Monday, July 18, 2011

I'm Liverpool fan but I'm proud to be Malaysian

Ultras Malaya boikot?..biarkan

Orang kata membazir Malaysia lawan Liverpool?..lantak pii..

Safee Sali cakap dia score 2 bijik untuk Man U..Ada ku kesah! Malaysian National Football Team team is not about you. It's all about players, managers and all fans..

Raja kata peminat Liverpool tak fanatik dan membelakangkan Malaysia? What the Hack!..Sebenarnya Datuk, kami-kami ni lah yang memenuhkan stadium bila pasukan kebangsaan beraksi..takkan sampai nak tunjuk tiket kot yg kami dah beli...KEMON!

In the End...We just enjoy the show...

Penyokong Man U yang 'terpaksa'..hehehe

Love both..Malaysia and Liverpool

Kecik-kecik dah 'diajar'..go go SARA
Peminat Liverpool cilik..kecewa sebab King Kenny
tak ada..hahaha
Like Father Like Daughters
Ingat Gerrrad..cisss...
Sebab tak ada camera XLR..ni jer la shoot yang terbaik.hehe


lebih kurang 90000 peminat hadir..Awesome!


Pergh..9 gol dalam satu match..mana nak dapat!
My fren! Fan Man U pun datang..tapi nasib dia tak pakai
baju Man U..kalau tak..sendiri mau ingat..hehe

* feeling WEIRD sebab first time aku datang stadium aku sokong kedua-dua pasukan*

Thursday, July 14, 2011

Liverpool (4) Vs Guangdong (3) - Tour Asia 2011



Selesa jer aku tengok Liverpool punya game lawan Guangdong kat Astro bila game menuju minit ke 85 dan Andy Carroll yang nampak tak terurus menjaringkan gol ke-4 Liverpool..Sambil melayan anak kembar aku yang kehulu kehilir macam kehilangan ibunya (memang pun sebab maknya outstation dah 3 hari tak balik2)..tup-tup!! kuang ajo punya Guangdong..sempat sumbat 2 gol di lewat-lewat permainan..Potong betul! cisss..Anyway aku suka tengok tiga player ni yang aku rasa boleh jadi'something' next season..Pacheco, Adams dan juga Martin Kelly (kalau tak injured maybe calon pemain muda terbaik season lepas).Tak da kita dok mengharapkan Gerrard dan Suarez jer. .Anyway aku memang dah tak saba nak tunggu kehadiran pemain Liverpool kat Malaysia ni..

Arsenal yang dah menang lawan Malaysia 4-0 boleh terus belah..jangan nak santai-santai lagi kat sini!
Kemon Liverpool..Ku dah sabo ni!

Keputusan Penuh: 

LIVERPOOL (4) - 19' Poulsen, 22' Ngog, Coady 72', Carroll 85'
GUANGDONG G (3) - 45' Ricardo Steer, 89' Lu Lin, 90' Yin Hong Bo

Monday, July 11, 2011

USA stunned Brazil in Penalty Shootout

Hope Solo yang masih Solo..huuu
Siapa kata USA tak boleh kalahkan Brazil dalam sukan Bola Sepak di Piala Dunia! Dengan 10 pemain pulak tuh..Yang berjaya melakukannya bukan geng-geng Donovan, Dempsey ataupun Friedel tapi pemain wanita ynag sedang beraksi pada Piala Dunia Para Gadis 2011 di German tika dan saat ini. Even Brazil diketuai Pemain terbaik Dunia Martha dan mendahului 2-1 ketika menuju hujung saingan, dan ketika peminat Brazil berpesta tiba-tiba Abby Wambach dan bukannya Abby Abadi menanduk masuk dihujung masa tambahan sekaligus membawa pasukan USA yang beraksi 10 orang ke penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2.Dan akhirnya USA menewaskan Brazil 5-3 untuk menempah tempat ke separuh akhir. Bagi aku yang menjadi tumpuan ketika penalti adalah gol keeper USA, Hope Solo (nama kureng tapi wajah buat income..hahah)..bukan kerana ketangkasan nya..TAPI ke'cun'nannya..Yezzaa...

Nasib baik Legend(Mia Hamm) ni dah
bersara..Kalau tak, lauk Brazil!

Pasukan lelaki Brazil juga akan menerima nasib yang lebih buruk daripada skuad wanita jika gagal menang perlawanan terakhir kumpulan di Kejohanan Copa America 2011 di Argentina. Apa pun tak boleh.Takkan nak panggil balik Ronaldo main balik!.... Mungkin sebab padang buruk kot, ditambah dengan cuaca sejuk sekarang ni di Argentina..Arhhh..alasan...

Thursday, July 7, 2011

If we have ten people like Tan Sri Annuar Musa


Finally Kelantan berjaya menebus kekecewaan terlepas Piala FA kepada Terengganu bulan lalu dengan kejayaan mendakap kejuaraan Liga Super untuk musim 2011 setelah menewaskan Sabah di bawah bayu 2-1 di Stadium Likas semalam. Sekaligus menutup terus peluang Terengganu dan Selangor untuk cubaan memintas di saat-saat akhir.Dan pastinya Daudsu Jamaluddin dah boleh tidor lena setelah dikhabarkan meracau-racau hampir setiap malam akibat gol sendiri pada Final Piala FA lalu..Selamat Malam Daudsu!Anda dah boleh tidor lena..hehehe...

Dan orang yang menjadi tunjang kepada kejayaan Kelantan adalah TSAM. Honestly aku yang bukan orang Kelantan pun berharap suatu hari nanti pasukan bolasepak negeri Johor akan ada orang macam TSAM. Its so easy for me.If yuolls semua kerja ikhlas dan betul-betul nak memajukan dan mencipta kejayaan dalam apa jua sukan, kerja mesti mau IKHLAS..lagi sekali..IKHLAS! Bukan dok terpikir nak penuhkan poket sendiri..Tahniah TSAM dan TRW.Dengan kerja TSAM lah kelantan buat pertama kali dapat menganjurkan International Friendly.Sesuatu yang negeri lain pernah terfikir tapi tak tahu macam mana nak realisasikan.Penubuhan kelab bola sepak The Red Warriors untuk mencari bakat-bakat muda di Kelantan adalah satu lagi projek yang terpuji.Tak payah nak tunggu subsidi daripada FAM Buat sendiri dan usahakan sendiri penaja.You just Awesome! Dan kalau negeri-negeri lain serta kelab-kelab bola sepak nak berjaya macam Kelantan.Carilah orang macam TSAM! Bukan JANJI tapi Pasti dapat punya (pinjam jap tagline David Teo..heheh)..

We are the champion....
Even bila aku dengar TSAM bercakap di Astro Arena suatu ketika dulu (aku pernah post Baca), time tuh aku dah dapat rasa yang orang macam yang patut terajui kerusi tertinggi di dalam persatuan bolasepak Malaysia (FAM).He knows what to do and he know what he say! bukan main bedal cakap ntah apa-apa dan tak serupa bikin! Dan sememangnya Kelantan berhak menjadi juara, Terengganu berhak di tempat kedua dan Selangor memang layak berada ditangga ketiga..Just forgot when last time aku rasa perebutan untuk takhta Liga Super sesengit ini...Terbaik!

Dan pastinya ramai yang tertunggu keputusan FAM dalam misi 'menyelamatkan' pasukan Pahang hanya akan diketahui Isnin.Kalau sekali tuh mungkin tak sengaja..tapi kalau dah 2 kali..dah lebih sangat.Kekejaman secara terang-terangan..Kesian pasukan Pahang ni..tiap-tiap tahun jadi pasukan belasahan..Coach dah dasyat dan bukan calang-calang..Zainal Abidin Hassan..sebelum tuh Dollah Salleh..nak sapa lagi..Ni mesti kes tak bayar gaji atau EPF ni  tak pon Socso..huhuhu...Perlis memang kompem la! kompem turun..kabel tak kuat..setakat boleh poligami tak cukup kuat lagi..tak kena mengena dengan sukan bola sepak..hahaha...

Dan sekali lagi aku nak ucapkan tahniah kepada TSAM dan TRW kerana berjaya menjadi juara Liga Super musim 2011 dan Hopefully they can do a double this season! Aku Orang Johor dan aku Sokong Pasukan Johor + Johor FC tapi aku kagum dengan Kelantan!..

GOMO KELATE GOMO....

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #7

Monday, July 4, 2011

Taiwan Out, Singapore Next!



Finally! We did it..Yes we did it! Bukan ke Piala Dunia 2014..tapi ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 yang akan diadakan di Brazil. Dan aku pasti ramai yang diluar sana melihat kejayaan kita even kita tewas 2-3 kepada pasukan Taiwan namun kita layak atas kiraan jaringan ditempat lawan. Gol Aidil dan Safiq memang World Class kat Stadium Perbandaran Taiwan! Pure class and quality..

Dan ramai juga yang kat luar sana memberikan komen-komen negatif terhadap kelekaan pemain serta juga terhadap percaturan Datuk K.Rajagopal dalam menentang Taiwan but in the end..Kita dah layak ke pusingan kedua and the most important thing and Taiwan gave us a very good lesson! Cakap memang senang..turunkan dia ni..main formasi ni..Aku percaya dengan Datuk sebab dia involve in day to day training session with his players.He know well who the best dat time!

And remember that we do without our key players like Khairul Fahmy, Ashari Samsudin dan juga Safee Sali. Di tambah dengan Mahali serta Idlan Talaha yang dikhabarkan tidak cergas sepenuhnya, Skuad kebangsaan harus diberikan sedikit pujian atas gaya permainan hantaran rendah, penggunaan pemain sayap yang lincah dan juga disiplin tinggi dibahagian pertahanan. Jika dulu kita tercari-cari pengganti ketika tiadanya Zamani Misbah, Nizaruddin Yusoff, Hairuddin Omar mahupun Shukor Adan kini kita sudah ada pengganti setaraf kepada kesebelasan utama ketika ini. Jika Aidil injured, Muslim Ahmad atau Fadhli Shas bila-bila masa sahaja mampu menjadi pengganti hebat sementara dibahagian tengah serta serangan Datuk K Rajagopal mempunya pilihan yang begitu banyak untuk diturunkan. S.Chanturu, Fakhri, Hadi Yahya, Kyrill, Baddrul serta Azmi Muslim termasuk pemain-pemain yang masih belum dipanggil seperti Nurul Azwan Roya, Abdul Manaf Mamat, Piya (kapten Kelantan) boleh bersedia bila-bila masa sahaja untuk menjadi pengganti kepada pemain regular dalam skuad utama macam Amirul Hadi, Kunanlan, Safee, Idlan, Safiq serta Amar Rohidan!
Awesome! 

Kami akan ambil Stesen Tanjung Pagar, tapi kami
akan beri kemenangan pada pasukan bola sepak awak
dikelayakan Piala Dunia nanti..Terima Kasih
Sememangnya percaturan pelik FAM mewujudkan Skuad Harimau Muda A dan juga B yang pada asalnya mendapat kritikan negatif kini tampak membuahkan hasil. Dan keputusan melantik anak tempatan sebagai jurulatih iaitu Datuk K.Rajagopal adalah keputusan tepat dan paling besar pernah dilakukan FAM. Lupakan seketika pembaziran yang dilakukan ketika kita berlatih di Slovakia atau pun perlawanan diluar Malaysia (Australia dan new Zealand) TAPI lihat lah hasilnya! Honestly yang aku pun tak sangka dan aku juga antara yang tak bersetuju dan menanggap pemergian mereka-mereka ini adalah sebagai percutian tapi inilah hasilnya.Mereka ini lah sebahagiannya yang menjadikan tiket RM 20 aku di Stadium Bukit Jalil seperti 2 sen! Tiket yang aku beli menjadi begitu berharga sekali! 

Dan lawan yang bakal ditentang pada 23 dan 28 Julai nanti adalah jiran setempat iaitu Singapura! Sang Harimau menentang Sang Singa..awesome! Dengan dibarisi beberapa pemain luar yang diberi kerakyatan seperti Alexander Duric, Agu Casmir, Shi Jiayi, John Wilkinson dan Mustafic Fakrudin dan ditambah dengan kaliber pemain tempatan seperti Noh Alam Shah, Indra Shahdan serta Lionel Lewis lawan Malaysia kali ini lebih merbahaya. Tapi kita juga mahu membuktikan kepada Singapura bahawa kejuaraan AFF yang baru dimiliki bukan sekadar nasib.

Ayuh! mari kita bersama-sama jelmakan lautan kuning biru di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai ini!
Malaysia Boleh!

Friday, July 1, 2011

July is a Football Fiesta




Perrhh...meriah sungguh bulan depan dengan acara bola sepak yang pelbagai! bagi aku lah sibuk..sibuk nak tengok kat TV dan juga sibuk nak pegi stadium!..orang lain tak kot! hahaha..

2 July 2011 :Taiwan vs Malaysia (2nd leg of World Cup Qualification - first round)
1 July - 24 July 2011: Copa America 2011..kemon Suarez!
19 Jun 2011-11 July 2011: World Cup U-17..Raheem Sterling will be a star!
27 Jun 2011 - 7 July 2011: Piala Dunia Para Gadis 2011..terbaik dari ladang!
13 July 2011: Arsenal vs Malaysia..Probably without Cecs Fabregas!hahaha
16 July 2011: Liverpool vs Malaysia..Match of the decade, maybe!
20 July 2011: Chelsea vs Malaysia..Hmm stadium tak penuh, KOMPEM!
23 July dan 28 July 2011: 2nd round of World Cup Qualification (home and away)..Singapore waiting!

Kena ambik satu lagi decoder Astro dan mungkin 1 lagi TV plasma second hand..for sure langgan Astro beyond.baru rasa tengok bola sampai jerawat dan jerawat leh nampak..hehehe..Gila ke aper ni! 

Apa-apa pun''Majulah sukan bolasepak untuk negara''
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...