostly for football matches and is the home stadium of Kasımpaşa S.K.. Although the stadium capacity was extended to 13,500 spectators, the stands cover only half of the field, leaving the other half totally exposed to the neighborhood.

Oppssss...saja nak masukkan lagi stadium yang agak paranormal..huhu..jeng jeng jeng..

Gelora Bung Karno - Indonesia


Mana ada orang pergi main bola naik kereta perisai..aduh..ngak bisa dong!!! Macam orang nak pergi berperang!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...