Wednesday, June 29, 2011
Wordless Wednesday #7
Tuesday, June 28, 2011
It's Malaysia vs Taiwan
Taiwan? Apa ada dengan Taiwan.Sebelum kena belasah dengan skuad kebangsaan kita malam esok, elok lah kita berkongsi serba sedikit info tentang negara yang bernama Taiwan ni..
Taipei 101 vs Kuala Lumpur City Center Twin Tower:
Ini jer kot yang Taiwan mampu lawan Malaysia. Memegang rekod dunia bagi ketinggian bangunan selama hampir 6 tahun dari 2004 hingga 2010.Tinggi beb! 509.1 meter tu beb..memang goyang kalau dok kat puncak. KLCC twin tower lak boleh tahan lah jugak dengan ketinggian 451.9 meter. 2-3 tiang tinggal belakang! TAPI sebab dia twins so KLCC twin tower ni kira hebat lah jugak.
Sama cantik dan sama padan..TAPI pasukan bola tak sama kuat..hehehe |
Rakyat Jelata:
Malaysia takat ni setahu aku penduduk dia seramai lebih kurang 27 juta dan nak bandingkan dengan Taiwan yang dalam lingkungan 23 juta ada sikit fight la. Tapi still Malaysia menang! tu belum tambah lagi bayi-bayi yang dibuang entah kemana dan dot dot dot..hehe..Malaysia Champion beb!
Pasukan Bola Sepak:
Hmm..tak payah nak cakap la.Dengan Sukan Sea 2009 + Juara Piala AFF 2010 + Layak ke peringkat akhir kumpulan kelayakkan Sukan Olimpik 2012 zon Asia, memang terang lagi bersuluh yang Taiwan memang berpuluh tiang di belakang. Ranking FIFA lak Malaysia di tangga ke-143 sementara Taiwan di tangga ke-160.Memang nak kena lauk! Tapi, Taiwan ni pernah jadi juara Sukan Asia tahun 54 dan 58..dasyat-dasyat..tapi yelah masa tu Malaysia tengok sibuk dok berperang dengan Tentera jepun, Komunis dan Tentera Inggeris.mana sempat nak training bola masa tuh. huhuh.
Ini macam lautan Taiwan mesti goyang punya! |
Kesimpulannya:
Taiwan memang akan kena esok! Taiwan memang nak kena belasah esok..dan esok aku akan cuba 'pusing' cemana nak pegi jugak stadium. Safee Sali hatrik + dengan Baddrul bakhtiar hatrik.Cukup la kot 6-0.bawak bekal selesa ke taiwan nanti.
~tak pasal-pasal aku tahu tentang negara Taiwan dan Taipei 101!~
Sunday, June 26, 2011
Mexico and Spain Celebrated
While Spain clinched a European U-21 Championship title when they beaten an impressive Switzerland 2-0 in the final at Denmark.
and now i'm looking forward on Copa America Tournament 2011 which will be held on 1 July until 24 July 2011 at Argentina.
''No Suarez for Liverpool's Asia Tour in Malaysia..damn!
Labels:
European U-21 Championship,
Gold Cup,
Mexico,
Spain
Friday, June 24, 2011
Olympic's Squad Success Meant a Lot
Yes we did it..Not just mentioned to Ong Kim Swee and Co but to ALL. FAM, Players, Managers, Coaches, Fans and all involved did a very good job. Apa yang penting...KERJASAMA! I'm regretted because failed to show my self into Stadium Bukit Jalil last night.Biasalah..family matters but aku ada depan TV daripada minit pertama sampai ketiupan wisel yang terakhir..Sorry to my lovely twins because your father are in control last night.No cartoon channel for you.hahaha..
Anyways, tahniah kepada Lubnan/Lebanon walaupun tewas dan most of Lubnan players menangis ditengah padang..They showed without keadaan negara yang aman yang sering dilanda peperangan dan kemudahan bolasepak yang bertaraf dunia, mereka masih sebenarnya setanding dengan kita. Bagi pemain Malaysia, perlawanan dalam kumpulan selepas ini akan menunjukkan dimana skuad kita berada sebenarnya dimana pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea, Arab Saudi dan juga Australia akan menanti. Pemain-pemain pelapis daripada skuad olimpik ini pada bila-bila masa sahaja boleh mengetuk panggilan skuad kebangsaan dengan pemain-pemain seperti Wan Zack Haikal, Gurusamy, Fandi Othman dan yang lain-lain.
Hopefully kejayaan skuad Olimpik ini akan di ikuti pula dengan Skuad Kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagopal yang akan turun menentang Taiwan dan jika berjaya akan menentang musuh serantau iaitu Singapura dipusingan seterusnya. Kebangkitan mendadak pasukan kebangsaan dan juga olimpik negara mencetuskan gelombang kehadiran penyokong ke stadium saat ini. That why tiket sekarang mahal sikit.kalau dulu RM 10 pun payah nak jual..sekatang setakat 20 atau 30 memang kene lambung jer! hahaha...FAM bijak..betul memang bijak! Hopefully formula mengikut musim dan ikut suka hati bapak diaorang dah tak berlaku lagi lepas ni.Jangan lepas ini ada kemerosotan terus nak bubar skuad dan pengurusan sebab itu bukan caranya! tak suka tukar..tak suka bubar..eh ingat ni reban ayam ker..Jadikan pengajaran lalu sebagai iktibar..sebab now apa yang aku nampak kita dah ada base yang baik even banyak benda yang masih boleh diperbaiki. Jika kita orang atasan ikhlas buat kerja tak mustahil dalam masa 5 tahun lagi kita akn berdiri sebaris dengan Jepun Korea mahupun Australia. Tengok sahajalah macam mana Tan Sri Annuar Musa menjelmakan kebangkitan bolasepak Kelantan dengan sentuhan emasnya.Kalau dulu Kelantan dikenali dengan padang berdebu, gemar bergaduh dan bukan pasukan Heavyweight..tapi lihatlah sekarang, mereka antara pasukan yang begitu digeruni semenjak 2-3 musim ini. Dan sampai boleh jadi tuan rumah perlawanan persahabatan la! Awesome..tahniah TSAM, TRW dan rakyat Kelantan..
Dengan kejayaan ini kita juga membuktikan bahawa nak tempatan juga mampu menggalas tugas sebagai pengendali dan tak perlu jurulatih luar yang sering dibayar mahal dan hasilnya kegagalan..dan seharusnya anak tempatan juga patut menerima ganjaran yang setimpal dengan jurulatih-jurulatih luar sebelum ini. Pemain-pemain juga kian dikenali bukan dengan kegagalan tetapi kejayaan! itu yang paling mustahak! kalau dulu kita segan nak pakai jersi pasukan kebangsaan, kini TIDAK lagi..
Last Word! Tahniah Tahniah Tahniah (meminjam kata pengulas RTM Hafizal...heheh)
Thursday, June 23, 2011
Raheem Sterling - Liverpool's Legend in The Making
His name is Raheem Sterling..
He is only 16 years ++ old..
He is a Liverpool Player..
He is Legend in the making..
some said he is next Theo Walcott (hopefully not injury prone like him)
some said he is next Wayne Rooney (hopefully can be more..)
and for me, he is just like Robbie Fowler + Theo Walcott (Pace + finishing ability were superb)
His Goal against Rwanda in World Cup U-17 at Mexico
You'll Never Walk Alone...
He is only 16 years ++ old..
He is a Liverpool Player..
He is Legend in the making..
some said he is next Theo Walcott (hopefully not injury prone like him)
some said he is next Wayne Rooney (hopefully can be more..)
and for me, he is just like Robbie Fowler + Theo Walcott (Pace + finishing ability were superb)
His Goal against Rwanda in World Cup U-17 at Mexico
You'll Never Walk Alone...
Monday, June 20, 2011
ENGLAND-Apa pun tak boleh!
Dah la skuad Senior lemau..Rupanya skuad Junior pun lemau sama! Even membariskan pemain-pemain yang 'dahsyat' pada mata kita macam Welbeck, Henderson, Sturridge, Smalling, Jones dan ramai lagi tetapi resultnya sama..HANCUS..England tewas 1-2 kepada Czech pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Eropah bawah 21 tahun dan dumped out!
Dengan membariskan pemain-pemain bernilai jutaan ringgit dan dengan poket yang sentiasa lebat..itu bukan jaminan kejayaan. Nak compare gaji keseluruhan pemain Republic Czech dengan Henderson ataupun Jones memang macam langit dengan bumi..
Dan pertandingan dikala kebanyakkan liga Eropah sedang berehat memang tak sesuai untuk pemain-pemain dari England sebab masa inilah mereka nak habiskan duit berjoli sana sini. tewas awal bermakna rehat lebih panjang..hahaha.Dan bagi pemain dari negara kecil dan bukan kuasa bola sepak, inilah masanya untuk memikat kelab-kelab luar dan berharap suatu hari nanti akan semewah pemain England yang lain.
Kalau tak caya tanya Andy Carroll. Lepas jer pegawai perubatan kata dia tak leh main..2-3 hari lepas tu dah ada kat Barbados! hahaha..dan plan awal. Bijak-Bijak.Silap-silap dia pun tak tahu England dah tersingkir.Kesimpulannya..England? Apa pun tak boleh!
You will WALKer Alone.. |
Apa barang main bola time cuti ni..Enjoy sudaa!! |
Saturday, June 18, 2011
Can Government do this?
Ketika kita disogokkan dengan cerita yang stesen TV berbayar Astro akan mengusai siaran langsung atau tertunda pasal Liga Bolasepak Malaysia sehingga masa yang tidak dapat kita tentukan, tup-tup aku terbaca satu artikel yang mungkin ramai tak perasan keluar dekat paper minggu lepas..
dan PERSOALAN paling besar adalah ketika ini bagi aku adalah..How and When?...
Kita tunggu dan lihat....Berita Penuh
Tuesday, June 14, 2011
This is REAL Reds!
For the first time since aku jadi fan Liverpool ni, aku rasa teruja setiap pagi untuk mencari info-info terkini tentang rumors pemain yang Liverpool nak beli..Thanks to new Owner, Commolli dan juga Kenny Daglish! kalau tak haram..! asyik-asyik aku baca pasal Man City, Chelsea,Manchester dan Real madrid dok sibuk dikaitkan dengan players berkelas dunia...yang 'ado' nya aku lah..melopong tengok David Silva ke City, Dzeko ke City..Ozil ke Real Madrid dan sebagainya..Now..asik-asik Liverpool, sampaikan mana yang 'baik punya players' then available mesti nama Liverpool dikaitkan..but one thing yang aku paling suka adalah bila Liverpool memang memberi keutamaan kepada pemain yang berketurunan Inggeris..ke English..lantak la..sama jer kot! even aku orang Malaysia..tapi aku suka..pelik memang pelik aku ni..
Dengan cool dan selamba Liverpool bank in 35 juta kedalam akaun Newcastle untuk Andy Carroll yang mana musim sebelumnya harganya hanyalah dalam lingkungan tak lebih daripada 5 juta. Then, hasil usaha Comolli juga bagi aku yang menjadi penyumbang utama kepada tibanya permata Uruguay, Luis Suarez ke Anfield..Ingat senang ke nak convince players berpeluang main dengan Champions League datang ke kelab yang sedang dalam kegelapan ketika itu..Susah beb! Dan ketika aku rasa pemain-pemain seperti Jay Spearing, Flanagan, Robinson, Lucas, Maxi serta Skrtel akan dijual pada musim panas, hadirnya Kenny membawa sinar baru dan aksi yang dipamerkan begitu membanggakan..
Dan rumors yang banyak keluarkan artikel di internet yang menyatakan Ferguson kini gusar dengan kebangkitan Liverpool memang ada benarnya dan aku bersetuju sama sekali..Ketika dia mula-mula memegang jawatan di Manchester back on 1986 dulu, memang misi utama Alex adalah untuk menghapuskan rekod kejuaraan yang dipegang Liverpool..dan takkan setelah hampir 20 tahun bergelumang dengan pelbagai cabaran akhirnya rekod itu disamakn dalam hanya semusim saja.Sangat tak berbaloi!! Sebab Chelsea, Arsenal dan Man City agak jauh di belakang dan yang paling hampir adalah hanya Liverpool.That why kita tengok sekarang how close Ferguson dan Kenny Daglish bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan bakat-bakat tempatan mahupun dari luar. Dengan kewangan kukuh dibawah owner baru J.W Henry..dikatakan Kenny mempunyai 80 juta cash in hand to splash..Macam zaman awal Roman Chelsea dan Sheikh City..Nak? beli..nak ni? beli...sampai macam tuh..Kehadiran Comolli secara tidak langsung menambah kebimbangan kerana this guy is one of the best in the business! Luca Modric, Bale, Adel Taarabt (one of hottest prospect come from Championship League and former Spurs player), Berbatov dan ramai lagi semuanya hasil kerja yang dibuat Comolli. Dan nasib baik Liverpool bukan dalam Champions League next season.Kalau tidak pemain seperti Eden Hazard, Alexis Sanchez, Bojan Krkic serta dua pemain yang menjadi rebutan antara kedua-dua kelab Jones serta Young pastinya dengan mudah akan hadir ke Anfield. One time Manchester target Jordan Henderson hadir ke Anfield dengan reputasi harga 16 juta pound dan gaji yang digandakan sebanyak 4 kali ganda! WOW..that showed how series we are!
One down, who's next? - pic from Liverpoolfc.tv |
Ya, memang ramai yang tertanya-tanya kenapa Kenny begitu beria-ria membawa pemain tengah sebab skuad sedia ada sudah dilambakkan dengan pemain-pemain seperti Gerrard, Meireless, Henderson, Lucas, Shelvey serta Poulsen (akan dijual punya..)..Dengan berita terbaru yang Liverpool akan membawa masuk pula Charlie Adam (nasib baik bukan Charlie Sheen).Ada juga pundit yang mempertikaikan keupayaan pemain Scotland ini terutamanya stamina dan mentalitinya tapi bagi aku Charlie Adam adalah pemain yang ready-built players dan tak perlukan masa yang panjang untuk perform di pasukan baru. Tengoklah macam mana dia hampir in single-hand hampir sahaja menyelamatkan Blackpool daripada tersingkir. Dan ini bagi aku adalah sebagai strategi membina skuad masa depan dan pada masa sama menjadikan skuad sedia ada adalah pesaing untuk kejuaraan.Sebab itu Jonjo Shelvey hampir pasti akan dipinjamkan dan itu hanya untuk kebaikkan pemain itu sendiri dan Liverpool dimasa hadapan.Lihat sahajalah macam mana Daniel Sturridge dan Welbeck transform daripada pemain biasa kepada pemain berkualiti.Dengan cara pinjaman ini lah.Apa yang diorang perlukan hanya lah peluang dan peluang beraksi.
Jika keadaan ini konsisten sehingga 2-3 musim akan datang..Angka 18 yang sekian lama terpaku pasti akan bergerak jua! Kemon....We can do it.Dan aku juga tak saba menantikan kehadiran pemain Liverpool ke Malaysia bulan depan..Yes! this is for the first time and hopefully not for the last..
YOU'LL NEVER WALK ALONE..
Sunday, June 12, 2011
It's All About Mohd Daudsu Jamaluddin
Daudsu..Daudsu...Oh Daudsu....
Apalagi yang boleh dikata..dan aku tak nak cerita lanjut pasal apa yang dah Daudsu buat sebab dah ramai sangat yang post pasal dia ni...
and he was...JUST UNLUCKY!!
The moment he would want to forget..for sure!
Saturday, June 11, 2011
Battle of East Coast - Final FA Cup 2011
It's all about FA Cup Final...
Kelantan Vs Terengganu
Datuk M.Karathu vs Irfan Bakti
Merah vs Hitam/Putih
Idlan Talaha vs Hadi Yahaya
Piya vs Marzuki
and so on..
......
KEKUATAN
Kelantan akan menggunakan kelebihan sepenuhnya dibahagian dengan Piya serta Shakir akan bertindak sebagai mastermind sambil dibantu dua pemain sayap mereka iaitu 'Kelantan Express' atau S.Chanturu dan juga bekas pemain Johor FC iaitu Nurul Azwan Roya dan semestinya gol ayam tambatan mereka Mat Yo atau Idlan Talaha akan menjadi taruhan terbaik dalam mencari gol. Kembalinya Khairul Fahmy di pintu penjaga gol juga dijangka menyukarkan para penyerang Terengganu untuk mencari gol.
Terengganu pula pastinya akan menggunakan kesempatan penuh terhadap rangkaian penyerang 'kembar tiga' nya iaitu Hadi Yahaya, Ashaari Samsuddin dan juga Manaf Mamat yang berada dalam prestasi terbaik sambil dibantu Marzuki Yusof yang agak konsisten di bahagian pertahanan.
KELEMAHAN
Bahagian pertahan Kelantan yang diketuai Rizal Fahmy dan Farisham Ismail kadangkala tidak konsisten dan sebarang kesilapan mudah pastinya dihukum rangkaian penyerang-penyerang Terengganu.
Sementara anak-anak buah Irfan Bakti nampak berkarat dan kurang idea terutamanya di bahagian tengah yang dijana Ismail Faruqi serta Joseph Kallang.
TAKTIK
Jika Datuk M.Karathu gemar menggukan kan formasi 4-5-1 dengan Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal, rakan sejawatnya di kem Terengganu Irfan Bakti pula lebih selesa menggunakan formasi 4-3-3 dengan trio Manaf,Ashaari dan juga Hadi Yahaya dijadikan sandaran dibahagian hadapan. Kelantan dengan keseluruhan jaringan liga dengan 49 jaringan manakala Terengganu dengan 45 gol pastinya akan menjanjikan permainan dengan corak menyerang daripada kedua-dua pasukan.
KELEBIHAN
Kelebihan ternyata milik Kelantan apabila mendapat kemenangan moral minggu ini apabila membenam Terengganu di laman sendiri 3-0 dan carta liga terkini juga menunjukkan mereka benar-benar serius untuk mencari gelaran berganda musim ini. Ditambah penyokong TRW pastinya akan memenuhi segenap ruang yang diperuntukkan untuk mereka di stadium Bukit Jalil. Dan Terengganu pula pastinya tidak mahu berputih mata ketika dua kejuaraan iaitu Piala FA dan Liga Super masih dalam jangkauan.
AKU PUNYA RAMALAN
Aku menjangkakan perlawanan akan seimbang dengan corak berbalas serangan dan permainan terbuka akan dihidangkan kedua-dua pasukan. Dan pesta GOL mungkin akan berlaku dalam perlawanan ini kerana kedua-dua pasukan memang gemar corak pantas dan menyerang dan jumlah gol yang dikumpul di dalam liga adalah buktinya.Cuma diharapkan penyokong kedua-dua pasukan dapat lebih beretika dan tak perlu bakar-bakar dan rosakkan kerusi..takut pasukan Liverpool aku tak dapat main kat Bukit Jalil nanti..hehehe.
Kelantan 3
Terengganu 2
Tengku's say: Just admire on Tan Sri Annuar Musa works so far..
Labels:
Kelantan,
Malaysia,
Piala FA 2011,
Terengganu
Wednesday, June 8, 2011
Sunday, June 5, 2011
Footballer Styles
Kalau setakat rambut 'dai' kuning perang dah biasa sangat..
Kalau setakat rabut panjang macam ekor kuda pun dah biasa sangat..
Kalau setakat pakai but bola berwarna warni pun dah biasa sangat..
Kalau setakat rabut cacak akibat minyak rambut 'tancho' pun lagi biasa...
How about this!
Toda - Notable Japanese Player in World Cup 2002 |
Look at his nose..-Robbie Fowler |
Ni aku bukan suka-suka pakai tau!-Peter Cech |
'Hanya kerana mata..'' - Edgar Davids |
Buruk! Hodoh!,hahaha-Terry |
Tsuneyasu Miyamoto |
Nak jugak!...Ivica Olic |
Harapkan rambut jer laa..-Cisse |
Arrghhh! buruknya rambutku! - Cisse |
Ni stylo sikit...-Chivu |
Ni plak dah macam ZORRO-Martin Demichelis |
Ada yang bersebab dan ada yang sengaja! So next time la aku story mory pasal kenapa diaorang jadi macam ni..to be continue
Saturday, June 4, 2011
Hong Kong vs Malaysia - International Friendly Match
KEPUTUSAN PENUH:
Hong Kong (1) - Chan Siu Ki 60'
Malaysia (1) - Abdul Hadi Yahaya 66'
*Tak dapat nak ulas lanjut sebab tak ada 'Live' kat TV mahupun 'Live Streaming' kat internet. Apapun still good result.Malaysia Boleh!
Thursday, June 2, 2011
Happy Anniversary !
Peduli apa aku dengan kemenangan Sepp Blatter dalam pemilihan penggal baru untuk jawatan Presiden FIFA! - Bangang kertas undi ada satu nama jer!
Peduli apa aku dengan perlantikan Sam Allardyce sebagai manager baru West HamPEH!
Peduli apa aku dengan kelab Swansea FC layak bermain di EPL season depan!
Peduli apa gaji aku baru masuk minggu lepas!
Peduli apa aku yang MU kena 'ayamkan' dengan Barca dalam final UCL baru-baru ni..
Peduli apa aku Giggs layan pelacur kasta rendah..
Yang PALING PENTING! Hari ni anniversary perkahwinan aku yang ke-4! hahaha...
THANKS..to
Tuhan yang Maha Esa
My Lovely Wife - Umniyyah Ulfa Hussine
My Lovely Twin - Sarah & Khayra
My Lovely baby - coming soon, InsyaAllah.
My Lovely Family kat Kampung - Ismail & Asiah, Sairi, Shafiq, Shafie, Azizi dan Azam
My Lovey 'mentua dan family' - Hussine, Rugayah dan Ismat
and...to all my friends!
And hopefully our marriage kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..
To my lovely wife, thanks for your supports since we met 10 years ago till now..I LOVE U so much!!!
Dan kat atas ni hanya sebahagian daripada memori indah aku bersama yang tersayang..banyak lagi yang tersimpan rapi dan tak muat ruangan blog ni kalau aku upload semua...dan sekali lagi..Happy 4th Anniversary to me..hehehe..YNWA...
Subscribe to:
Posts (Atom)