It's all about FA Cup Final...
Kelantan Vs Terengganu
Datuk M.Karathu vs Irfan Bakti
Merah vs Hitam/Putih
Idlan Talaha vs Hadi Yahaya
Piya vs Marzuki
and so on..
......
KEKUATAN
Kelantan akan menggunakan kelebihan sepenuhnya dibahagian dengan Piya serta Shakir akan bertindak sebagai mastermind sambil dibantu dua pemain sayap mereka iaitu 'Kelantan Express' atau S.Chanturu dan juga bekas pemain Johor FC iaitu Nurul Azwan Roya dan semestinya gol ayam tambatan mereka Mat Yo atau Idlan Talaha akan menjadi taruhan terbaik dalam mencari gol. Kembalinya Khairul Fahmy di pintu penjaga gol juga dijangka menyukarkan para penyerang Terengganu untuk mencari gol.
Terengganu pula pastinya akan menggunakan kesempatan penuh terhadap rangkaian penyerang 'kembar tiga' nya iaitu Hadi Yahaya, Ashaari Samsuddin dan juga Manaf Mamat yang berada dalam prestasi terbaik sambil dibantu Marzuki Yusof yang agak konsisten di bahagian pertahanan.
KELEMAHAN
Bahagian pertahan Kelantan yang diketuai Rizal Fahmy dan Farisham Ismail kadangkala tidak konsisten dan sebarang kesilapan mudah pastinya dihukum rangkaian penyerang-penyerang Terengganu.
Sementara anak-anak buah Irfan Bakti nampak berkarat dan kurang idea terutamanya di bahagian tengah yang dijana Ismail Faruqi serta Joseph Kallang.
TAKTIK
Jika Datuk M.Karathu gemar menggukan kan formasi 4-5-1 dengan Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal, rakan sejawatnya di kem Terengganu Irfan Bakti pula lebih selesa menggunakan formasi 4-3-3 dengan trio Manaf,Ashaari dan juga Hadi Yahaya dijadikan sandaran dibahagian hadapan. Kelantan dengan keseluruhan jaringan liga dengan 49 jaringan manakala Terengganu dengan 45 gol pastinya akan menjanjikan permainan dengan corak menyerang daripada kedua-dua pasukan.
KELEBIHAN
Kelebihan ternyata milik Kelantan apabila mendapat kemenangan moral minggu ini apabila membenam Terengganu di laman sendiri 3-0 dan carta liga terkini juga menunjukkan mereka benar-benar serius untuk mencari gelaran berganda musim ini. Ditambah penyokong TRW pastinya akan memenuhi segenap ruang yang diperuntukkan untuk mereka di stadium Bukit Jalil. Dan Terengganu pula pastinya tidak mahu berputih mata ketika dua kejuaraan iaitu Piala FA dan Liga Super masih dalam jangkauan.
AKU PUNYA RAMALAN
Aku menjangkakan perlawanan akan seimbang dengan corak berbalas serangan dan permainan terbuka akan dihidangkan kedua-dua pasukan. Dan pesta GOL mungkin akan berlaku dalam perlawanan ini kerana kedua-dua pasukan memang gemar corak pantas dan menyerang dan jumlah gol yang dikumpul di dalam liga adalah buktinya.Cuma diharapkan penyokong kedua-dua pasukan dapat lebih beretika dan tak perlu bakar-bakar dan rosakkan kerusi..takut pasukan Liverpool aku tak dapat main kat Bukit Jalil nanti..hehehe.
Kelantan 3
Terengganu 2
Tengku's say: Just admire on Tan Sri Annuar Musa works so far..
No comments:
Post a Comment