Friday, August 12, 2011

EPL is back..EPL is...



Amacam bro,cuti panjang?? Best?..Cuti panjang suda habis bro..Now EPL is back..hahaha.Memang datang tepat pada masanya untuk mengubat hati yang terluka lepas skuad kebangsaan rebah di kaki Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014.Kalau every season asyik-asyik orang cakap pasukan tumpuan adalah BIG 4..Bukan Big Mac..(bulan puasa sensitif sebut pasal makanan)..Man U, Arsenal, Chelsea dan juga Liverpool..tapi now we had BIG 6 i guess.Pasukan itu adalah....

Manchester United:
Pasukan yang baru sahaja memecahkan rekod kejuaraan 18 kali Liverpool musin lepas.Ciss! Dengan kehadiran Ashley Young, Phil Jones, De Gea serta Cleverley pasukan kendalian Alex Ferguson ini nyata pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan musim ini.Ditambah dengan new-look Rooney yang semakin lebat rambutnya!!! hahaha
Lu orang tunggu dengan rambut baruku..
SERAM niihhh!
Arsenal:
Pasukan yang sering dilabel 'budak taska' atau 'budak pancut awal' kerana rata-rata pemain-pemain Arsene Wenger ni adalah pemain yang muda-muda bergetah! ditambah seringkali gagah diawal musim tapi kecundang sebelum kapal tiba di pesisir pantai..Wallawwei bahasa tak boleh blah..Dengan Fabregas dan Nasri semakin hampir meninggalkan Gunners musim ini, kedudukan Arsenal kian goyah! goyah beb..In Wenger we trust! -kata kata fans Arsenal di seluruh pelusuk dunia..hahahaha...

The best place for Wenger..hahaha
Chelsea:
Pasukan tua-tua ala2 bangka..Yang nampak jelas muda adalah managernya, Andrea Villas Boas.Nama memang ganas..tapi kalau pasukan berpaksikan penyerang seperti Fernando Torres serta ayam pencen Drpgba dan Anelka..memang apa pon tak boleh!.Untuk mengimbangi 'tua'..Chelsea hampir pasti membawa Lukaku yang berusia 19 tahun daripada Anderlecht..(masalahnya yang timbul..macam mana dengan luka mu?pulak..haha)..mungkin sebab tu Luka Modric jadi sasaran...Ehh apa yang aku mengarut ni..maklumlah dah tua!!hahaha

Sudahlah..Ubah la tabiat suka kan bini orang..
Majoriti pemain dlm pasukan kita pon dah tua2..
hahaha
Manchester City:
Di bantu sokongan sugar daddy arab Sheikh Mansour, apa yang Mancini nak mesti dapat punya!! 1 juta..2 juta.38 juta.tak da hal lah..Kalau EPL benarkan daftar pemain sampai 50 orang satu season.mau dia beli satu team Uruguay yang baru juara Copa America 2011..Opss tapi Suarez tak leh lah yer..harga dia mahal sangat..150 juta pound!!!.boleh ambik the rest k! Bakal pencabar terhebat Man u musim ini..No doubt!!

Degil + malas + Melawan = 25 juta pound + gaji 150 ribu pound
seminggu..what a waste!
LIVERPOOL:
Eh kenapa huruf besar plak..team lain huruf kecik! Eh memang la..aku kan fans Liverpool.kena bagi special sikit bro..huhuhu..John W Henry? nama tak ganas..tapi sesekali dia benarkan King Kenny berbelanja..koyak!! tapi nak buat cemana..nama pon KING..terima jer la..dekat2 110 juta duit owner Kenny sebat..dan hasilnya..Downing, Adam, Enrique, Henderson, Carroll dan Doni kini menjadi pemain terbaru Liverpool..ditambah dengan Gerrrad yang semakin pulih serta abg Suarez yang baru ditabalkan pemain terbaik Copa America baru-baru ini..The reds army told..Yes, we're ready for big season!!! (dalam hati aku berkata..ganas2 Liverpool ni)

Senyum tawar nampak boss! Baru saya belanja
110 juta.. banyak lagi nak beli ni..-kenny

Tottenham Hotspurs:

Setelah gagal dalam perebutan slot terakhir ke Liga juara-juara Eropah musim lepas.Harry Redknapp seolah-olah tak berminat dengan jendela perpindahan yang tengah rancak sekarang ni.Tak ada duitkan? malaskah..scout cuti panjang kah?.apa yang pasti, Modric nak blah..juga Peter Crouch..juga Wilson Palacios..sedikit pelik sebab Bale tak pulak kecoh-kecoh orang nak beli..baru sign contract baru kot..
Mungkin Harry nak buat magic mcm musim lepas bila dia dapat beli Van der Vart dengan harga 8 juta di jam-jam terakhir transfer windows..tak dapek la nak buat dua kali..kalau dapat pemain macam Poulsen ataupun Joe Cole memang boleh..free ajer..hahaha..Lupakan jap Spurs ni..game pon call off dengan Everton Sabtu ni..Seram nihhh

Utamakan keselamatan ker atau takut nak start sebab tak
beli pemain baru..!! Pandai2 jer van der vart suggest game
tunda..hehe

......Sekian..(Jangan lupa EPL kick-off Sabtu ni..lepas ni sibuk nak buat team fantasy football lak..ramai dah invite ni..heheh)

1 comment:

Anonymous said...

Literally wiping sweat from my forehead after doing my best 90s dance moves to a memorable mix of old
school joints from the likes of Special Ed, Eric B. Her first movie was Holiday in the Sun
in the year 2001, Help in the year 2004. The viewing angle is extra wide,
making it easier for you to read or even allow others to read with you.


Feel free to visit my web-site: Major Fitzpatrick: Public profile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...