We're falling down..falling down..- |
''Nak tengok kedudukan Liverpool kene terbalikkkan surat khabar'' - perghhh pedas giler!
''Liverfool'' - Dah biasa sangat
''Standard Kalah'' - Baju baru tapi prestasi sama..adoi..
''History Club'' - mm pon dah lali dengar
''We are going to Championship League, bukan Champions League'' - agak2 sikit!!!
Aku rasa 5 punca kejatuhan yang utama bagi Liverpool musim ini adalah (bukan copy paste mana-mana yer..hehe):
1. ISU PENJUALAN KELAB
- Bagi kelab yang tak berapa kaya macam Liverpool ni, isu-isu ini pastinya menjejaskan fokus pemain serta jurulatih kerana pastinya mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa dengan kedudukan mereka didalam kelab.Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung, tidak sukar mengagak raut wajah jurulatih dan pemain ketika diajukan tentang persoalan ini. Transfer budget yang terhad akibat isu ini juga merencatkan perencanaan pengurus yang ingin mendapatkan pemain berkualiti.
2. KEGAGALAN MENDAPATKAN PENYERANG BERKUALITI
- Bagi kelab yang tidak mempunyai barisan pelapis yang mantap, ianya menjadi satu beban keran Liverpool terpaksa mendapatkan pemain bertaraf sederhana seperti Poulsen, Konchesky serta Meireless (baru-menjadi setelah kemasukkan Kenny Daglish).Yang paling ketara ialah Liverpool gagal mendapatkan pemain penyerang yang berkualiti untuk menampung kemerosotan dan kecederaan yang dialami oleh Fernando Torres (dah pindah Chelsea pon). Striker seperti Ngog dan versatile Dirk Kuyt tidak mampu melakukan sesuatu yang luar biasa. Suarez tiba agak lewat dan masih menyesuaikan diri manakala Carroll masih belum cergas sepenuhnya.
3. KEMEROSOTAN PRESTASI TORRES DAN GERRARD
- Tak kira lah orang nak kata apa dan mungkin ada yang tidak bersetuju tapi bagi aku Gerrard dan Torres adalah nadi kepada pasukan Liverpool.Jelas Liverpool sukar mendapatkan kemenangan jika kedua-dua pemain ini berada bermain teruk.Ditambah pula Liverpool kekurangan pemain tengah yang berkebolehan menjaringkan gol.
4. KEKURANGAN PEMAIN SAYAP/TENGAH YANG BOLEH MENJARINGKAN GOL SECARA KONSISTEN.
- Manchester (Nani 9 gol & 13 assist)
- Arsenal (Walcott 7 gol & 6 Assist, Nasri 9 gol & 1 assists)
- Chelsea (Malouda 9 gol & 3 Assists)
- Man City (Johnson 3 gol & 3 assists, Silva 2 gol & 5 assists, Milner 1 gol & 5 assists)
- Tottenham (Bale 7 gol & 1 assists, Van Der Vart 10 gol & 6 assists)
5.PERLANTIKAN ROY SEBAGAI PENGURUS
- Kesilapan terbesar Liverpool.Liverpool terlalu besar untuk mamat ini.Kerosakan yang di bawa Roy terlalu besar untuk di perbaiki..Thanks for Kenny appointment Mr John Henry..
P/s: Tak sabar nak tunggu lawan Man U malam Ahad nanti..Vidic tak dak, Ferdinand pon sama..Hmm O'shea dengan Smalling??..Small the pieces..hahahaha
P/s: Tak sabar nak tunggu lawan Man U malam Ahad nanti..Vidic tak dak, Ferdinand pon sama..Hmm O'shea dengan Smalling??..Small the pieces..hahahaha
2 comments:
aku nak tambah punca lain:
- kelemahan benitez sblm ni dlm menyerlahkan bakat player2 backup spt ngog, babel, lucas, nemeth dan ramai lg yg muda2. last2 semua x brp jadi.
tp kalaulah mmg player2 kt atas ni tak bagus. sbb dia:
- kelemahan scout/pencari bakat, bg aku ni la punca sbb liverpool xde backup player yg berkualiti. cth mudah tgk player2 muda yg MU & Arsenal dapat. semuanya jauh lebih bagus dr liverpool.
** tp kan, cth la aku rs kalau Nani, samir nasri masuk liverpool. diorg mybe tak sehebat mcm dlm team skrg. ntah knp..
banyak masalah luar padang menjejaskan Liverpool..harap sekarang boleh tumpukan kat bola sepak sahaja hehehe
Post a Comment