Wednesday, June 29, 2011
Wordless Wednesday #7
Tuesday, June 28, 2011
It's Malaysia vs Taiwan
Taiwan? Apa ada dengan Taiwan.Sebelum kena belasah dengan skuad kebangsaan kita malam esok, elok lah kita berkongsi serba sedikit info tentang negara yang bernama Taiwan ni..
Taipei 101 vs Kuala Lumpur City Center Twin Tower:
Ini jer kot yang Taiwan mampu lawan Malaysia. Memegang rekod dunia bagi ketinggian bangunan selama hampir 6 tahun dari 2004 hingga 2010.Tinggi beb! 509.1 meter tu beb..memang goyang kalau dok kat puncak. KLCC twin tower lak boleh tahan lah jugak dengan ketinggian 451.9 meter. 2-3 tiang tinggal belakang! TAPI sebab dia twins so KLCC twin tower ni kira hebat lah jugak.
![]() |
Sama cantik dan sama padan..TAPI pasukan bola tak sama kuat..hehehe |
Rakyat Jelata:
Malaysia takat ni setahu aku penduduk dia seramai lebih kurang 27 juta dan nak bandingkan dengan Taiwan yang dalam lingkungan 23 juta ada sikit fight la. Tapi still Malaysia menang! tu belum tambah lagi bayi-bayi yang dibuang entah kemana dan dot dot dot..hehe..Malaysia Champion beb!
Pasukan Bola Sepak:
Hmm..tak payah nak cakap la.Dengan Sukan Sea 2009 + Juara Piala AFF 2010 + Layak ke peringkat akhir kumpulan kelayakkan Sukan Olimpik 2012 zon Asia, memang terang lagi bersuluh yang Taiwan memang berpuluh tiang di belakang. Ranking FIFA lak Malaysia di tangga ke-143 sementara Taiwan di tangga ke-160.Memang nak kena lauk! Tapi, Taiwan ni pernah jadi juara Sukan Asia tahun 54 dan 58..dasyat-dasyat..tapi yelah masa tu Malaysia tengok sibuk dok berperang dengan Tentera jepun, Komunis dan Tentera Inggeris.mana sempat nak training bola masa tuh. huhuh.
Ini macam lautan Taiwan mesti goyang punya! |
Kesimpulannya:
Taiwan memang akan kena esok! Taiwan memang nak kena belasah esok..dan esok aku akan cuba 'pusing' cemana nak pegi jugak stadium. Safee Sali hatrik + dengan Baddrul bakhtiar hatrik.Cukup la kot 6-0.bawak bekal selesa ke taiwan nanti.
~tak pasal-pasal aku tahu tentang negara Taiwan dan Taipei 101!~
Sunday, June 26, 2011
Mexico and Spain Celebrated
While Spain clinched a European U-21 Championship title when they beaten an impressive Switzerland 2-0 in the final at Denmark.
and now i'm looking forward on Copa America Tournament 2011 which will be held on 1 July until 24 July 2011 at Argentina.
''No Suarez for Liverpool's Asia Tour in Malaysia..damn!
Labels:
European U-21 Championship,
Gold Cup,
Mexico,
Spain
Friday, June 24, 2011
Olympic's Squad Success Meant a Lot
Yes we did it..Not just mentioned to Ong Kim Swee and Co but to ALL. FAM, Players, Managers, Coaches, Fans and all involved did a very good job. Apa yang penting...KERJASAMA! I'm regretted because failed to show my self into Stadium Bukit Jalil last night.Biasalah..family matters but aku ada depan TV daripada minit pertama sampai ketiupan wisel yang terakhir..Sorry to my lovely twins because your father are in control last night.No cartoon channel for you.hahaha..
Anyways, tahniah kepada Lubnan/Lebanon walaupun tewas dan most of Lubnan players menangis ditengah padang..They showed without keadaan negara yang aman yang sering dilanda peperangan dan kemudahan bolasepak yang bertaraf dunia, mereka masih sebenarnya setanding dengan kita. Bagi pemain Malaysia, perlawanan dalam kumpulan selepas ini akan menunjukkan dimana skuad kita berada sebenarnya dimana pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea, Arab Saudi dan juga Australia akan menanti. Pemain-pemain pelapis daripada skuad olimpik ini pada bila-bila masa sahaja boleh mengetuk panggilan skuad kebangsaan dengan pemain-pemain seperti Wan Zack Haikal, Gurusamy, Fandi Othman dan yang lain-lain.
Hopefully kejayaan skuad Olimpik ini akan di ikuti pula dengan Skuad Kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagopal yang akan turun menentang Taiwan dan jika berjaya akan menentang musuh serantau iaitu Singapura dipusingan seterusnya. Kebangkitan mendadak pasukan kebangsaan dan juga olimpik negara mencetuskan gelombang kehadiran penyokong ke stadium saat ini. That why tiket sekarang mahal sikit.kalau dulu RM 10 pun payah nak jual..sekatang setakat 20 atau 30 memang kene lambung jer! hahaha...FAM bijak..betul memang bijak! Hopefully formula mengikut musim dan ikut suka hati bapak diaorang dah tak berlaku lagi lepas ni.Jangan lepas ini ada kemerosotan terus nak bubar skuad dan pengurusan sebab itu bukan caranya! tak suka tukar..tak suka bubar..eh ingat ni reban ayam ker..Jadikan pengajaran lalu sebagai iktibar..sebab now apa yang aku nampak kita dah ada base yang baik even banyak benda yang masih boleh diperbaiki. Jika kita orang atasan ikhlas buat kerja tak mustahil dalam masa 5 tahun lagi kita akn berdiri sebaris dengan Jepun Korea mahupun Australia. Tengok sahajalah macam mana Tan Sri Annuar Musa menjelmakan kebangkitan bolasepak Kelantan dengan sentuhan emasnya.Kalau dulu Kelantan dikenali dengan padang berdebu, gemar bergaduh dan bukan pasukan Heavyweight..tapi lihatlah sekarang, mereka antara pasukan yang begitu digeruni semenjak 2-3 musim ini. Dan sampai boleh jadi tuan rumah perlawanan persahabatan la! Awesome..tahniah TSAM, TRW dan rakyat Kelantan..
Dengan kejayaan ini kita juga membuktikan bahawa nak tempatan juga mampu menggalas tugas sebagai pengendali dan tak perlu jurulatih luar yang sering dibayar mahal dan hasilnya kegagalan..dan seharusnya anak tempatan juga patut menerima ganjaran yang setimpal dengan jurulatih-jurulatih luar sebelum ini. Pemain-pemain juga kian dikenali bukan dengan kegagalan tetapi kejayaan! itu yang paling mustahak! kalau dulu kita segan nak pakai jersi pasukan kebangsaan, kini TIDAK lagi..
Last Word! Tahniah Tahniah Tahniah (meminjam kata pengulas RTM Hafizal...heheh)
Thursday, June 23, 2011
Raheem Sterling - Liverpool's Legend in The Making
His name is Raheem Sterling..
He is only 16 years ++ old..
He is a Liverpool Player..
He is Legend in the making..
some said he is next Theo Walcott (hopefully not injury prone like him)
some said he is next Wayne Rooney (hopefully can be more..)
and for me, he is just like Robbie Fowler + Theo Walcott (Pace + finishing ability were superb)
His Goal against Rwanda in World Cup U-17 at Mexico
You'll Never Walk Alone...
He is only 16 years ++ old..
He is a Liverpool Player..
He is Legend in the making..
some said he is next Theo Walcott (hopefully not injury prone like him)
some said he is next Wayne Rooney (hopefully can be more..)
and for me, he is just like Robbie Fowler + Theo Walcott (Pace + finishing ability were superb)
His Goal against Rwanda in World Cup U-17 at Mexico
You'll Never Walk Alone...
Monday, June 20, 2011
ENGLAND-Apa pun tak boleh!
Dah la skuad Senior lemau..Rupanya skuad Junior pun lemau sama! Even membariskan pemain-pemain yang 'dahsyat' pada mata kita macam Welbeck, Henderson, Sturridge, Smalling, Jones dan ramai lagi tetapi resultnya sama..HANCUS..England tewas 1-2 kepada Czech pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Eropah bawah 21 tahun dan dumped out!
Dengan membariskan pemain-pemain bernilai jutaan ringgit dan dengan poket yang sentiasa lebat..itu bukan jaminan kejayaan. Nak compare gaji keseluruhan pemain Republic Czech dengan Henderson ataupun Jones memang macam langit dengan bumi..
Dan pertandingan dikala kebanyakkan liga Eropah sedang berehat memang tak sesuai untuk pemain-pemain dari England sebab masa inilah mereka nak habiskan duit berjoli sana sini. tewas awal bermakna rehat lebih panjang..hahaha.Dan bagi pemain dari negara kecil dan bukan kuasa bola sepak, inilah masanya untuk memikat kelab-kelab luar dan berharap suatu hari nanti akan semewah pemain England yang lain.
Kalau tak caya tanya Andy Carroll. Lepas jer pegawai perubatan kata dia tak leh main..2-3 hari lepas tu dah ada kat Barbados! hahaha..dan plan awal. Bijak-Bijak.Silap-silap dia pun tak tahu England dah tersingkir.Kesimpulannya..England? Apa pun tak boleh!
![]() |
You will WALKer Alone.. |
![]() |
Apa barang main bola time cuti ni..Enjoy sudaa!! |
Saturday, June 18, 2011
Can Government do this?
Ketika kita disogokkan dengan cerita yang stesen TV berbayar Astro akan mengusai siaran langsung atau tertunda pasal Liga Bolasepak Malaysia sehingga masa yang tidak dapat kita tentukan, tup-tup aku terbaca satu artikel yang mungkin ramai tak perasan keluar dekat paper minggu lepas..
dan PERSOALAN paling besar adalah ketika ini bagi aku adalah..How and When?...
Kita tunggu dan lihat....Berita Penuh
Subscribe to:
Posts (Atom)